Bayi yang dilahirkan pada 13 Mac lalu yang diberi nama Raden Muhammad Rafael ini adalah anak ketiga Raf Yaakob dan pertama buat Mawar.
Tidak menunggu lama untuk mendedahkan wajah Raden, Mawar berkongsi kegembiraan itu dan ternyata semua peminatnya teruja melihat Raden yang dikatakan mirip mommynya.
Rata-rata yang melihat Raden berasa geram kerana berkulit cerah, hidung mancung, mata sepet. Paling membuatkan peminat Mawar lagi bertambah geram kerana pipinya yang begitu gebu.
Ketika dilahirkan berat Raden 3.4 kilogram dan netizen juga turut membuat andaian seperti anak Jepun.
Sebagai menghargai peminat yang mendoakan kesihatannya dan Raden, Mawar berterima kasih kerana sehingga kini Raden tiada masalah dan membesar dengan sihat dan kuat.
Ads
Mawar juga bersyukur Allah bagi peluang untuknya bergelar ibu kerana baru tahu nikmat ini selepas memeluk anak sendiri.
Usahawan terkenal, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid berkongsi perkembangan terkini ketika berpantang di laman Instagramnya.
Dia yang kini berpantang anak sulungnya berusaha untuk mendapatkan berat badan asal sebelum hamil.
Tambahnya lagi, perjalanan untuk kembali langsing masih jauh kerana dalam tempoh 6 hari dia baru berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14kg.
“First day keluar ke Hospital. Jauh lagi perjalanan Madammu! 6 hari baru hilang 14kg. Ada 15kg lagi kena turun!”
Rata-rata warga maya terkejut dengan hasil 6 hari berpantang dan mampu hilang sebanyak 14kg. Tak kurang juga ada yang menasihati agar tak terlalu diet kerana menyusu badan.
ciknurulsyuhada’s profile picture 6 hari hilang 14kg ek… Sy 1 hari nk trun 1kg pun ssh😂😂😂😂
Wahh, bestnya jadi macam madammu. Senang je turun berat badan. Hopefully nanti saya pun macam tu jugak lepas bersalin nanti ☺️
wardah_halim’s profile picture 6hari 14kg perghhhh power madam 🔥
reen.0407’s profile picture Tak yahla diet lagi Madam..sebab masih bf kan..utu lagi utama.
Madammu selamat melahirkan bayi sulungnya (baby A) di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur kira-kira 8 pagi awal Jun lalu.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Bayi pramatang mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi berbanding bayi yang dilahirkan pada masanya. Malah hasil kajian yang dilakukan ini memerlukan anak pramatang perlu sentiasa dipantau tahap kesihatan.
Bagi para ibu yang melahirkan bayi pramatang, mereka bukan sahaja bergelut dengan kepenatan proses kelahiran, malah dengan tekanan emosi dan psikologi menghadapi bayi yang memerlukan bantuan khusus di hospital.
Dan timbul juga pertanyaan, bagaimana dengan jangka hayat mereka? Adakah bayi yang dilahirkan pramatang dijangkakan akan hidup dengan jangka hayat yang lebih pendek atau sama sahaja seperti kelahiran biasa?
Apa itu kelahiran pramatang?
Kehamilan ideal biasanya berlangsung sehingga 40 minggu. Kelahiran antara 37 dan 42 minggu masih dikategorikan kelahiran cukup bulan sementara kelahiran pramatang ialah kelahiran sebelum usia 37 minggu.
Seramai 15 million bayi dilahirkan pramatang setiap tahun, iaitu lebih kurang 1 daripada 10 bayi di seluruh dunia dengan 60% daripadanya di Afrika Selatan dan Asia Tenggara.
Bayi dianggap mampu hidup di luar rahim antara usia 22-24 minggu. Pun begitu, bayi yang dilahirkan seawal 24 minggu pada umumnya memerlukan banyak bantuan perubatan termasuklah pengudaraan mekanikal dan rawatan invasif yang lain disamping perlu menetap dalam unit rawatan intensif neonatal (NICU).
Di tangan pakar yang berpengalaman, bayi yang dilahirkan lebih awal mungkin mempunyai peluang untuk hidup. Bayi yang dilahirkan pada usia 23 minggu dapat bertahan dalam NICU yang canggih, tetapi kemungkinan hidup lebih rendah.
Kemungkinan hidup bertambah dengan usia kehamilan. Oleh itu, bayi pramatang yang dilahirkan lebih kurang 37 minggu akan lebih baik daripada yang dilahirkan sebelum 28 minggu.
Jangka hayat bayi pramatang
Dalam sebuah penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association, kajian mendapati mereka yang dilahirkan pramatang mempunyai risiko kematian 38% lebih tinggi berbanding mereka yang dilahirkan normal sewaktu usia awal dewasa.
