Perkongsian usahawan dan pempengaruh, Siti Jamumall yang berkongsi teknik bersalin mudah mendapat perhatin ramai.
Siti yang berkongsi teknik dan tip pernafasan yang betul untuk meneran mendapat pujian ramai malah ada wargamaya yang mencuba teknik yang sama dan ternyata keberkesanannya malah melancarkan proses bersalin.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang individu yang dikenali sebagai Aisha berkongsi momen bersalin dengan mengamalkan teknik yang dikongsi Siti di media sosial.
Ujarnya, proses bersalin menjadi lebih mudah dan cepat dengan teknik yang diajarkan oleh Siti.
“Bukan nak riak tapi nak bagitahu teknik bersalin Siti Jamumall memang menjadi.
Ads
“Duduk dalam labour room tak sampai satu jam pun,” kongsinya.
Bahkan kata ibu berkenaan, diawal kontraksi, dia hanya mengikuti teknik pernafasan tersebut dan kemudiannya menarik nafas panjang sebaik tiba waktu untuk meneran.
Dan ternyata hasilnya sangat-sangat membantu malah lebih cepat dengan hanya dua hingga tiga kali push sahaja.
“Dari awal kontraksi main nafas saja sampai lah betul-betul rasa nak push, tarik nafas panjang dan teran.
Ads
“Push dua tiga kali saja terus bayi keluar,” kongsinya.
Teknik pernafasan Siti Jamumall
1. Masa kontraksi datang tarik nafas dalam, angkat kepala dan lepaskan nafas perlahan-lahan.
2. Sambil mata pandang perut.
3. Buat teknik yang sama untuk proses meneran kali kedua.
Ads
Tip & teknik cepat bukaan
1. Teknik pernafasan
Masa kontraksi datang, baring dan legakan pada bahagian bahu kemudian kaki dibuka sedikit besar.
Tarik nafas panjang dan hembus sedikit-sedikit dengan cepat.
2. Teknik menari
Ketika kontraksi sampai, letak tangan atas katil hospital, bukak kaki luas dan bengkokkan sedikit badan. Kemudian gerakkan pinggul dan gelek dalam kiraan 10 dan pusing sekali lagi sampai habis kontraksi.
3. Teknik naik turun tangga
Naik turun tangga perlahan, berhenti sekejap jika kontraksi tiba-tiba datang dan tarik nafas seperti teknik pertama kemudian sambung naik turun tangga sebanyak 10 kali.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan wanita tidak sedar ada fibroid pada rahim mereka. Doktor ini menjelaskan salah satu puncanya ialah obesiti.
Dr Muhammad Izat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan menjelaskan terdapat 8 simptom fibroid pada wanita. Ramai yang tidak perasan kewujudannya.
APAKAH FIBROID?
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan tak berbahaya yang melibatkan dinding rahim. Juga dipanggil sebagai leiomyoma. Ada pelbagai jenis fibroid – merangkumi saiz yang berbeza dan lokasinya pada dinding rahim tu.
Walaupun saya cakap fibroid ini tak berbahaya, pembaca perlu tahu bahawa kurang dari 1% fibroid ni bole bertukar menjadi jenis berbahaya dinamakan leiomyosarcoma.
1 DARI 3 WANITA MEMPUNYAI FIBROID
Fibroid sangat biasa berlaku pada wanita, jadi jangan ler terkejut kalau doktor cakap ada fibroid ternampak masa scan. Tanpa disedari pun boleh ada fibroid. Kekerapanya dalam 3 wanita, seorang akan ada fibroid.
Pelbagai saiz fibroid, dari saiz milimeter hinggalah boleh jadi sebesar lebih 10 cm dan fibroid dinamakan mengikut lokasinya. Perlu tahu fibroid ni lazimnya tak menimbulkan apa-apa masalah sebab kekadang kewujudannya tak disedari pun.
Kalau fibroid menimbulkan masalah – masalah yang biasa adalah period banyak, period sakit ( senggugut ) , terasa ‘benda’ menekan bahagian pundi kencing pada rectum menyebabkan sekejap-sekejap nak kencing, rasa nak berak tapi tak kluar apa apa pun, ada juga yang melaporkan rasa sakit.
Fibroid ni berkaitan dengan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Jadi bila da menopos atau putus haid, takde dah bekalan hormon-hormon ini menyebabkan saiz fibroid ni mengecut. Tapi, jika da putus haid, saiz fibroid plak tak mengecut sebaliknya makin besar atau bertambah-tambah jumlahnya adalah tanda-tanda tak bagus – fibroid ini adalah jenis yg bahaya ( leiomyosarcoma).
PUNCA FIBROID TUMBUH
Kenapa berlakunya fibroid?
Tanya la sesapa pun. Semua pakar dan kajian demi kajian mengatakan punca sebenar fibroid ini masih belum diketahui asal usulnya.
Banyak kajian membuktikan bahawa fibroid berkaitan rapat dengan hormon wanita sebagaimana yang saya jelaskan tadi. Sebab tu ada perkaitan obesiti dan fibroid ni.
Kenapa obesiti ? Sebab lemak-lemak degil yang terkumpul dalam badan ni menyimpan hormon wanita. Hormon yg tersimpan dengan banyak ni dikatakan menjadi punca fibroid terjadi. Ha so ape lagi? Jom kuruskan badan!
GEJALA-GEJALA FIBROID
Semua gejala dinyatakan ni bukan spesifik kepada orang yang ada fibroid. Maksudnya bukan fibroid sahaja penyebab simptom-simptom ini. Jangan melompat terus buat diagnosis sendiri bila dengar orang ada simptom mcm ni ataupun diri sendiri ada masalah mcm ni.
KESAN TUMBUHNYA FIBROID
Apa yang boleh dibuat dengan fibroid ni?
Fibroid yang tidak menimbulkan apa apa masalah atau kecil tak perlu dibuang dan tidak memerlukan apa-apa rawatan. Jangan ler meminta2 untuk buang fibroid yang tak kacau apa pun. Biasanya fibroid akan kecut dan hilang sendiri bila dah menopos.
Ada pil hormon yang boleh dimulakan sebagai langkah pertama. Boleh berbincang dgn Dr terlebih dahulu.
Operation buang fibroid. Ada 2 jenis – buang fibroid sahaja dan dan biarkan rahim Untuk mereka yang bercadang untuk mengandung. Walaupun begitu still ada risiko pendarahan dan menyebabkan rahim terpaksa dibuang.
Ada kes yg memerlukan rahim dibuang bersama sama dgn fibroid lebih lebih lagi jika Dr berasakan fibroid ni adalah jenis bahaya ataupun saiz fibroid tak kecut2 walaupun sudah menopos. Ada fibroid kecil yg ganggu kesuburan atau sebabkan period banyak boleh dilakukan secara hysteroscopy. Setiap operation ada risiko dan komplikasi yg boleh timbul, bawak berbincang dgn Dr dulu, ikut kesesuaian pesakit.
Operation ni adalah pilihan yang terakhir jika ubat-ubatan yg diberikan tidak mampu merawat fibroid. Org putih cakap LAST RESORT (pilihan terakhir)
Setiap cara rawatan perlukan penilaian klinikal dan pemeriksaan Dr. Bukan boleh pilih pilih ikut suka hati ikut sedap hati.
Satu lagi, fibroid dan cyst tu dua menda yang SANGAT BERBEZA. Jgn jadi makcik bawang dan tuduh fibroid adalah cyst dan cyst adalah fibroid. Baca post saya sebelum ni untuk cyst.
Saya kongsikan beberapa gambar saya ambil dari Google untuk tujuan pembelajaran pesakit seperti di bawah.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Atikah Suhaime yang selamat melahirkan bayi sulungnya.
Menerusi beberapa hantaran Atikah atau nama sebenarnya, Datin Nur Atikah Mohd Suhaime, 34 di Instagram, dia meluahkan rasa syukur atas kelahiran tersebut.
Tidak hanya berkongsi beberapa gambar bersama bayinya selepas melahirkan, bahkan Atikah dan suami juga turut berkongsi pilihan nama mereka buat buah hati tersayang iaitu Lyla Mulan Teh.
Menerusi beberapa video yang turut dikongsikan Atikah menerusi akaun Tik Toknya, pelakon yang kini bergelar ibu turut berkongsi momennya ketika berada di bilik bersalin.
Malah Atikah juga turut berkongsi momen ketika sehari sebelum melahirkan hingga detik melahirnya bayinya.
Malah ibu cantik manis ini sempat berkongsi momen ketika meneran bayinya keluar dan dipuji wargamaya kerana tetap cantik biarpun berdepan kesukaran.
Wajah bahagia Atikah jelas kelihatan sebaik melihat buah hati tersayangnya buat pertama kali.
Menerusi video itu juga, Atikah juga turut dilawati kaum keluarga yang turut sama berada bagi berkongsi detik bahagia itu.
Menyusukan anak memerlukan azam yang kuat. Malah ia patut dimulakan sebelum bayi lahir lagi. Selain daripada niat itu, perlu juga ada sokongan dqripada orang sekeliling supaya anda tidak mudah putus asa.
Paling penting ialah, anda perlu selalu menyusukan anak mengikut permintaannya. Itulah kunci utama penghasilan susu ibu sentiasa berterusan sepanjang masa disebabkan payudara dikosongkan dengan efisyen.
Kalau mahu azam anda menyusukan anak secara eksklusif dalam enam peryama kehidupannya dan dilanjutkan sehingga dua tahun atau lebih, anda kena elakkan perkara-perkara berikut.
Berjauhan dengan bayi selepas kelahirannya
Pastikan bayi sentiasa berada dekat dengan anda. Jadi, mudahlah anda menyusukan bayi.
Malah selepas kelahiran, minta doktor letakkan bayi di atas dada anda. Anda pasti takjub melihat bayi mencari payudara anda untuk menyusu buat pertama kalinya.
Tidak bantu bayi melekap dengan betul
Mulut bayi seharusnya terbuka luas supaya dia boleh melekap di sebahagian besar aerola. Jika bayi tidak melekap dengan betul, dia tidak akan mendapat semua susu yang diperlukan. Anda juga akan berasa sakit puting.
Semasa bayi mahu menyusu, sentuh bibirnya dengan puting anda untuk merangsang dia membuka mulut seluas mungkin. Kemudian, segera suakan payudara ke mulutnya untuk dia meneruskan penyusuan.
Tertekan
Anda dan bayi kini sama-sama dalam proses belajar. Ada waktunya, akan ada cabaran yang perlu dilalui dan boleh menyebabkan anda tertekan.
Apabila ada perasaan sebegini, segera tenangkan diri. Perlahan-lahan, tarik nafas dalam seperti yang pernah anda belajar di kelas antenatal dahulu.
Tidak belajar pelbagai posisi penyusuan
Anda perlu tahu pelbagai jenis posisi penyusuan. Hal ini penting kerana anda boleh tahu posisi penyusuan yang bersesuaian dengan keadaan semasa anda dan bayi semasa dia mahu menyusu.
Tidak mendapat sokongan orang terdekat
Anda perlu berada di sekitar orang yang positif terhadap amalan penyusuan susu ibu. Dengan yang demikian, anda boleh memdapat sokongan padu daripadanya.
Jika anda tidak mempunyai kawan-kawan rapat atau keluarga yang mempunyai pengalaman penyusuan susu ibu, dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan susu ibu.
Menyusukan bayi ikut jadual
Apabila menyusukan bayi yang baru lahir, anda jangan terikat dengan jadual penyusuan (menyusu setiap tiga hingga empat jam)
Susukan bayi mengikut permintaannya. Namun jika tidak menyusu dalam tempah tiga jam seterusnya, anda perlu segera kejutkan dia untuk menyusu. Hal sebegini biasa terjadi kepada bayi yang mengalami jaundis.
Jika selepas selesai menyusu, bayi masih kelihatan lapar, teruskan penyusuan. Dengan cara ini, ia dapat membantu anda benar-benar mengosongkan payudara.
Terlalu awal perkenalkan botol susu
Apabila anda terlalu awal memperkenalkan bayi dengan botol susu, ia akan menyebabkan bayi mengalami masalah keliru puting.
Apabila hal ini berlaku, bayi mungkin akan berasa selesa menyusu menggunakan botol berbanding menyusu terus di payudara. Malah, hal ini juga boleh menjejaskan penghasilan susu anda.
Adalah lebih baik jika anda menunggu sehingga bayi anda dapat menyesuaikan dengan penyusuan susu ibu. Tunggu sehingga bekalan susu anda stabil sebelum perkenalkan botol susu kepadanya.
Kurang keyakinan diri
Anda perlu sentiasa yakin dengan diri sendiri. Anda boleh menyusukan bayi seperti mana yang anda impikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...