Gelagat anak sulung Raja Ilya, si comel Talita Love yang bertutur dalam bahasa Melayu mencuri perhatian ramai.
Mana tidaknya, video Talita yang dikongsikan menerusi hantaran di TikTok itu memang comel. Biar pun pelat namun Talita berusaha untuk bercakap dalam Bahasa Melayu.
Kesungguhan Raja Ilya mengajar anaknya menggunakan bahasa ibunda itu dipuji ramai. Tambah Raja Ilya lagi, dia kini mempunyai teman untuk berborak dalam bahasa Melayu.
“Alhamdulillah, lepas ini ada geng sembang bahasa Melayu. Kalau harapkan Trent (suami), sampai sekarang dia tak faham,” tulisnya berseloroh.
Tambah Raja Ilya lagi, dia yang kini sedang sarat hamil anak kedua turut berkongsi kisah dirinya yang gemar makan ikan bilis ketika mengandungkan Talita.
Ads
“Talita juga menggemari makan ikan bilis goreng yang cukup sinonim dengan tekak masyarakat Melayu.
“Tekak orang Malaysia la katakan. Masa mengandung Talita memang saya suka sangat makanan Malaysia, lagi-lagi ikan bilis goreng makan dengan kari. Sup, nasi goreng, sayur semua pakai ikan bilis.
“Sekarang Talita pulak sangat gemar dengan ikan bilis goreng. Pandai anak saya makan,” tulisnya.
Ads
Beberapa video yang dikongsikan Raja Ilya juga turut memperlihatkan anak comel itu mengira dalam Bahasa Melayu. Memang comel!
Untuk rekod, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garrent pada 2018 di Perth, Australia. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung perempuan, Talita Love pada Julai 2022 dan kini sedang sarat hamil anak kedua.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Kalau minggu lepas, admin dah kongsikan satu cerita viral tentang sembilan orang jururawat hamil bersama-sama, kali ini cikgu pula! Memang betul penyakit berjangkit ni. Kejadian ini berlaku di sebuah sekolah di Kansas, Amerika Syarikat. Boleh dikatakan separuh daripada guru di sekolah itu sedang mengandung atau baharu sahaja bersalin.
Pihak pentadbiran sekolah itu berkongsi foto guru-guru tersebut di laman Facebook, dan boom! Terus viral.
Salah seorang daripada guru tersebut, Kelli Jo Sheahon, memberitahu yang mereka sangat seronok bila melihat ibu lain dan saling bertanyakan keadaan masing-masing. Kelli sedang hamil anak kembar. Katanya lagi, tidak ramai yang berpeluang untuk melalui pengalaman seperti ini.
Nasib baiklah tarikh jangka bersalin semua guru-guru ini agak ‘jarak’, jadi tidaklah mereka semua cuti pantang pada waktu yang sama. Kata pengetua sekolah itu, Ashley Miller, dia sangat teruja untuk kesemua pekerjanya (selepas dia elok dari terkejut), dan mengatakan yang berita kehamilan mereka semua sesuatu yang menarik.
“Ketika guru ketiga memberitahu yang dia hamil, saya terkejut. Masuk yang keempat, saya terkejut sangat. Bila ada guru kelima pula beritahu tentang kehamilannya, saya dah tak tahu apa nak cakap. Bila masuk guru ketujuh, saya akhirnya teringat untuk ucapkan tahniah. Ayat pertama yang keluar dari mulut saya bila tahu dia hamil, awak bergurau ke ni?”, kata Miller kepada ABC News.
Buat pertama kalinya PA&MA yang merupakan jenama pilihan ibu bapa nombor 1 di Malaysia menganjurkan PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program anugerah digital yang akan memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Bagi memperkasakan jenama keibubapaan yang kini telahpun berada di pasaran selama 20 tahun dan memberikan sedikit kelainan tahun ini, PA&MA telah mengambil inisiatif menghargai serta mengiktiraf pencapaian mama-mama millennial yang mempunyai cara tersendiri dan boleh menjadi inspirasi kepada ibu-ibu lain. CETAPHIL jenama terkenal yang membantu menyelesaikan permasalahan kulit anak merupakan penaja utama Anugerah ini. Tidak melepaskan peluang dalam memberikan yang terbaik buat ibu-ibu millennial di luar sana CETAPHIL turut memberikan perkongsian menarik bersama pakar dalam mengupas isu permasalahan anak untuk 8 episod istimewa.
Bagi menghangatkan lagi Program Anugerah Digital ini, PA&MA telah menampilkan dua hos papa selebriti terkenal iaitu Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali Dr Say dan Fizi Ali yang di beri tugas menyampaikan Anugerah BEST MAMA MILLENNIAL kepada 20 orang mama selebriti dan instafamous dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi.
Antara penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms, Mawar Rashid, Aisyah Hijanah, Farahanim Razak, Wawa Zainal, Datin Paduka Eina Azman, Anzalna Nasir, Diana Nasir dan Arsyaliee.
Selain itu, Yuyu Zulaikha, Feeya Iskandar, Diana Amir, Irma Hasmie, Shima Anuar, Intan Salleh, Mua Bellaz, Ameera Zaini, Leeyana Rahman, Belle Al Yahya, Fiza Frizzy dan Dr Tengku Ezulia turut diberi penghargaan ini.
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan Bersama CETAPHIL ini akan mula bersiaran secara langsung pada 19 Julai hingga 13 Ogos 2021 menerusi platform Facebook dan YouTube Majalah PA&MA jam 2.30 petang. Sepanjang tempoh ini, menampilkan penerima anugerah yang berbeza dengan perkongsian menarik yang pastinya memberi inspirasi buat ibu-ibu muda di luar sana.
PA&MA GALA REUNION merupakan acara kemuncaknya dan akan diadakan pada 15 Ogos 2021 secara virtual. Dalam acara ini PA&MA akan mengumpulkan beberapa penerima Anugerah PA&MA GALA MOMS bersama 50 mama millennial daripada Kelab Komuniti PA&MA. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan antaranya perkongsian bersama penerima anugerah, perkongsian bersama pakar keibubapaan, games, cabutan bertuah dan lain-lain.
Bagi mendapat maklumat lanjut mengenai PA&MA GALA MOMS, boleh ikuti di Facebook dan Instagram PA&MA dengan hashtag #BestMamaMillennial #PaMaGalaMoms #DiinspirasikanBersamaCetaphil
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Figura ini banyak jasanya. Penulisannya juga memberi kesan kepada para pembaca. Di dalam dunia penulisan, beliau sangat dihormati dan selalu dijadikan rujukan. Hari ini, kita dikejutkan dengan berita pemergiannya. Beliau adalah Datuk Abdul Jalil Ali yang merupakan Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian.
Berikut adalah berita tentang pemergiannya figura yang disegani ini, dipetik dari Sinar Harian:
Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali meninggal dunia sebentar tadi.
Berita tersebut disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau.
Menurutnya, setakat jam 7.08 pagi, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
“Semoga sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.
Jenazah masih di hospital akan dibawa ke rumah No 44 Jalan pjs 9/8 bandar sunway 46150 PJ.”
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) August 7, 2020
Haikal Jalil dalam Facebooknya turut mengesahkan bahawa bapa beliau meninggal dunia 6.32 pagi ini.
Abd Jalil, 66, berpengalaman lebih 47 tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
Abd Jalil juga ialah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,Dimaklumkan bahawa ayahanda tercinta kami, Abd Jalil bin Ali telah kembali ke…
Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Ucapan takziah juga buat keluarga Allahyarham Datuk Abdul Jalil, semoga mereka tabah dengan ujian ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.