Selepas lebih sebulan bercerai talak satu, pasangan selebriti, Farid Kamil, 42, dan Diana Danielle, 32, sepakat kembali hidup bersama demi dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora.

Menerusi program temubual Podcast Borak Sini Habis Sini yang dimuat naik di YouTube, Diana dan Farid mahu mengambil langkah perlahan-perlahan untuk memperbaiki kekurangan dan kesilapan demi anak-anak.

Ujar Diana lagi, dia pada awalnya hanya mahu berkawan dengan Farid demi kebaikan anak-anak, tetapi selepas melihat perubahannya, hatinya memutuskan untuk kembali bersama.

“Tiada Siapa Boleh Ambil Tempat Bapa Pada Anak-Anak” Diana & Farid Mahu Kembali Bersama!

“Tiada pujukan, ia adalah perkara semula jadi yang terjadi antara kami. Kami berbincang bagaimana mahu teruskan dengan hidup berkeluarga, dua minggu lalu.

“Kami tak boleh elak berjumpa antara satu sama lain. Itu yang kami duduk dan bercakap mengenai beberapa isu dan daripada situ, kami sedar ada perubahan dalam diri.

IKLAN

“Saya tak salahkan sesiapa, saya juga tak sempurna. Nak kata 100 peratus salah Farid, tidak adil,” katanya.

“Tiada Siapa Boleh Ambil Tempat Bapa Pada Anak-Anak” Diana & Farid Mahu Kembali Bersama!

Diana juga memaklumkan keputusan kembali bersama cukup menggembirakan dua cahaya matanya, Muhammad dan Nur Aurora memandangkan kembali kepada rutin harian kehidupan.

“Kami mahu mengambil langkah perlahan dan cuba mencari bagaimana boleh kembali dalam kehidupan. Apakah kebaikan dan risiko yang bakal dihadapi pada masa hadapan, jadi kami perlu buat keputusan segera.

“Sebagai wanita, saya rasa tiada siapa yang boleh mengambil tempat bapa kepada anak-anak, melainkan Farid. Lebih baik bersama orang yang saya tahu baik buruknya.

IKLAN

“Masa tempoh edah adalah momen, peluang untuk kami buat keputusan. Ia bukan perkara pelik sebab dalam al-Quran pun menyatakan ini adalah masanya untuk fikir sama ada mahu teruskan atau tidak,” katanya.

“Tiada Siapa Boleh Ambil Tempat Bapa Pada Anak-Anak” Diana & Farid Mahu Kembali Bersama!

Malah akui Diana lagi, dia paling bersyukur bila mana Allah menunjukkan jalan yang terbaik buatnya dan Farid.

“Ketika melalui semua proses dalam mahkamah, saya sentiasa berdoa jika masih ada harapan untuk selamatkan hubungan dan akhirnya, Allah tunjukkanlah jalan.

IKLAN

“Jadi, saya sentiasa terbuka dalam membaiki hubungan, sama juga Farid. Kami masih dalam proses membaiki dan membina hubungan walaupun ada titik noktah kecil. Saya sudah kenal Farid selama 16 tahun.

“Selain menjadi bapa kepada anak-anak, Farid adalah kawan baik saya. Jadi, bukan senang untuk kami tutup buku dan ‘move on’,” ujarnya.

Terdahulu pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI