Ads

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Timang Cahaya Mata Sulung, 17 Das Meriam Rai Kelahiran Puteri Diraja

Khabar gembira menyelubungi Istana Brunei apabila Putera Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen, berkongsi berita kelahiran cahaya mata sulung bersama isteri tercinta, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam, semalam.

Menurut laporan Media Permata, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat melahirkan seorang puteri pada Ahad, 8 Februari, tepat jam 8.50 pagi. Kelahiran tersebut menjadi satu peristiwa bermakna buat institusi diraja Brunei Darussalam.

Kegembiraan menyambut kelahiran cucunda kepada Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah itu dizahirkan menerusi adat istiadat diraja apabila sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan sebagai simbol kesyukuran dan meraikan peristiwa bersejarah tersebut.

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Timang Cahaya Mata Sulung, 17 Das Meriam Rai Kelahiran Puteri Diraja

Ads

Dalam satu kenyataan rasmi, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memaklumkan bahawa dengan izin Allah SWT, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam, isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, telah selamat melahirkan seorang puteri pada Ahad, 20 Syaaban 1447 Hijrah bersamaan 8 Februari 2026.

Kenyataan sama turut menyebut bahawa susulan kelahiran tersebut, 17 das tembakan meriam dilepaskan di perkarangan Istana Nurul Iman sebagai tanda meraikan khabar gembira berkenaan.

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Timang Cahaya Mata Sulung, 17 Das Meriam Rai Kelahiran Puteri Diraja

Ads

Sebelum ini, Putera Mateen pernah mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan kehamilan cahaya mata pertama pasangan diraja itu pada Oktober tahun lalu.

Untuk rekod, Putera Mateen merupakan anak ke-10 dan putera keempat kepada Sultan Hassanal Bolkiah bersama bekas isteri baginda, Hajah Mariam Abdul Aziz.

Ads

Sementara itu, Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam yang dilahirkan di London dikenali sebagai seorang usahawan berjaya, terlibat dalam perniagaan pakaian sutera selain mengusahakan agensi pelancongan mewah. Pasangan diraja yang telah bersahabat sejak kecil ini selamat disatukan sebagai suami isteri pada 11 Januari 2024.

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Timang Cahaya Mata Sulung, 17 Das Meriam Rai Kelahiran Puteri Diraja

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Basuh Baju Baru Anak Dulu! Bau ‘Fresh’ Sebenarnya Bau Bahan Kimia!

Ramai tak sedar bau “fresh” pada pakaian sebenarnya datang daripada bahan kimia tekstil. Ketahui sebab pakar sarankan ibu bapa basuh baju baru anak sebelum dipakai.