“Babysitter anak minta belikan puting sebab anak saya kuat menangis dan susah tidur. Patut ke saya beli?” Ini antara luahan ibu terutama yang baru pertama kali bergelar ibu dan belum ada apa-apa pengalaman membesarkan anak.
Menurut Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Uswatun Hasanah, menganggap anak PASTI mudah tenang dan lena jika diberi puting SEMATA-MATA ( sila baca perkataan ini 10x) tidak tepat. Malah ia mungkin tindakan sia-sia. Puting, tak kira samada tiruan atau ‘original’ kepunyaan ibu, BUKAN gerenti bakal selesaikan masalah. Kenapa? Kerana fakta saintifiknya, ‘menghisap’ atau sucking adalah antara elemen terlemah untuk buat bayi bertenang.
Mana logik faktanya? Baik. PERTAMA, Ya, ketika ada ramai bayi yang cukup gembira setiap kali di sumbat puting ibu atau ‘pacifier’, masih ramai bayi yang:
Ads
Marah-marah di puting ibu kerana terpaksa menelan susu ketika mana bayi hanya mahu menghisap untuk bertenang (comfort sucking) dan rileks sebelum tidur. Sama juga halnya dengan bayi penghisap ‘pacifier’ seperti dalam video ini. Gembira menghisap nya hanya sekejap.
KEDUA: menghisap adalah elemen yang bertujuan untuk membantu bayi rileks sebelum tidur (rasa tenang) tetapi TIDAK berfungsi memanjangkan tidur bayi. Sebab itu kita melihat ‘pacifier’ pasti terjatuh saat bayi betul lena atau patut sudah boleh lena sebelum kembali ‘tersedar’ dan mencari balik putingnya. SAMA halnya dengan bayi yang menjadikan puting ibunya sebagai ‘pacifier’. Seringkali bayi akan ‘tersedar’ dan mula menganga-nganga mulut tercari-cari puting ibunya.
Kitaran lelap-jaga cari puting-lelap-jaga cari puting akan berlaku. Jadi, di mana lenanya? Perlu ingat, bayi kecil bukan hanya perlu banyak menyusu untuk ‘grow’ tapi perlu juga cukup tidur. 80% hormon ‘growth’ (perkembangan pembesaran) di rembes ketika tidur.
Ads
Jadi nak buat macam mana ni?. Belajar dan faham keseluruhan konsep apa yang bayi kecil perlukan untuk bertenang dan lena. Anda akan dapati ada lagi elemen lain yang di perlukan oleh ramai bayi sebelum betul-betul boleh bertenang dan lena. Ayat mudahnya: ramuan kena bagi cukup!
Faktanya, bedung adalah elemen TERATAS dan paling penting buat semua bayi yang sukar lena. Kenapa? Kerana semua bayi telah merasa bagai di peluk selama 24/7 untuk 9 bulan akibat rahim yang sempit. Malah, lihat sendiri bagaimana akibat tidak di bedung, tangan bayi bikin serabut sampai menjatuhkan puting. Tapi, bedung saja tak cukup.
Sama macam puting saja pun tak cukup. Kena bagi semua ramuan dan benarkan bayi ‘beritahu’ berapa eleman yang dia perlukan! Jika ternyata bayi anda memang perlukan elemen hisapan di samping elemen-elemen lain, baru lah berbaloi membeli puting!
Segala tekanan atau masalah kewangan, tidak cukup tidur – semua ini akan hilang apabila ibu bapa melihat senyuman pertama bayi. Apa lagi yang boleh melawan kepenatan anda berbanding senyuman istimewa daripada bayi anda? Senyum pertama bayi juga mencatatkan pencapaian bayi anda kini mempunyai personaliti dengan kemahiran sosial.
Apa pentingnya senyum pertama bayi?
Senyuman pertama bayi memberikan makna yang banyak mengenai perkembangan bayi. Ia menunjukkan bahawa penglihatan bayi adalah berada pada landasan yang betul. Juga, bayi mendapat keupayaan pengenalannya. Sistem saraf dan otak bayi juga kini telah matang. Bayi anda tidak lagi menghasilkan senyuman refleks, tetapi dia tersenyum untuk menyatakan perasaannya dan berkomunikasi dengan orang lain.
Bila bayi mula menunjukkan senyum pertama?
Sebelum usia dua bulan, bayi anda akan berhenti memberikan semyuman refleks. Si manja akan menunjukkan senyuman sebenar sebelum usianya 3 bulan. Bagaimana untuk membezakan antara senyuman refleks dan senyuman sebenar? Masa dan durasi akan membantu anda membezakannya. Biasanya, senyum refleks adalah lebih sekejap dan berlaku tiba-tiba, contohnya, apabila bayi sedang tidur atau letih. Sementara itu, senyuman sebenar berlaku mengikut keadaan. Ia bertindak balas kepada perkara atau peristiwa tertentu dan berlaku secara konsisten. Senyuman sebenar akan datang bersama dengan emosi yang diluahkan pada mata bayi.
Anda juga boleh menggalakkan bayi tersenyum melalui pelbagai cara. Cara paling mudah adalah bercakap dengan bayi. Selain itu, anda boleh lakukan komunikasi mata atau selalu tersenyum dengan bayi anda. Bagi sesetengah ibu bapa, mereka akan memilih untuk membuat bunyi bising, seperti meniru bunyi haiwan. Ekspresi wajah yang menggembirakan juga boleh membantu. Anda boleh meniru gaya haiwan ataupun bermain agah-agah dengan bayi anda. Semasa ingin merangsang bayi tersenyum, berikan masa kepada bayi anda untuk bertindak balas. Satu perkara yang perlu anda ingat adalah: Jangan berlebihan melakukannya. Rangsangan yang berlebihan boleh membuatkan bayi anda hilang minat kerana dia tidak boleh memproses banyak emosi.
Apa yang perlu ibu bapa jangkakan?
Jika bayi anda sudah belajar untuk senyum, anda akan lihat dia akan terus tersenyum dari semasa ke semasa. Mengapa? Ini kerana setiap kali si manja senyum, ibu bapa akan bereaksi positif. Bayi anda akan sukakanya, jadi dia akan tersenyum lagi dan lagi. Pada mulanya, si manja hanya ingin menunjukkan wajah gembira untuk memberi tindak balas kepada pencetus dan rangsangan yang anda buat. Namun, kemudian, apabila penglihatannya semakin baik, dengan melihat perkara yang disukai akan terus membuatkannya tersenyum. Apabila bayi anda menguasai kemahiran tersengih ini, dia akan menambah sedikit bunyi pada senyumannya. Sebelum usia bayi mencecah 5 bulan, dia akan mengejutkan anda dengan gelak ketawanya.
Apa yang anda perlu perhatikan?
Setiap bayi mendapat senyum pertama pada masa yang berbeza. Ada bayi yang akan menunjukkan senyum pertama lebih awal, dan ada juga yang lebih lambat. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melihat sebarang petanda anak anda akan senyum sehingga usianya 3 bulan, bawa si manja berjumpa dengan pakar pediatrik.
Ia bukan cerita main-main tapi ia betul-betul berlaku kerana dikongsi sendiri oleh Dr Hairin Hanisa Tajuddin, Pakar Pediatrik.
Salam semua, sharing tentang kes satu baby umur 2 bulan yg admitted di sebuah GH di Johor.
Ibunya Vietnam, kahwin dengan Chinese Malaysian, yang berpantang di rumah mertua.
Saya geram sangat dengan sikap orang-orang tua Malaysia yang suka buat keputusan ke atas cucu sedangkan decision apa-apa sahaja tentang bayi, terutama bab feeding sepatutnya ibu yang buat.
Baby tak dibenarkan menyusu ibu oleh neneknya, dan ibu baby terpaksa menurut sahaja. Nenek bagi susu FM kepada baby 2 oz (60 ml) untuk baby umur 1-2 minggu.
Saya rasa nak pengsan dengar cerita ibu bila dapat tahu 60 ml every 2-3 hourly masuk dalam perut baby yang sangat kecik tu.
Nenek tambah lagi dengan bilasan minum air masak atas alasan susu FM panas.
Do you know what happened to the baby? Nenek bagi susu campur herba cina then baby terus muntah teruk dan demam tinggi.
Berat lahir 3.3 kg now still 3.3 kg dengan susu FM infact sebelum muntah itu pun beratnya tak naik dengan susu FM. Mak kerap tukar-tukar susu.
Jadi semalam saya minta students saya untuk translate counselling kepada ibu supaya dia bagi susu ibu semula.
Saya katakan bahawa susu ibu boleh bantu cepatkan baby sembuh daripada segala kuman dan toxin.
Saya sedih sebab sepatutnya doktor or staf perubatan di ward bagi counseling kepada ibu untuk teruskan penyusuan susu ibu dan menambah production susunya dgn rujuk kepada kaunselor BF bukan dengan hanya panggil dietitian untuk review susu FM apa yang terbaik.
Sepatutnya kesedaran di kalangan medical staff that breast milk is the best & boleh ditingkatkan pengeluarannya demi kebaikan baby.
Hmm…saya feel lonely berjuang sendirian di kalangan ramainya medical staff especially yang junior-junior yang masih tak percaya dengan susu ibu.
Berat badan bayi bukannya merujuk semata-mata berapa berat bayi tu semata-mata, ia adalah penanda aras perkembangan dan tumbesaran bayi. Setiap perkembangan bayi mesti mengikut aliran carta kesihatan yang betul.
“Berapa berat baby masa lahir ya?” Itulah antara soalan ‘wajib’ yang sering ditanya rakan dan saudara kala melawat selepas kita melahirkan bayi atau setiap kali berbual tentang perihal bayi. Isu berat badan bayi juga ada kala menimbulkan kebimbangan apabila ia tidak selari dengan perkembangannya.
BERAT BADAN IDEAL
Bayi dilahirkan dengan ukuran dan ciri yang berbeza. Berat badan bayi yang baru dilahirkan berbeza antara 2.5 hingga 4.5kg. Ukuran berat bayi boleh ditentukan berdasarkan faktor genetik, kesihatan ibu dan pemakanan ibu sepanjang kehamilan.
Selalunya berat bayi bergantung kepada berat lahir. Menjelang umur lima hingga enam bulan, kebanyakan bayi akan mencapai berat badan dua kali ganda daripada berat badan ketika dilahirkan. Makanan amat penting untuk pertumbuhan bayi. Bagi enam bulan pertama bayi amat bergantung kepada susu ibu. Ketika ini berat bayi akan meningkat. Namun bagi bayi yang mempunyai masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, cirit birit berterusan, muntah akan menjejaskan perkembangan bayi. Bayi perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.
IBU BESAR BERMAKNA BAYI JUGA BESAR?
Ibu yang mempunyai saiz badan yang besar maka bayinya juga besar atau ibu mempunyai saiz badan kecil? fakta ini tidak benar! Namun, jika berlaku, ia mungkin disebabkan oleh faktor genetik, bayi yang dilahirkan adalah sihat. Ada juga yang disebabkan oleh masalah kesihatan seperti rahim, uri, pemakanan dan penyakit yang dihidapi oleh ibu semasa hamil. Misalnya kencing manis tidak terkawal semasa hamil akan mengakibatkan bayi dilahirkan bersaiz besar dan badannya mengalami masalah kurang gula. Masalah lain pula ialah bayi yang dilahirkan mungkin tidak aktif dan mudah mendapat sawan.
BERAT MENURUN
Apabila anda menyedari bahawa berat bayi menurun, jangan panik! Ia perkara biasa bagi bayi selepas dilahirkan. Biasanya selepas 10 hingga 14 hari, berat bayi akan menurun antara 10% hingga 20% daripada berat badan asal. Dapatkan pemantauan kesihatan bayi untuk mengesan sebarang ciri abnormal jika berat badannya semakin menurun!
