Pelakon Raja Ilya yang kini menetap di Perth, Australia berkongsi berita gembira tentang dirinya yang kini sedang hamil 5 bulan.
Mengumumkan perkara tersebut melalui akaun Instagram miliknya, Ilya akui rasa teruja untuk berkongsi berita gembira tersebut kerana sudah lama menyimpan rahsia kehamilannya itu.
Selain itu, pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohammad ini juga turut menyatakan bahawa kehamilannya berjalan lancar dan rindu untuk pulang ke Malaysia berjumpa keluarga dan rakan-rakan.
“Tak sabar actually nak share news ni dengan semua .. Oleh kerana masa dan situasi Tak mengizin kan kami Cadang untuk share pada hari ini ..
“Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti ditentukan Oleh Yang Maha Esa … Kami happy sangat dekat sini , walaupun hati tu rindu nak balik MALAYSIA, balik Ipoh jumpa keluarga .. Rindu nak shooting jumpa kawan kawan ,Honestly rasa kebunan rindu tu lebih dari kebunan nak makan time mengandung ni,” tulisnya.
Bakal melahirkan bayi sulungnya di Australia, Ilya turut memohon pengikutnya untuk berkongsi tip dan pengalaman kehamilan untuknya.
“Memandangkan ilya akan bersalin dekat Australia ,ilya harap ramai Boleh share tips dekat ilya ok … One thing ilya experience dalam 5 bulan ni “it’s Hard”bukan mudah rupanya nak jadi seorang ibu .. phewww.. tapi in the same time,rasa excited and bersyukur.
Ads
“Thank you for all the well-wishes, love & support dari korang semua selama ini,” tulisnya lagi.
Dalam satu temuramah bersama Mstar, menurut Ilya bayi dalam kandungannya itu dijangka lahir sekitar Julai depan iaitu hampir dengan ulang tahun kelahirannya sendiri yang ke-37
“Kalau cukup bulan dan hari, InsyaAllah baby ini akan lahir sama tarikh dengan ulang tahun kelahiran saya,” ujar Raja Ilya.
Di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah di atas kehamilan Raja Ilya.
Ads
Untuk rekod, Ilya dan suaminya Trent Garret telah melangsungkan perkahwinan mereka pada Disember 2018, selepas berkahwin Ilya dan suami menetap di Australia sejak 2019.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila tiba musim perayaan, ramai yang akan pulang ke kampung halaman atau berkunjung ke rumah sanak saudara. Kadang kala memerlukan perjalanan yang jauh dan dalam keadaan kandungan yang sudah sarat.
Kehamilan bukan masalah untuk membuat perjalanan jauh. Tapi ia memerlukan persediaan dan ibu hamil perlu membuat tindakan bijak untuk memastikan ada pelan sekiranya sesuatu perkara berlaku. Dr Afiq Rahim berkongsi perkara ini di dalam blog beliau. Perkongsian beliau adalah seperti berikut;
Tips Penting Ibu Hamil Untuk Perjalanan Jauh
Sebelum itu, saya telah menerima pelbagai soalan daripada netizen berkenaan kesesuaian mereka menempuh perjalanan jauh semasa sedang hamil.
“Adalah salah jika mengatakan tidak kepada ibu hamil untuk perjalanan jauh” menurut Professor Frank A. Chervenak, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Weill Medical College of Cornell University in New York City. Ujar beliau lagi:
“Anda perlu melihat kepada setiap situasi berdasarkan keadaan pesakit tersebut.”
“Paling penting adalah berbincang dengan doktor dan pihak kesihatan yang merawat ibu hamil. Jika doktor anda bimbang akan keselematan kandungan anda, maka anda wajib berasa bimbang juga tentang kandungan anda dan menilai samada perjalanan itu berbaloi atau tidak” tambah beliau lagi.
Panduan ini melibatkan dua komponen iaitu panduan umum dan panduan khusus.
#1 Panduan Umum
SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN:
Waktu terbaik untuk ibu hamil merancang perjalanan jauh adalah pada fasa kedua kehamilan antara 14 – 28 minggu. Sekiranya ibu dan bayi dalam kandungan sihat maka anda dibenarkan sehingga 36 minggu untuk menempuh perjalanan jauh. Kebanyakkan masalah kandungan berlaku pada fasa pertama dan fasa ketiga kehamilan.
Ibu hamil yang berisiko tinggi dan tidak digalakkan menempuh perjalanan jauh adalah:
Ibu yang mempunyai masalah darah tinggi tidak terkawal.
Ibu hamil yang mempunyai masalah ‘Preeclampsia’ atau ‘Hampir Sawan’.
Ibu hamil yang pecah air ketuban pra matang. (premature rupture of membranes)
Ibu hamil yang mempunyai kontraksi pra matang (preterm labour)
Ibu hamil yang mengandung anak kembar.
Ibu hamil yang dinasihatkan oleh doktor untuk tidak menempuh perjalanan jauh atas faktor keselamatan diri dan kandungan.
Sila bertemu dengan doktor dan berbincang mengenai rancangan perjalanan jauh anda sebelum memulakan perjalanan. Apakah perkara yang perlu dibincangkan bersama dengan doktor anda?
Apakah tujuan perjalanan tersebut?
Di manakah destinasi hala tuju perjalanan tersebut?
Berapa lamakah tempoh perjalanan tersebut?
Apakah perancangan aktiviti anda apabila selamat sampai ke destinasi?
Di manakah lokasi penting sebagai pusat rujukan kesihatan sekiranya berlaku sebarang masalah berkenaan kehamilan anda?
Adakah selamat jika menempuh perjalanan jauh saat kehamilan menghampiri tarikh bersalin (due date)?
Pastikan buku pink/merah klinik kerajaan atau kad rawatan susulan kehamilan swasta dikemaskini dan dibawa ke mana-mana anda berada. Hatta nak membeli belah pun WAJIB bawa buku tersebut ibarat seperti membawa kad pengenalan anda. Ini amat penting sekiranya berlaku kes kecemasan.
Siapkan ubat-ubatan, vitamin kehamilan dan kit kecemasan di dalam beg anda sebagai persiapan sepanjangan tempoh perjalanan.
Jika umur kandungan 28 minggu dan ke atas, siapkan juga satu beg kecil perkakas bayi semasa berpantang. Ini bagi menangani risiko kelahiran bayi samada cukup bulan atau pra matang sekiranya berlaku selepas menempuh perjalanan jauh. Juga boleh simpan sehelai seluar bersalin Mamapride, seluar bersalin yang mesra aurat dan patuh syariah di dalam beg anda sebagai persediaan bersalin pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Kenalpasti lokasi klinik kesihatan dan hospital yang terdekat di sepanjang perjalanan agar memudahkan urusan anda sekiranya berlaku sebarang hal kecemasan. Para suami, sila simpan koordinat lokasi hospital atau klinik kesihatan di sepanjang perjalanan anda di dalam Google Map atau WAZE beserta nombor telefonnya.
Perjalanan yang paling selamat adalah wajar diutamakan. Sebagai contoh perjalanan menggunakan lebuhraya adalah lebih selamat berbanding jalan biasa walaupun ianya lebih jauh sedikit berbanding jalan biasa.
Para ibu hamil boleh meminta klinik kesihatan yang menjaga anda untuk memaklukmkan kepada klinik kesihatan di kampung/destinasi yang dituju berkenaan kepulangan/ketibaan anda ke sana.
Dapatkan perlindungan takaful/insurans (jika ada) buat ibu hamil sekiranya berlaku kes kecemasan di sepanjang percutian.
SEMASA PERJALANAN
Berehat selepas menempuh perjalanan jauh setiap 2 jam. Ibu hamil digalakkan mengosongkan pundi kencing pada waktu ini bagi menurunkan tekanan pada organ tersebut yang boleh meningkatkan risiko kontraksi. Selain itu, guna masa rehat ini untuk berjalan dan meregangkan badan serta melancarkan aliran darah terutama pada bahagian kaki.
Segarkan diri dengan pengambilan air yang secukupnya. Perjalanan jauh amat memenatkan. Sekiranya mampu semasa perjalanan jauh, boleh berpuasa namun sebaiknya berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
Pakai pakaian yang longgar. Elakkan pakaian ketat seperti seluar jeans ketat yang boleh menggangu pengaliran darah di kawasan kaki.
Elakkan menempuh perjalanan jauh pada waktu puncak kesesakan trafik. Kesesakan trafik boleh berlaku di atas jalanraya, di stesen bas, di lapangan terbang dan di mana-mana sahaja hatta di klinik kesihatan mahupun di hospital pada musim perayaan ini. Periksa aliran trafik di laman sesawang seperti PLUS, LPT dan sebagainya.
Jika ibu hamil mempunyai tanda-tanda bahaya di bawah ini, sila ke klinik kesihatan/hospital berdekatan pada kadar segera!
Pendarahan daripada jalan bawah (Vaginal Bleeding)
Kontraksi atau sakit perut (Contractions or Abdominal/Pelvic Pain)
Pecah Air Ketuban ( Water Breaks)
Tanda-tanda Preeclapmsia (Sakit Kepala berterusan, kabur penglihatan secara tiba-tiba, sesak nafas, bengkak kaki dan tangan)
Muntah-muntah dan cirit birit yang teruk.
Sakit atau lenguh pada kaki terutama di kawasan betis, bengkak dan panas serta kemerahan. (Tanda-tanda DVT).
Pergerakan janin yang amat tidak aktif.
Alhamdulillah, anda selamat sampai ke destinasi yang dituju. Eh nanti dahulu! Periksa dahulu tips di bawah sebelum memulakan aktiviti percutian anda.
PANDUAN SELEPAS PERJALANAN SELESAI
Singgah ke klinik kesihatan/desa terdekat untuk pemeriksaan kehamilan anda. Lagi awal selepas anda selamat sampai adalah lebih baik. Bawa sekali buku pink/merah/kad swasta bersama untuk memudahkan urusan.
Pastikan rawatan berkala yang diusulkan oleh pihak klinik kesihatan disambung atau dilaksanakan oleh anda hatta apabila bercuti ke kampung. Sebagai contoh, pemeriksaan berkala tekanan darah seminggu sekali atau selang sehari sekiranya dimaklumkan.
Simpan nombor telefon jururawat atau doktor bertugas atas panggilan di klinik kesihatan yang berdekatan di kampung / destinasi bercuti anda selain nombor telefon klinik sendiri. Ini amat penting sekiranya berlaku kes kecemasan.
Pastikan pergerakan janin sekurang-kurangnya cukup 10 pergerakan sehari dan tanda pergerakan tersebut di dalam buku pink apabila anda selamat sampai ke destinasi.
Jika ibu hamil mempunyai tanda-tanda bahaya seperti yang di atas, sila ke klinik kesihatan/hospital berdekatan pada kadar segera. Tangguh dahulu percutian and dan utamakan keselamatan ibu dan bayi di dalam kandungan.
“Paling penting adalah berbincang dengan doktor atau jururawat yang menjaga anda sebelum memulakan perjalanan jauh.”
Semoga bermanfaat dan kongsikan kepada para ibu hamil dan pasangan mereka ye.
Semakin hari kes positif Covid semakin meningkat bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan buat rakyat. Justeru ramai yang memilih untuk terus kekal di rumah dan tidak keluar ke mana-mana melainkan perlu sahaja.
Namun untuk ibu-ibu hamil dan juga yang mempunyai anak kecil dan perlu mendapatkan pemeriksaan berkala atau susulan untuk anak-anak pasti keadaan ini tidak dapat dielakkan dan perlu juga keluar untuk ke klinik atau hospital.
Perkara tersebut ternyata mendatangkan kegusaran di hati banyak pihak termasuklah buat pelakon Mia Ahmad. Mia yang dijadualkan akan bertemu dengan doktor bagi pemeriksaan terkini kandungannya meluahkan rasa bimbang untuk keluar dari rumah.
Malah isteri kepada penjaga gol pasukan JDT, Izham Tarmizi ini juga turut terkenangkan keadaan para ibu yang bakal melahirkan anak tetapi belum sempat membuat persiapan ekoran penularan wabak Covid-19 ini.
Kat NGO mana lagi yang kita boleh sedekah baju2 pre-loved baby and toys time pkp ni?
Dalam pada itu Mia turut memberi cadangan kepada para ibu yang belum sempat buat persiapan supaya membeli barangan bayi secara atas talian.
Banyak yg DM mia diorang tak ada buat persiapan apa lagi nak deliver baby. Nak pergi beli tp kedai tak buka and tak boleh keluar. Kesiannyaaa tapi kannnn, ada je babyshop yang masih jual barang2 dia online.
Semoga urusan Mia dan ibu-ibu hamil lain dipermudahkan sepanjang tempoh PKP dan Covid-19 ni. Yang penting amalkan pencegahan dan jangan keluar jika tidak perlu. moga kita semua sentiasa di dalam lindungan Allah SWT.
Sekian lama menanti, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan isterinya, Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Jahansso mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran Instagram melalui akaun @Ijo_pada Sabtu lalu di mana baginda bertitah mengenai kehamilan itu.
Malah menerusi hantaran itu lagi, pasangan diraja ini bakal menyambut kelahiran zuriat pertama mereka yang dijangka dilahirkan pada Julai nanti.
“Mac 2023, saya dan suami dengan gembira ingin mengumumkan kami bakal menerima cahaya mata pertama.
“Kelahiran tersebut dijangka pada Julai 2023,” ujarnya.
Hal yang menggembirakan itu sudah semestinya mendapat pelbagai reaksi ramai malah turut mendapat lebih 15 000 tanda suka dari pengikutnya di Instagram.
Semoga kehamilan Che Puan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Jahansso dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Terdahulu, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan isterinya, Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Jahansso mendirikan rumah tangga pada 19 April 2019.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.