Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT. Kita sebagai manusia boleh berusaha, berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki. Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga.

Jika tidak dapat bantu banyak, sekurang-kurangnya bersolatlah. Jika seorang isteri dengan ikhlas mendirikan solat dhuha dan mendoakan bagi suaminya diluaskan pintu rezeki, sebenarnya amalan ini sangat membantu.

Rajin Solat Dhuha, Usaha Isteri ‘Ternak’ Rezeki Untuk Suami

Artikel Menarik: [Suami Isteri Selalu Bermanja & Saling Bercinta, Rahsia Kurus Paling Mudah]

Lihatlah sendiri, ketika sebelum mendirikan solat dhuha, rezeki suami mencukupi, tetapi tidak lebih. Sekadar yang ada. Ada masanya mungkin berkurangan pula. Tetapi apabila seorang isteri itu mendoakan suaminya ketika dalam solat dhuha, datang pula rezeki lain tanpa diduga. Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit tetapi lebih daripada itu. Jika dilihat kebaikan mendirikan solat dhuha, ia rupanya sama seperti memberi 360 sedekah.

IKLAN

“Setiap pagi, setiap anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.” (HR. Muslim).

Betapa besarnya kebaikan mendirikan solat dhuha. Selain hadis itu, terdapat juga hadis yang menunjukkan janji Allah SWT untuk menambah rezeki seseorang itu jika dia mendirikan solat dhuha.

Rajin Solat Dhuha, Usaha Isteri ‘Ternak’ Rezeki Untuk Suami

IKLAN

Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” (HR. Ahmad)

Artikel Menarik: [Tugas Suami Tak Mudah. Jadi Ketua Keluarga, Banyak Hati Kena Jaga]

Bukan susah, hanya dengan mendirikan solat dhuha dan mengadu semua hal kepada-Nya, anda dapat membantu suami. Pengorbanan ini tidak perlu dihebah-hebah, cukup sekadara Allah SWT menilai dan menganugerahkan kesenangan kepada anda sekeluarga. Jika tidak sempat untuk solat dhuha hari ini, mula jadikan ia amalan harian mulai esok. Semoga kita semua dikurniakan rezeki dan kebaikan sentiasa.

IKLAN

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI