Hari ini bermulanya ibadah puasa. Mungkin ramai ibu hamil yang teruja untuk berpuasa penuh tapi jangan paksa diri jika tidak mampu.

Ada ibu yang mengadu ibu kurang bergerak apabila berpuasa. Malah ada yang mengadu rasa nak pitam. Yang pasti kesan puasa yang diaami berbeza bagi setiap ibu. Kerana setiap kehamilan & bayi berbeza. Tubuh ibu bekerja berlipat kali ganda semasa hamil, jangan menyamakan keadaan individu biasa dengan ibu hamil, ia memang berlainan!

Perkongsian daripada Dr Afida Sohana Awang Soh, Pegawai Perubatan Hospital Umra ini boleh dijadikan panduan bagi ibu hami, ibu yang menyusukan bayi dan selepas bersalin sama ada untuk meneruskan atau tidak puasa serta sebab-sebabnya.

Bukan Tak Boleh Puasa, Tapi Ibu Hamil Jangan Paksa Jika Tak Mampu

BERPUASA SEMASA HAMIL

Menyambut kedatangan Ramadan

Alhamdulillah…
Bertemu lagi kita, dengan Ramadhan yang Barakah.

Penuh klinik kami hari minggu ini. Masing-masing mahu bertemu doktor sebelum mula berpuasa! Alhamdulillah, kami suka bila orang datang bertemu kami.. yang menghilang tak datang appointment tu yang buat kami risau! hehe

Soalan favourite yang saya terima di klinik sepanjang minggu ini, adalah berkenaan berpuasa; samada dibolehkan semasa hamil/menyusu, atau tidak.

Pertama kita lihat dari segi agama…

IKLAN

Sabda Nabi Muhammad SAW,
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلاَةِ وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ أَوِ الصِّيَامَ
“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla meringankan setengah solat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanita hamil dan menyusui.”
Hadis riwayat An Nasai no. 2275, Ibnu Majah no. 1667, dan Ahmad 4/347. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sahih.

Bukan Tak Boleh Puasa, Tapi Ibu Hamil Jangan Paksa Jika Tak Mampu

Menurut Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dalam tulisan beliau di http://www.muftiwp.gov.my/…/irsya…/irsyad-fatwa-umum/1969-31:
beliau berpendapat yang perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika berbuka kembali kepada dua keadaan sahaja iaitu:
1. Kalau semata-mata kerana bimbang diri sendiri bolehlah dia berbuka dan qadha sahaja.
2. Kalau kasihankan kepada janin dan juga anak yang disusukannya maka bolehah dia berbuka dan membayar fidyah.

Ha! Mudah dan terang penjelasan yang ada…
Islam itu mudah, cuma jangan dipermudah-mudahkan!
Ada sebab mengapa keringanan ini diberikan…

Bukan Tak Boleh Puasa, Tapi Ibu Hamil Jangan Paksa Jika Tak Mampu



PERUBAHAN FISIOLOGI IBU SELEPAS HAMIL

Jom kita tinjau dari segi perubatan:

IKLAN

Terdapat perubahan pada fisiologi ibu yang mungkin membuatkan puasa itu menjadi sedikit payah, dan dalam keadaan tertentu, merbahaya.

Jom kita ulangkaji Biologi sekejap! Dari segi fisiologi:

  • Pengaliran darah ibu meningkat 10 kali ganda semasa hamil.
  • Ini menyebabkan Jumlah darah bertambah lebih 1.5L dari jumlah biasa,
    dan, kadar degupan jantung ibu menjadi lebih tinggi
  • Perlu diingat juga, kadar degupan semakin meningkat jika kurang air, (dan nadi bayi juga meningkat)

KUATNYA PERTAMBAHAN KERJA JANTUNG SEORANG IBU YANG HAMIL!
MasyaALLAH!

  • Tekanan darah ibu semasa hamil pula berubah. Ianya menjadi rendah pada 2/3 awal hamil, menyebabkan Ibu mudah merasa pitam. Sekiranya ibu tidak minum air secukupnya (dehidrasi), tekanan ini boleh menjadi lebih rendah. Ibu akan merasa lebih lemah!
  • Darah ibu membekalkan gula kepada bayi.
  • Semasa berpuasa, kandungan gula di dalam darah ibu yang hamil adalah lebih rendah, menyebabkan ibu merasa lebih cepat letih
  • Jika kandungan gula menjadi sangat rendah, ia boleh menyebabkan ibu menjadi loya dan muntah-muntah, lebih-lebih lagi pada peringkat awal hamil.
  • Darah ibu semasa hamil adalah lebih pekat bagi melindungi ibu daripada pertumpahan darah yang berlebihan semasa bersalin.
  • Tapi, ini juga meninggikan risiko mendapat darah beku (venous thromboembolism, atau VTE)
  • Risiko ini meningkat jika ibu kurang air atau tubuh mengalami kegersangan/hypovolaemia
  • VTE adalah sangat merbahaya dan boleh membawa maut!
  • Perubahan hormon semasa hamil memperlahankan pergerakan makanan yang hadam di dalam usus, menyebabkan najis menjadi lebih keras dan masalah sembelit
  • Masalah ini boleh bertambah lagi jika tidak minum secukupnya.

Bukan Tak Boleh Puasa, Tapi Ibu Hamil Jangan Paksa Jika Tak Mampu

BUKAN TAK BOLEH PUASA, TAPI JANGAN PAKSA DIRI

Takut pula bila baca perubahan fisiologi dan implikasinya ini kan?
Tapi sebenarnya, bukan tidak boleh berpuasa…
Cumanya, ibu perlu mendapatkan nasihat doktor dan pakar, minum air secukupnya, dan juga beringat untuk tidak berlebihan dalam menjalani puasa.
Jika berasa letih atau tidak larat, jangan paksa diri!

Bukan Tak Boleh Puasa, Tapi Ibu Hamil Jangan Paksa Jika Tak Mampu

IKLAN

6 KEADAAN IBU HAMIL TIDAK BOLEH MENERUSKAN PUASA

Dalam masa yang sama, ada kondisi yang membuatkan ibu hamil itu tidak digalakkan berpuasa sama sekali:
1. Ibu yang mempunyai risiko VTE (venous thromboembolism) yang sederhana atau tinggi
2. Ibu yang tidak sihat atau muntah-muntah (lebih-lebih lagi jika kerap muntah dalam semester pertama)
3. Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis dan memerlukan rawatan metformin atau insulin
4. Ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi seperti (pre-eclampsia, penyakit autoimmune, penyakit jantung)
5. Ibu yang janinnya mempunyai masalah pembesaran bayi dalam kandungan (Intra Uterine Growth Restriction -IUGR) atau kurang air ketuban (oligohydramnios)
6. Ibu yang masih didalam 6 minggu pertama selepas bersalin (risiko VTE paling tinggi semasa ini)

Bukan Tak Boleh Puasa, Tapi Ibu Hamil Jangan Paksa Jika Tak Mampu

IBU MENYUSU YANG BERPUASA

Menurut Dr Afida, TIDAK ada bukti signifikan yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengurangkan susu ibu. Tapi kadangkala ibu tidak dapat menahan lapar semasa menyusu, dan khuatir kesihatan diri atau bayi boleh terjejas.

Yang penting,

  • Berbincang dengan doktor!
  • Minum air secukupnya. Boleh guna pakai tips KKM seperti dalam gambar di bawah.
  • Banyakkan makanan yang tinggi protein supaya kenyang lebih lama
  • Jangan paksa diri!

Bukan Tak Boleh Puasa, Tapi Ibu Hamil Jangan Paksa Jika Tak Mampu

Moga bermanfaat!
dan Selamat Berpuasa buat semua!

Sumber: Dr Afida Sohana Awang Soh
#MedTweetMY
#hospitalUMRA


Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI