Anak sulung kepada enam beranak yang terkorban dalam tragedi lemas di Terusan Sungai Korok awal Julai lalu ini membuktikan bahawa duka bukan penghalang untuk terus berjaya.

Baru sahaja dua hari kembali ke sekolah selepas kehilangan besar dalam hidupnya, Putri Qisya mengejutkan ramai apabila berjaya memperoleh 7A daripada 12 subjek dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Darjah Enam. Lebih membanggakan, dia turut menduduki tempat pertama dalam kelasnya.

Putri Qisya Bangkit Dari Duka, Raih 7A & Tempat Pertama Dalam Kelas

“Saya gembira, sebab saya tahu mak dan ayah nak tengok saya berjaya.”
Itulah kata-kata yang dikongsikan oleh si kecil tabah ini sebaik pulang dari sekolah, sambil menunjukkan keputusan cemerlangnya kepada keluarga.

Ads

Anak hebat, semangat luar biasa

Putri Qisya memperoleh keputusan A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Jawi, Muzik, Pendidikan Jasmani dan Seni Visual. Biarpun subjek teras seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris belum mencapai sasaran, semangatnya tetap tinggi.

Menurut ibu saudaranya, Nur Adliah Syuhada Ishak, 26, fokus keluarga kini adalah untuk membantu Putri Qisya memperbaiki subjek-subjek utama agar cita-citanya untuk menyambung pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tercapai.

“Dia memang bijak. Cuma ada subjek yang kurang diminati dan dia juga aktif kokurikulum. Itu mungkin sebab tak sempat nak ulang kaji semua,” jelas Nur Adliah.

Ads

Putri Qisya Bangkit Dari Duka, Raih 7A & Tempat Pertama Dalam Kelas

Sokongan berterusan dari pelbagai pihak

Alhamdulillah, dalam usaha mendokong semangat anak kecil ini, Putri Qisya telah menerima tawaran tuisyen percuma secara dalam talian selama setahun, selain menerima sumbangan komputer riba daripada Fast Track Academy Pulau Pinang. Bantuan ini hadir tepat pada masanya, memberi ruang dan kemudahan untuk Putri mengulang kaji serta menggapai cita-citanya.

Ads

Kisah Putri Qisya adalah kisah anak yang kuat. Meski diuji kehilangan serentak ibu, ayah serta adik-adik tercinta, dia memilih untuk bangkit, bukan rebah. Bagi ibu bapa di luar sana, inilah contoh nyata bagaimana didikan awal, kasih sayang dan doa yang tak pernah putus mampu membentuk jiwa anak yang luar biasa.

Majalah Pa&Ma mendoakan agar Putri Qisya terus kuat dan berjaya. Kami yakin, arwah ibu dan ayahnya sedang tersenyum bangga melihat kejayaan anak sulung kesayangan mereka ini dari syurga.

SUMBER : Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads