Gelagat anak sulung Raja Ilya, si comel Talita Love yang bertutur dalam bahasa Melayu mencuri perhatian ramai.
Mana tidaknya, video Talita yang dikongsikan menerusi hantaran di TikTok itu memang comel. Biar pun pelat namun Talita berusaha untuk bercakap dalam Bahasa Melayu.
Kesungguhan Raja Ilya mengajar anaknya menggunakan bahasa ibunda itu dipuji ramai. Tambah Raja Ilya lagi, dia kini mempunyai teman untuk berborak dalam bahasa Melayu.
“Alhamdulillah, lepas ini ada geng sembang bahasa Melayu. Kalau harapkan Trent (suami), sampai sekarang dia tak faham,” tulisnya berseloroh.
Tambah Raja Ilya lagi, dia yang kini sedang sarat hamil anak kedua turut berkongsi kisah dirinya yang gemar makan ikan bilis ketika mengandungkan Talita.
Ads
“Talita juga menggemari makan ikan bilis goreng yang cukup sinonim dengan tekak masyarakat Melayu.
“Tekak orang Malaysia la katakan. Masa mengandung Talita memang saya suka sangat makanan Malaysia, lagi-lagi ikan bilis goreng makan dengan kari. Sup, nasi goreng, sayur semua pakai ikan bilis.
“Sekarang Talita pulak sangat gemar dengan ikan bilis goreng. Pandai anak saya makan,” tulisnya.
Ads
Beberapa video yang dikongsikan Raja Ilya juga turut memperlihatkan anak comel itu mengira dalam Bahasa Melayu. Memang comel!
Untuk rekod, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garrent pada 2018 di Perth, Australia. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung perempuan, Talita Love pada Julai 2022 dan kini sedang sarat hamil anak kedua.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Pada Ogos lalu, pelawak Achey Bocey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya atau mesra disapa Anne menjalani proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) dalam usaha memperoleh cahaya mata.
Setelah empat bulan proses itu dilakukan, baru-baru ini, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkongsi isterinya akan melalui proses terpenting dalam IVF iaitu memasukan embrio matang ke dalam sistem peranakan.
Namun dalam perkongsian itu, pasangan ini berserah kepada ketentuan Allah. Jika berjaya alhamdulillah namun seandainya gagal mereka perlu reda dan bersyukur dengan apa saja yang dah ditentukan.
Menerusi satu hantaran video terbaru di laman Instagram, Achey dilihat memujuk isterinya yang mesra dipanggil sebagai Anne itu sekali gus reda kerana belum mempunyai rezeki bagi mendapat zuriat.
“Syukur alhamdulillah… REDHA. @anne_achey._ please comeback stronger (Tolong kembali dengan lebih kuat),” tulisnya.
Video itu memaparkan Achey sedang menenangkan isterinya yang duduk di atas kerusi roda dipercayai selepas selesai pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Johor Bahru.
Di komen, ramai rakan artis dan pengikut memberikan kata-kata semangat buat pasangan itu supaya tidak patah semangat selain percaya dengan rezeki ditetapkan Allah SWT.
“Kakak doakan mama ye..”
Sementara itu, di instagram Anne pula, dia berkongsi paparan video yang melihatkan anak angkatnya, Nur Tiara Zinnirah menangis setelah mendapat tahu keputusan mamanya tak berjaya. Walaupun masih kecil, Tiara seolah-olah faham apa yang berlaku.
Lagi bertambah sebak, melihat Anne yang memujuk Tiara sambil mengalir air mata dan meminta anaknya mendoakan agar Allah berikan rezeki baby lagi pada masa akan datang.
“Kakak nak kawan baby..sambil memeluk mamanya.”
Allah dah aturkan yang terbaik
Untuk rekod, Achey dan isteri berkahwin sejak 11 tahun lalu dan memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram Achey Bocey & Anne Achey
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian adik Zara Qairina, remaja berusia 13 tahun yang dipercayai menjadi mangsa buli, telah mengejutkan dan menyayat hati seluruh rakyat Malaysia. Insiden ini bukan sahaja membuka luka lama mengenai isu buli dalam kalangan pelajar, tetapi turut mencetuskan persoalan mendalam mengenai keselamatan anak-anak, terutamanya mereka yang tinggal di asrama.
Apa yang lebih menyentuh hati ialah apabila kisah tragis ini mendapat perhatian dan simpati daripada pelbagai pihak, termasuk selebriti tanah air. Antara yang paling terkesan dengan pemergian adik Zara ialah penyanyi dan pelakon berasal dari Sabah, Bella Astillah.