Penyelidik di Universiti Stanford mengkaji 674,000 bayi Sweden yang lahir daripada tahun 1973 hingga 1979, dan mendapati bahawa 5% dilahirkan pramatang. Para penyelidik kemudian mengawasi kanak-kanak ini sehingga mereka berusia 29 hingga 36 tahun.
Peningkatan risiko kematian pada usia awal kanak-kanak telah pun diketahui daripada penyelidikan terdahulu. Iaitu dengan risiko kematian sebanyak 59% pada usia awal kanak-kanak (antara umur 1 dan 5), berbanding dengan bayi yang dilahirkan normal.
Mereka juga mungkin mempunyai masalah kecacatan jantung, masalah pernafasan dan endokrin.
Tetapi kajian Stanford ini merupakan yang pertama untuk mengesan risiko kematian pada peringkat awal dewasa. Kerana tiada peningkatan risiko yang ketara antara umur 18 hingga 36 tahun, jangka hayat mereka dijangkakan tidak terkesan setelah dewasa.
Risiko kematian dipercayai berkurang dari masa ke masa. Namun begitu, hasil kajian terbaru ini menunjukkan bahawa peningkatan risiko kematian muncul semula pada usia awal dewasa.
Risiko kematian awal dewasa 1: 1000
Walaupun penemuan ini mungkin merisaukan, kebanyakan bayi pramatang menjalani hidup sihat. Walaupun terdapat peningkatan relatif terhadap risiko kematian awal, penemuan menunjukkan bahawa risiko mutlak kematian pada masa awal dewasa masih rendah: kurang daripada satu dalam 1000 orang.
Apa yang lebih penting adalah untuk mereka yang dilahirkan pramatang atau ibu bapa mereka menyedari faktor risiko ini dan melakukan langkah praktikal.
Penemuan ini menunjukkan bahawa mereka yang dilahirkan pramatang perlu terus diawasi pakar kesihatan sehingga usia dewasa.
Mereka juga harus mengekalkan gaya hidup sihat, makan dengan baik, bersenam secara teratur dan mengelakkan obesiti dan merokok.
Kelahiran bayi pramatang adakalanya tidak boleh dielakkan. Ia terjadi kerana pelbagai faktor daripada ibu dan bayi. .
Bayi pramatang lahir jauh lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin sedangkan banyak lagi organ-organ masih belum matang sepenuhnya. Dengan kemajuan teknologi perubatan mereka bertahan dan boleh membesar seperti anak-anak normal yang lain. .
Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran & survival anak pramatang, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma, 6 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim demam dan selsema ini ada baiknya mama papa rehatkan diri daripada bawa anak berjalan-jalan. Walaupun musim cuti sekolah, mama papa kena fikirkan kesihatan anak-anak. Bukan apa, ada baiknya untuk anak-anak kita dan tak kurang juga dapat sebarkan kepada anak-anak yang lain.
Perkongsian daripada Dr Suriyakhatun ini mama papa kena ikuti.
Musim flu ni. Semalam pesakit positif influenza A, hari ini influenza B.
Langkah pencegahan yang perlu ibu bapa ikuti.
Rasanya dengan cuti sekolah minggu depan lagi ramai akan dapat flu ni.
Gambar ujian rapid test untuk flu.
C control. Jika ada line kat A influenza A, jika line kat B influenza B. Sampel adalah swab dari dalam hidung.
Gejala penyakit
Demam dulu atau sakit tekak dulu. Lepas tu sakit kepala, sakit badan, batuk selsema dan bersin. Tidur terganggu. Mungkin juga ada cirit dan loya serta muntah. Tidak semua orang ada gejala sistem Gastrointestinal ini.
Bagi individu yang biasa lelah, flu boleh cetuskan lelah.
Komplikasi lain termasuk pneumonia dan secondary infection dengan bakteria. Kahak akan tukar jadi kuning dan pekat. Mungkin kena dirawat di hospital bila ada komplikasi.
Saya sendiri rawat diri saya dengan penawar Homeopathy tanpa guna paracetamol.
Masa demam saya rehat ( bed rest) minum lebih air dan ambil ascorbate serta extract kunyit. Bila lenguh sangat saya guna hot packs. Saya elak ubat drug sebab ia akan panjangkan durasi demam.
Ini untuk diri saya, mungkin ada orang yang tidak begitu. Saya juga elak drugs sebab saya alah banyak drugs dan menjadi lemah selepas baik dari demam jika saya ambil antihistamine, ubat batuk dan paracetamol. Antibiotik tidak di perlukan untuk influenza sebab ia virus.
Paracetamol, ubat kahak, tamiflu, ubat batuk, antihistamine adalah rawatan doktor konvensional untuk flu.
Kredit: Dr Suriyakhatun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!