Sebelum lahir, bayi mendapat bekalan nutrien melalui plasenta secara tetap, tetapi selepas dilahirkan bayi mendapat sumber makanan melalui penyusuan susu ibunya. Selepas dua minggu berat bayi akan mula bertambah disebabkan oleh penyusuan susu ibu. Tetapi jika berat bayi masih berkurangan iaitu tidak mengikut carta kesihatan yang betul, ia mungkin disebabkan kesihatan bayi dan tidak mendapat susu ibu yang cukup. Oleh itu, ibu perlu mendapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu yang betul seperti pelekapan dan tempoh penyusuan sehingga bayi kenyang (pemberian susu foremilk dan hindmilk kepada bayi).
BERAT BADAN BAYI DIREKODKAN
Bayi akan ditimbang selepas dilahirkan dan berat badannya akan direkodkan dan perkembangannya dicatitkan setiap bulan walaupun ketika anda masih berpantang. Malah ia diteruskan semasa anda mendapatkan suntikan imunisasi anak di klinik. Maklumat tumbesaran bayi akan dicatatkan dalam rekod kesihatan bermula setelah bayi dilahirkan.
ADAKAH BAYI SAYA AKAN KEKAL BESAR?
Jika bayi anda dilahirkan bersaiz besar, ia tidak perlu dirisaukan asalkan beratnya dalam lingkungan kesihatan. Jika berlaku peningkatan yang tinggi sehingga keluar daripada had paras yang sepatutnya, doktor atau jururawat akan bertanya mengenai jumlah penyusuan bayi, berapa kali bayi kencing dan berapa lama dia tidur.
BAGAIMANA JIKA BAYI KURANG BERAT BADAN
Ia tidak menjadi masalah asalkan berat bayi masih lingkungan carta kesihatan. Tetapi jika berat bayi telah turun ke paras yang rendah pihak doktor akan membuat pemeriksaan lanjut.
Bayi pramatang selalunya dilahirkan kurang berat badan dan tidak boleh dibandingkan dengan bayi yang dilahirkan cukup bulan. Bayi pra matang mempunyai carta perkembangan khas sendiri. Selalunya bayi pramatang mempunyai jadual penyusuan untuk menaikkan berat badannya. Ini kerana bayi pra matang ini kerap tidur dan tidak akan bangun untuk menyusu. Oleh itu, bayi pra matang diberi susu khas untuk meningkatkan berat badannya. berbanding permintaan penyusuan bayiz
Kembar selalunya dilahirkan dengan berat badan yang berbeza. Jadi setiap mereka mempunyai carta dan perkembangan masing-masing.
MEMANTAU PERKEMBANGAN BERAT BADAN BAYI
Biasanya, perkembangan bayi akan dicatat dalam carta kesihatan pertumbuhan bayi. Carta ini dijadikan rujukan dan panduan untuk mengetahui sama ada bayi mengalami pertumbuhan yang normal atau tidak.
Pastikan anda melakukan pemeriksaan rutin perkembangan kesihatan bayi untuk mengetahui perubahan-perubahan yang terjadi setiap bulan.Carta ini akan dapat membantu jika timbul sebarang masalah kesihatan kepada anak anda. Melalui carta kesihatan bayi akan menunjukkan berat badan idea pada setiap bulan dan pertumbuhan tinggi dan ukuran lilitan kepalannya.
Menurut carta pertumbuhan kesihatan, berat badan bayi yang sihat akan menunjukkan peningkatan pada setiap pertambahan usianya. Rujuk jadual berikut bagi berat tinggi badan bayi ideal dan lingkaran kepala menurut WHO (WorldHealth Organization) bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Carta Pertumbuhan Kesihatan Kanak-kanak Lelaki & Perempuan
Berdasarkan carta ini, ada akan mengetahui setiap sentimeter dan kilogram pada bayi anda. Namun pengukuran skala ini perlu dilakukan oleh doktor atau pihak hospital yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Selain berat badan, pengukuran skala tumbesaran bayi juga melibatkan tiga perkara iaitu:
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.