Menerusi perkongsian menyayat hati di laman Instagram miliknya, Bella meluahkan kesedihan mendalam terhadap nasib malang yang menimpa adik Zara, seorang anak Sabah sepertinya yang pergi dalam keadaan penuh persoalan dan kemungkinan menjadi mangsa penderaan fizikal dan emosi.
“Adik Zara Qairina, 13 tahun, anak Sabah, perginya dalam keadaan penuh tanda tanya. Dikatakan dibuli, disakiti tapi sampai hari ini, belum ada siapa yang tampil bertanggungjawab.
“Bayangkan… anak kecil, jauh dari keluarga, menghadapi semuanya seorang diri. Kenapa sampai begini baru kita mula buka mata? Ndakan lah kita mau biarkan jak apatah lagi melibatkan nyawa! Siapakah orang yang sepatutnya bertanggungjawab memantau mereka di Asrama tempat dimana ibu bapa meletakkan sepenuh kepercayaan mereka di situ. Allahu, di mana letaknya perikemanusiaan kamu semua.
“Tepuk dada tanya selera. Kalau ini berlaku pada anak kita sendiri, sanggupkah kita berdiam? Sebagai seorang ibu dan juga sabahan, hati saya hancur. Seorang anak kecil, di usia muda begitu, terpaksa menanggung penderitaan yang tak sepatutnya,” luahnya sebak.
Dalam coretannya yang menyentuh jiwa itu, pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah turut menekankan bahawa buli bukanlah isu remeh yang boleh dipandang sepi.
“Buli bukan hal remeh. Jangan kita diam. Jangan tunggu ada lagi Zara yang lain.
Tolonglah bha pantau anak-anak kita. Dengarkan dorang. Didik dioranv supaya jadi manusia yang ada empati, bukan yang kejam.
Zara bukan sekadar nama dalam berita. Dia adalah anak kita juga. Kita gagal bila anak-anak terbiar dalam sistem yang membutakan hati dan menutup kebenaran 💔
Saya doakan keadilan akan datang. Saya akan terus bersuara untuk Zara.
Semoga Allah s.w.t tempatkan adik Zara di syurga tertinggi. Amin yra🤍
“Salam takziah dan kekuatan buat seluruh keluarga yang sedang berduka cita. Al-fatihah buat adik Zara Qairina,” tulisnya lagi.
Perkongsian Bella itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersedih dan marah dengan apa yang berlaku.
Semoga pemergian adik Zara bukan sia-sia. Semoga dari kisah duka ini, akan lahir kesedaran dan tindakan yang mampu melindungi anak-anak lain daripada menjadi mangsa seterusnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap tangisan bayi yang lahir ke dunia biasanya disambut dengan tawa, syukur dan air mata bahagia. Namun, bagi pasangan Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 40, dan Sabrina Hakiem Zaini, 40, kegembiraan itu turut diselubungi rasa cemas dan debar apabila salah seorang daripada bayi kembar tiga mereka kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Pasangan ini menyambut kelahiran tiga puteri comel pada 24 Oktober lalu, selepas melalui kehamilan penuh cabaran apabila doktor mengesahkan bayi kembar tiga itu perlu dilahirkan lebih awal pada usia 31 minggu kandungan. Keputusan itu dibuat bagi memastikan keselamatan ibu dan anak-anak yang dikandung.
Menurut laporan Kosmo!, ketiga-tiga bayi dilahirkan secara pramatang dan kini berada di bawah pengawasan pakar perubatan. Namun, seorang daripada mereka, Maryam Al Khawla, ditempatkan di NICU kerana memerlukan bantuan ubat dan pemantauan rapi daripada doktor.
Dua lagi kembar, Maryam Al Lubna dan Maryam Al Arwaa, dilaporkan menunjukkan perkembangan positif di Wad Rawatan Khas Bayi. Walaupun masih kecil dan memerlukan perhatian, kedua-duanya menunjukkan tanda-tanda semakin kuat dari hari ke hari.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat, dan dua bayi kami menunjukkan perkembangan baik. Namun, seorang lagi, Al Khawla, masih dalam pemantauan rapi dan bergantung kepada ubat yang diberikan oleh doktor,” ujar Mohd Fikry dengan penuh kesyukuran dan harapan.
Mohd Fikry yang kini bertugas di Skuadron Ke-12 Rejimen Askar Jurutera Diraja (12 Skn RAJD CBRNe) turut menjelaskan, keputusan untuk melahirkan bayi lebih awal dibuat selepas berbincang dengan doktor bagi mengelakkan risiko kepada isteri dan anak-anak mereka.
“Bayi kami dilahirkan pada usia 31 minggu kerana keadaan kandungan kembar tiga menyebabkan ruang rahim menjadi terlalu padat dan berisiko kepada ibu serta anak-anak,” katanya.
Menurutnya lagi, Maryam Al Khawla merupakan bayi paling kecil antara tiga beradik itu dengan berat hanya 1.78 kilogram ketika dilahirkan. Meskipun kecil dan masih bergantung kepada rawatan, semangat juang bayi ini menjadi kekuatan buat kedua ibu bapanya.
“Sebagai ibu bapa, sudah tentu kami risau. Tapi emosi isteri saya stabil, dan kami reda dengan ketentuan Allah. Kami berterima kasih atas doa dan sokongan rakyat Malaysia, dan memohon agar semua terus mendoakan anak-anak kami supaya membesar sihat dan kuat,” ujarnya penuh harapan.
Bagi ramai yang mungkin tertanya-tanya, kehamilan kembar tiga bukanlah sesuatu yang biasa. Ia merupakan kejadian yang sangat jarang berlaku, dengan anggaran hanya sekitar 1 dalam 8,000 kelahiran secara semula jadi di seluruh dunia.
Dalam banyak kes, kehamilan triplet berlaku hasil rawatan kesuburan seperti In Vitro Fertilization (IVF) atau ubat rangsangan ovulasi. Namun bagi yang hamil secara semula jadi, ia dianggap rezeki luar biasa – penuh keajaiban dan dalam masa sama, penuh risiko.
Antara risiko utama kehamilan triplet termasuk:
Dalam situasi sebegini, setiap hari di NICU adalah perjuangan — bukan hanya bagi bayi kecil yang sedang bertarung untuk hidup, tetapi juga bagi ibu bapa yang menunggu dengan penuh sabar dan doa di luar bilik rawatan.
Ini bukan kali pertama pasangan ini diuji. Sebelum ini, mereka pernah kehilangan anak sulung, Muhammad Al Fateh Amri, yang meninggal dunia pada usia lapan bulan selepas dihantar ke sebuah taska di Kelemak, Alor Gajah, Melaka.
Kehilangan itu meninggalkan luka mendalam, namun pasangan ini kekal kuat dan tidak pernah berhenti berharap. Kini, Allah sekali lagi menguji mereka – kali ini dengan tiga nyawa kecil yang memerlukan kasih sayang, kekuatan dan doa yang tidak pernah putus.
“Kami reda dengan apa pun yang Allah tentukan. Yang penting, kami nak lihat anak-anak kami kuat dan membesar dalam kasih sayang,” kata Mohd Fikry dalam nada tenang namun sarat emosi.
Sejak kisah ini tular di media sosial, ramai warga maya menzahirkan rasa simpati dan menitipkan doa agar ketiga-tiga bayi comel ini terus diberi kekuatan serta kesihatan yang baik. Ramai yang tersentuh melihat ketabahan pasangan ini menghadapi ujian demi ujian dengan hati terbuka.
Di sebalik setiap senyuman yang ditunjukkan, tersimpan getar hati seorang ayah dan tangisan tertahan seorang ibu yang setiap hari menunggu perkembangan anak kecil mereka di NICU. Setiap denyutan jantung, setiap nafas, setiap hari adalah perjuangan yang luar biasa.
Ramai netizen juga memuji ketabahan Sabrina yang kekal positif walaupun masih dalam proses pemulihan selepas bersalin secara pramatang. Ujian ini mungkin berat, namun semangat dan doa dari seluruh rakyat Malaysia menjadi penguat buat mereka berdua.
Moga Maryam Al Khawla, Maryam Al Lubna dan Maryam Al Arwaa terus membesar sebagai anak-anak yang sihat, solehah dan menjadi kebanggaan ibu ayah mereka. Setiap langkah kecil di NICU adalah bukti bahawa keajaiban Allah itu sentiasa ada – cuma datang dalam bentuk yang berbeza.
Kisah pasangan ini mengingatkan kita semua bahawa setiap nyawa yang lahir ke dunia adalah anugerah. Walaupun diuji dengan tangisan dan kesakitan, di penghujungnya pasti terselit cahaya kasih dan rahmat yang tidak ternilai.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan keluarga ini, mengurniakan kesembuhan kepada Maryam Al Khawla dan memberi kekuatan kepada kedua ibu bapa yang tabah ini untuk terus melangkah dengan penuh keimanan dan harapan.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.