Siapa yang tidak mahu mendapat anak sihat dan pintar. Itu semua impian setiap yang bergelar ibu ayah. Anak yang cergas, cerdik dan ceria bukan boleh diperoleh tanpa sebarang rangsangan. Pelbagai usaha perlu ibu ayah lakukan jika ingin mencapai impian tersebut.
Secara umumnya pembentukan otak manusia bermula pada lapan minggu pertama kehamilan ibu. Otak adalah satu-satunya bahagian organ badan manusia yang akan terus berkembang sehingga bayi lahir. Rangsangan kepada bayi perlu dilakukan sejak dari dalam kandungan lagi.
Teknik rangsangan
1. Pertuturan
Ads
Bercakaplah dengan bayi anda setiap saat. Biarpun si kecil tidak faham apa lagi tetapi otaknya menyerap apa sahaja yang didengari dan dilihat. Berikanlah ucapan “Assalammualaikum/hello sayang, ini mama/papa, anak mama/papa ni bijak/pandailah dan sebagainya lagi kata-kata pujian yang positif. Cara ini dapat mengeratkan hubungan anda dengan anak selain boleh merangsang IQ bayi lebih tinggi serta perkembangan pertuturan yang lebih cepat.
2. Sentuhan
Semasa melakukan komunikasi, lakukan ia serentak dengan sentuhan dan belaian. Bayi memang suka dibelai dan disayangi. Cara ini dapat merangsang hormon gembira dan ceria si manja. Urutan juga dapat memberikan ketenangan kepada bayi selain mengurangkan dia meragam. Bayi yang gembira dan ceria akan membesar dengan lebih baik kerana rangsangan positif yang diterimanya. Pastikan emosi ibu juga dalam keadaan ceria dan gembira ketika melakukan rangsangan ini!
Ads
3. Bunyi
Ads
Bayi yang terdedah kepada bunyi seperti bacaan al-Quran, zikir, irama muzik klasik secara berulang-ulang sejak dari dalam kandungan mampu merangsang serta optimalkan fungsi-fungsi otaknya. Bayi yang terbiasa dengan bunyi-bunyian tersebut lebih cenderung untuk kurang meragam, tenang, mudah tidur yang menjadi antara kriteria pentng untuk membesar sihat, cerdas secara optimal.
4. Pemakanan yang sihat
Amalan pemakanan sihat sepatutnya bermula sejak ibu disahkan mengandung lagi. Kemudian ia disambung dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dan diikuti dengan pengenalan kepada makanan pejal. Pemilihan makanan yang dimakan oleh ibu memainkan peranan penting kerana anak yang menyusu susu ibu turut menikmati khasiat makanan yang sihat. Selain itu bayi yang sudah mula makan makanan pejal hendaklah disajikan dengan makanan yang disediakan sendiri yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, ikan, daging, ayam dan bermacam lagi makanan berkhasiat lain. Ia ternyata lebih bagus berbanding makan segera bayi yang dibeli.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata pada Mac tahun depan, baru-baru ini penyanyi Syura Badron telah mengadakan majlis gender reveal bagi berkongsi jantina bayi dalam kandungannya.
Menerusi perkongsian tersebut, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron memaklumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang kedua tidak lama lagi.
Berita gembira yang dikongsikan penyanyi berusia 36 tahun itu turut disambut dengan penuh kegembiraan daripada tiga anak Syura yang memang mengharapkan ibu mereka mengandungkan bayi lelaki.
Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan rakan-rakan serta ahli keluarga pasangan tersebut.
Video yang dimuat naik di instagram itu juga memaparkan beberapa tetamu bermain teka teki tentang jantina anak sebelum Syura mendedahkan jawapan sebenar kepada tetamu.
Selepas mengumumkan kehamilan anak keempatnya pada Jun lalu, Lady boss, Vivy Yusof tampil mengumumkan jantina anak di dalam kandungannya semalam.
Berkongsi video pendek di Instagramnya, Vivy dan suami mendedahkan bakal menimang anak lelaki sedikit masa lagi.
Di dalam video pendek lagi ringkas itu, tiga belon berwarna hitam dipegang ketiga-tiga anak Vivy yang dikemudiannya turut dipecahkan bersama oleh Vivy dan suaminya, Fadza.
Kata pemilik jenama FashionValet ini lagi, dia dan anak-anak sudah semestinya tidak sabar menantikan kehadiran bayi lelaki mereka.
” We can’t wait to meet you, baby boy. 💙
“Thank you everyone for the overwhelming love and prayers. A bit more to go, Insyaallah,” kongsi Vivy di kapsyennya.
Lengkap sepasang
“Lengkap dua pasang”. Begitu kata wargamaya dan rakan-rakan selebriti yang turut meninggalkan komen diruangan komen.
Kesemuanya turut mengucapkan tahniah dan mengharapkan kelahiran anak keempat Vivy dan suami dipermudahkan kelak.
Terdahulu, pada Jun lalu, Vivy mengumumkan kehamilan anak keempatnya itu menerusi Instagramnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk ibu mengandung, dugaannnya berbeza-beza. Mungkin ada yang yang kena GDM, tekanan darah rendah atau terlalu tinggi atau juga mengalami edema. Semuanya kita sanggup lalui asalkan tidak memudaratkan bayi dalam kandungan.
Salah satu masalah yang mungkin berlaku pada ibu hamil adalah kencing kotor. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan dan amat penting untuk wanita mengandung untuk membuat saringan air kencing. Melalui perkongsian Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, beliau berkongsi info tentang kecing kotor dalam kanlangan ibu mengandung.
Ikuti penjelasan lanjut ini;
KENCING KOTOR PADA WANITA HAMIL Ia bahaya dan pemeriksaan air kencing saringan di kalangan wanita hamil adalah suatu yang penting.
Melakukan pemeriksaan air kencing adalah suatu pemeriksaan rutin yang dilakukan pada wanita yang air hamil. Tujuannya untuk mengesan jangkitan kuman dalam saluran air kencing. Sistem pembuang air kencing bermula dari ginjal hingga ke saluran kencing yang terakhir. Jangkitan kuman dalam air kencing, dikenali dalam masyarakat sebagai “kencing kotor”.
APA ITU KENCING KOTOR PADA WANITA HAMIL? Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI) atau kencing kotor adalah masalah yang sering dialami oleh golongan wanita, terutama wanita yang hamil. Kencing kotor selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman.
Sistem saluran kencing terdiri dari ginjal, saluran ureter (menghubungkan ginjal ke pundi kencing), pundi kencing dan saluran urethra (saluran yang membawa keluar air kencing dari pundi kencing).
Kencing kotor pada wanita hamil melibatkan saluran urethra dan pundi kencing. Jarang berlaku pada ginjal, namun kuman dari pundi kencing boleh naik ke bahagian ginjal menyebabkan masalah yang lebih berbahaya.
MENGAPA KENCING KOTOR PADA WANITA HAMIL SERING BERLAKU? Kencing kotor pada wanita hamil berlaku kerana saluran urethra mereka lebih pendek berbanding dengan lelaki. Jadi kuman pada bahagian kemaluan, terutama anus dan faraj senang masuk ke pundi kencing.
Wanita hamil juga mengalami perubahan hormon yang menyebabkan kekuatan otot pada saluran ureter dan pundi kencing bertambah lemah.
Peningkatan tahap keasidan dan terdapat gula dalam air kencing menyebabkan air kencing pada wanita hamil boleh berlaku dengan mudah.
Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia menjadi lebih parah dan kuman boleh mereka pula ke ginjal. Ia boleh menyebabkan kerosakan ginjal dan kematian.
Jangkitan yang teruk akan menyebabkan air kencing wanita hamil kelihatan berdarah. Jika jangkitan tidak parah, ia mungkin hanya dapat dilihat dengan pemeriksaan air kencing menggunakan mikroskop saja.
APA TANDA KENCING KOTOR PADA WANITA HAMIL? Mereka mungkin mengalami masalah berikut. Sebahagian dari mereka mungkin tidak mengalami sebarang masalah. 1. Rasa terbakar sewaktu kencing 2. Darah di dalam air kencing 3. Air kencing keruh 4. Kerap ke bilik air untuk kencing walaupun hanya sedikit urin yang keluar 5. Tidak dapat menahan kencing
Jika kencing kotor pada wanita hamil telah parah dan menjangkiti ginjal, mereka mungkin mengalami :
1. Demam dan menggigil 2. Loya dan muntah 3. Sakit pada bahagian belakang badan, di bawah rusuk 4. Tidak bermaya 5. Tiada air kencing langsung
APA YANG PERLU DIBUAT APABILA BERLAKU KENCING KOTOR PADA WANITA HAMIL? Memandangkan komplikasi jangkitan kuman pada saluran air kencing adalah berbahaya, doktor akan melakukan ujian saringan. Ini kerana sebahagian wanita hamil tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan kuman, sehinggalah masalah jangkitan kuman ini merebak dengan lebih teruk.
Bagi wanita hamil yang mempunyai tahap imuniti yang rendah seperti pesakit diabetes atau yang mempunyai masalah penyakit autoimmune, kebarangkalian untuk menghadapi kompliasi (jangkitan pada ginjal) adalah lebih besar.
Bagi yang mengalami masalah kencing kotor pada wanita hamil, selalunya mereka dinasihatkan agar minum air secukupnya. Tujuannya untuk membuang kuman yang berada pada pundi kencing.
Masalahnya ramai wanita hamil tidak selesa dengan cara ini kerana apabila usia kehamilan semakin meningkat, mereka lebih mudah untuk membuang air kencing. Dengan minum lebih banyak air, semakin kerap mereka ke tandas.
Namun inilah antara cara terbaik untuk merawat kencing kotor pada wanita hamil. Pemeriksaan semula air kencing boleh dilakukan selepas seminggu.
PERLUKAH ANTIBIOTIK UNTUK MERAWAT AIR KENCING KOTOR? Bagi kes kencing kotor pada wanita hamil yang lebih serius, sama ada dibuktikan dengan pemeriksaan air kencing atau mengalami sebarang tanda (rujuk tanda-tanda di atas), doktor akan memberikan antibiotik yang selamat diambil bagi wanita hamil.
Selain itu saya mencadangkan bagi masalah kencing kotor pada wanita hamil adalah: 1. Minum air secukupnya. Pastikan air kencing berwarna jernih sedikit kekuningan. 2. Jika rasa pundi kencing telah penuh, terus ke tandas. Ini membantu membuang kuman yang berada dalam pundi kencing. Jangan bertangguh. 3. Selepas membuang air kecil, lap kemaluan dari depan ke belakang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kuman pada anus merebak ke bahagian hadapan (faraj) jika kita mengelap dari belakang ke hadapan. 4. Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap. 5. Elakkan daripada mengambil minuman bergula. 6. Amalkan minum cuka teen. Caranya ialah dengan mencampurkan satu sudu besar cuka teen ke dalam segelas air kosong. Minum selepas makan. Tiga kali sehari. Atau campurkan 3-5 sudu besar cuka teen dalam satu jug 1L. Minum sepanjang hari. Campurkan sedikit madu atau stevia jika perlu.
Kesimpulannya, masalah kencing kotor pada wanita hamil kerap berlaku. Oleh itu pemeriksaan saringan adalah penting bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk. Amalkan cuka teen (cara amalan seperti di atas) untuk mencegah dan sebagai usaha merawat masalah kencing kotor pada wanita hamil.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.