Bekerja dari rumah sambil melayan anak-anak belajar secara online kadang buatkan diri rasa penat dan stres. Jadi dapur menjadi tempat tumpuan seisi keluarga untuk mencari  makanan ataupun mencuba resepi masakan baru.

Bagi penggemar sardin, pasti akan suka resepi Roti Gulung Sardin. Dengan penyediaan yang mudah, resepi dikongsikan oleh Siti Noor Hidayah Samah ini boleh anda cuba. Perkongsian ini telah meraih 3.1 ribu tanda suka dan 4.2 ribu perkongsian.

Raih 4.2k Perkongsian, Ini Rahsia Roti Gulung Sardin Ranggup & Tak Serap Minyak

ROTI GULUNG SARDIN

INTI SARDIN

-1 tin sardin (saya ambil isi ikan je tak ambil sos dia pastu hancur-hancurkan ikan)
-1 biji bawang besar (cincang halus)
-3 sudu besar sos tomato
-2 sudu besar sos cili
-3 sudu besar mayonis
-Garam
-Gula

IKLAN

Raih 4.2k Perkongsian, Ini Rahsia Roti Gulung Sardin Ranggup & Tak Serap Minyak

Cara penyediaan:

1) Tumis bawang hingga wangi.
2) Masukkan sos tomato & sos cili. Kacau sekejap.
3) Masukkan ikan sardin dan kacau sebati.
4) Perasakan dengan garam & gula.
5) Masak hingga sedikit kering.
6) Tutup api dapur dan masukkan mayonis. Kacau rata.
7) Masukkan inti ke dalam roti dan gulung kemas-kemas. Ketepikan.

Raih 4.2k Perkongsian, Ini Rahsia Roti Gulung Sardin Ranggup & Tak Serap Minyak

IKLAN

BANCUHAN TEPUNG
-1 cawan tepung gandum
-2 sudu besar tepung jagung
-2 sudu besar tepung beras
-1/4 cawan tepung Bestari original (Kalau suka pedas guna yang spicy)
-2 sudu besar marjerin
-2¼ cawan air

Raih 4.2k Perkongsian, Ini Rahsia Roti Gulung Sardin Ranggup & Tak Serap Minyak

*Masukkan semua bahan ke dalam blender & kisar.
*Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan & goreng hingga masak.

IKLAN

Raih 4.2k Perkongsian, Ini Rahsia Roti Gulung Sardin Ranggup & Tak Serap Minyak *Tips tak nak bagi roti serap minyak jangan balik-balikkan banyak kali masa goreng. Cukup sekali balik je.

Selamat mencuba.

Kredit Resipi: Siti Noor Hidayah Samah via MAHN

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI