Anak anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Mereka ibarat kain yang putih dan bergantung kepada ibu bapa itu sendiri untuk mencorakkannya.
Sebagai ibu bapa yang diberi tanggungjawab ini, kita kena faham sikap anak-anak adalah dari asas didikan ibu bapa. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.
Semestinya kita memang impikan anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat dan dapat menjadi anak kebanggaan kita apabila mereka dah besar nanti. Ada beberapa doa yang boleh kita amalkan sama-sama, moga Allah mempermudahkan urusan kita mendidik anak.
Kredit: Cikgu Ibu
RAHSIA DIDIK ANAK JADI BIJAK DAN BERJAYA
Ads
Dengan menggunakan kaedah DOA. Untuk ibu-ibu jom amalkan baca sepotong doa ini,
Ads
“Innama Amruhu Iza Ara Da Shai An ‘Ayyaquulalahu Kun Fa Ya Kuuun”.
Baca ayat ini dengan khsuyuk. Sampai pada kalimah “Kun”, berhenti sekejap dan niatkan di dalam hati apa sahaja hajat yang kita mahu pintakan untuk anak.
Niatlah juga agar anak-anak kita terhindar daripada godaan syaitan, menjadi anak yang cerdik pandai serta beramal soleh.
Selepas tu habiskanlah bacaan ayat quran tersebut. Kemudian, tiupkan pada ubun-ubun kepala anak kita. Amalkan setiap hari tau kalau boleh pagi dan malam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak mustahil seawal anak usia 2 tahun dah boleh baca al-Quran jika ibu ayah ada kemahuan ke arah itu. Alhamdulillah sudah ramai ibu bapa yang mampu mendidik anak mereka sehingga menghafaz surah-surah pendek pada usia antara 2 hingga 5 tahun.
Anak-anak yang masih kecil mampu menghafaz al-Quran bermula usia 2 tahun, percaya tak? Ia bukan suatu yang mustahil! Tip yang dikongsikan oleh Ustazah Fhadilah Abdul Jamil dapat membantu ibu bapa dalam mendidik anak cintakan al-Quran.
1- Ibu bapa perlu perbetulkan niat dalam diri kerana Allah. Sebab didik/ajar anak kerana mereka amanah dari Allah. Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkannya.
2- Disiplinkan masa mengajar anak-anak.
(Saya akan mengambil satu waktu dalam tempoh setengah jam- 1 jam ke atas untuk ajar anak-anak mengaji/menghafaz al-Quran setiap hari@ 5 @ 4 kali seminggu secara disiplin).Waktu yang paling sesuai adalah selepas Maghrib atau Zohor.
3- Untuk permulaan ajar mereka mendengar/menghafaz huruf hijaiyyah.
(Setiap hari saya sendiri akan membaca untuk anak-anak huruf alif, ba’,ta’ hingga ya’ menggunakan flash card atau buku)
4- Apabila anak-anak sudah lancar hafaz dan kenal alif -ya’. Bolehlah mulakan membaca surah-surah dari juz ‘amma.
(Saya akan mula ajarkan anak-anak menghafaz surah Al -Fatihah, seterusnya an-Nas dan seterusnya dengan menggunakan sekeping kertas yang ditaip sendiri untuk permulaan)
5- Seterusnya, saya akan ajar anak-anak membaca dengan Muqaddam dihadapan mereka dan saya akan baca satu kalimah atau potong-potong ayat untuk anak-anak ikut saya. Ulang beberapa kali..Sampai jelas sebutannya.
Contoh :
Alham (الحمد)
Dulillah
hi rabbil
‘alamin
6- Apabila anak-anak sudah dapat sebut dengan fasih kalimah tersebut, saya akan baca satu ayat terus tanpa potong dan begitulah ayat seterusnya.
Contoh : Alhamdulillahi rabbil ‘alamin
7- Cara saya menguji tahap ingatan/hafazan mereka adalah ketika mereka sedang membuat kerja mereka/bermain barang mainan atau ketika saya di dapur atau saya mengemas atau melakukan kerja rumah atau ketika mereka bersama saya. Suami juga turut membantu untuk mendengar/membetulkan hafazan mereka.Saya akan mulakan ayat pertama/kalimah pertama dari surah-surah tertentu.
Contoh : Surah Al-Masad
Saya baca : Tabbat yada..
Anak ulang dan sambung ayat
dan anak sambung sampai selesai satu surah.
8- Setiap kali anak-anak selesai membaca berikan pujian, doa dan ganjaran buat mereka.
9- Sebagai ibu bapa lazimi membaca al-Quran hari-hari kerana kita adalah idola dan contoh buat anak-anak. Biar sampai anak-anak kecil mampu memberi ingatan pada kita untuk baca al-Quran jika mereka tidak nampak kita baca. Anak-anak saya sendiri kalau tak nampak ummi mereka baca, mereka akan kata, “ummi tak baca quran pun”. Sedangkan saya baca cumanya ketika mereka asyik bermain jadi tak perasan saya baca lepas solat.
10- No gadget, No iPad, no handphone. Saya tak berikan anak-anak bermain atau guna semua ni maksudnya mereka tak boleh pegang. Saya akan kawal sepenuhnya kerana bimbang bila mereka mula bergadget tumpuan mereka untuk belajar akan berkurang. Jangan risau, anak-anak ni cepat je belajar bergadget. Tak rugi pun tak bagi masa mereka kecil. Tapi yang ruginya tak ajar mereka ilmu yang bermanfaat terutamanya membaca dan mengenal al-Quran.
Apa yang penting, sebagai ibu bapa jaga hubungan kita dengan Allah. Selain itu jangan lupa setiap kali berdoa selitkan doa mohon dari Allah supaya jadikan anak-anak dikalangan yang cintakan al-Quran, jadikan anak-anak fasih dan dapat hafaz al-Quran. Yakin dengan doa kita sebagai ibu bapa. Kita berusaha, selebihnya kita tawakal pada Allah.
Sumber: joysofummi.blogspot.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjaga anak perempuan tidak mudah. Anak lelaki dan perempuan kedua-duanya pun ada cabaran berbeza. Yang penting ibu ayah mesti tahu caranya.
Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan dalam mendidik cahaya mata perempuan. Apabila ibu bapa tahu cara untuk tackle situasi, proses mendidik dan menerapkan nilai murni lebih berkesan.
Kerana itu yang banyak janji
Dan hadis hadis Nabi
Tentang janji syurga pada yang mampu menjaga anak perempuan mereka!
Lahirnya mereka dengan karenah
Nak tunggu ke besar kemain payah
Penjagaan mereka sangat lah renyah
#1: DEKATKAN MEREKA DENGAN AGAMA
Bermula daripada awal umurnya
Segala hukum & inti agama wajib diajarkan si ibu dan bapa
Masuk sahaja umur baligh mereka
Si bapa wajib ajarkan hukum hakam darah haid & yang segala yang bersangkutan dengannya.
#2: PERLU DIAJAR SIFAT MALU YANG TINGGI
Anak perempuan ini
Juga wajib diajarkan sifat malu yang tinggi
Kerana malu itu sifatnya melindungi!
Melindungi maruah anak perempuan yang kita sayangi
Sungguh, Anak perempuan itu berbeza
Daripada anak laki laki
#3: CARA MENEGUR NADA TIDAK BOLEH TERLALU TINGGI
Nak Marah?
Tak boleh guna nada yang terlampau tinggi
#4: NAK SURUH MESTI PUJUK
Nak menyuruh?
Kena banyak guna pujukan dan berkata dari hati ke hati
Ya, kerana sensitiviti dan empati mereka biasanya terlebihlah tinggi!
Itulah anak perempuan kita
Membesarkannya sangat lah payah
Menjaganya tidaklah mudah.
IBU AYAH BERLAPANG DADA
Tetapi senyumlah wahai ibu ayah semua Ingatlah dan renungkanlah Sabda Nabi ini, nescaya semuanya akan jadi mudah dan indah :
” Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.” [HR Ahmad dan Al-Hakim].
Sumber: Taufiq Razif
Abi kepada 2 orang anak perempuan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa yang bertanya macam mana tak nak jadi ibu bapa yang garang pada anak? Walaupun dah cuba kawal tapi akhirnya terpaksa meletup juga bila tahap kesabaran itu hilang.
Ada sesetengah tu cakap, kalau tak garang perangai anak lagi menjadi-jadi. Sebenarnya ada caranya nak mendidik anak. Tak perlu pun asyik nak tinggi suara, marah dan pukul anak setiap hari.
Anak bila dari awal kita dah biasa cakap elok-elok dengan mereka, sampai besar pun mereka faham dan akur. Hanya dengan jelingan mata pun anak faham isyarat dari ibu ayah mereka.
Kenapa bila anak mengamuk, ibu bapa disarankan untuk peluk dan bukannya makin memarahi anak. Sebabnya anak akan mudah tenang bila mereka rasa satu aura positif dalam dirinya.
Berdasarkan perkongsian dari Prof Dr Muhaya, tak nak jadi ibu bapa garang pada anak, pertamanya kena bersyukur yang kita ada anak sedangkan orang lain dah usaha banyak kali, buat IVF 7 8 kali pun masih belum dapat.
Yang kedua cuba bayangkan macam mana kalau anak kita meninggal esok? Cuba muhasabah diri, pasti kita tak akan marah mereka lagi.
Lagi satu paling penting kita selalu marah anak sebab diri sendiri. Kita banyak dosa.
Nak kurangkan perasaan marah dalam diri, banyakkan bertaubat, kurangkan dosa. Bila kita dah tak marah pada diri kita, kita tak akan marah pada anak atau orang lain lagi.
Jadi sebaiknya minta maaf pada diri sendiri dulu. Berdiri depan cermin dan cakap saya maafkan awak, saya nak jadi baik. Betulkan diri sendiri, insya-Allah aura negatif akan pergi jauh dan aura positif yang akan datang dalam diri kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum si kecil hadir, apa kata ambil peluang untuk bercuti berdua dengan pasangan. Percutian ini, dikenali sebagai babymoon, semakin popular di kalangan bakal ibu bapa yang ingin menikmati masa berkualiti bersama sebelum kehidupan berubah dengan kehadiran bayi.