Bila dah jadi ibu ayah ni, kita akan buat sehabis baik untuk menyediakan keperluan untuk anak-anak. Bukan hanya untuk hari ini semata-mata tetapi juga untuk persediaan masa hadapan mereka.

Puteri Sarah Jadikan Emas Satu Pelaburan, Beli Sikit-Sikit Untuk Diri Sendiri & Sumayyah!

Biasanya ibu ayah akan buat buat tabungan atau membuat simpanan pendidikan, tetapi salah satu cara lain untuk melabur demi masa depan anak adalah dengan membeli emas.

Pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana memilih untuk membuat pelaburan emas demi masa depan anak-anaknya. Dia yang turut dilantik sebagai duta rangkaian kedai emas Siti Jewels mengatakan kesedaran untuk membeli emas bermula sekitar 2012.

Puteri Sarah Jadikan Emas Satu Pelaburan, Beli Sikit-Sikit Untuk Diri Sendiri & Sumayyah!

“Saya mula kumpul emas dan sedar yang emas ni adalah satu pelaburan dari tahun 2012. Dulu masa remaja kita tak rasa yang emas ni adalah satu investment.”

IKLAN

Tambahnya lagi, apabila semakin meningkat dewasa barulah sedar emas satu pelaburan yang boleh menjadi simpanan untuk hari tua. Kata Puteri Sarah lagi, dia mula beli dan simpan emas sikit-sikit sehinggalah sekarang dah semakin banyak. Pada waktu inilah dia terfikir untuk melabur dengan emas.

Tonton video Puteri Sarah;

@pama.my Sumayyah pun dah pakai emas dah sekarang sebab Puteri Sarah nampak yang emas ni boleh jadi investment untuk masa akan datang. Mommies yang ada anak perempuan mesti beli sikit sikit dulu dekat anak perempuan kita ni kan 👀 #emas #majalahpama #simpananemas #puterisarahliyana #puterisarah ♬ Piano sleep LoFi slow midnight(808930) – Gloveity

Ibu kepada dua orang anak ini pernah berkongsi bahawa dirinya dahulu tak sukakan emas kerana dia lebih sukakan berlian dan emas platinum. Dia kemudiannya mula suka pada emas apabila ada banyak pilihan barangan kemas yang mempunyai rekaan moden dan dia mula mengumpul emas sedikit demi sedikit.

Puteri Sarah Jadikan Emas Satu Pelaburan, Beli Sikit-Sikit Untuk Diri Sendiri & Sumayyah!

IKLAN

Pandangannya terhadap emas berubah dan Puteri Sarah mulai sedar kelebihan emas apabila ketika musim PKP 1.0 dahulu dia melihat ramai wanita yang sanggup beratur di kedai emas untuk menggadai barangan kemas mereka. Dia mengakui keadaan itu telah menjentik hatinya untuk lebih banyak mengumpul emas kerana ia satu pelaburan yang baik.

“Sebelum PKP tu saya dah start invest, sebab kita tahulah apa yang akan jadi pada tiba-tiba kita kan. Dulu masa remaja tak tahu pun emas tu penting, kita lihat sebagai hiasan je.”

Ketika ditemui di salah sebuah acara Siti Jewels, Puteri Sarah turut berkongsi yang dirinya turut membelikan emas buat puteri kesayangan, Sumayyah. Namun dia mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak memakaikan emas kepada Sumayyah pada hari biasa kerana khuatir dengan bahaya.

Puteri Sarah Jadikan Emas Satu Pelaburan, Beli Sikit-Sikit Untuk Diri Sendiri & Sumayyah!

IKLAN

“Sumayyah pun pakai emas, tapi bila dia asyik pakai takutlah kita kan. Sekarang kan bahaya, tapi bila hari raya kita keluarkanlah semua.”

Sememangnya pelaburan emas sangat bagus kerana ia bukan sekadar barang hiasan yang menambah gaya seseorang wanita tetapi juga dapat digunakan apabila berdepan dengan situasi tidak terjangka yang memerlukan wang secara mengejut.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI