Tahap kebahagiaan sesebuah negara sering menjadi ukuran kesejahteraan rakyatnya. Baru-baru ini, laporan Laporan Kebahagiaan Dunia 2025 yang disediakan oleh firma penyelidik Gallup menunjukkan bahawa Malaysia jatuh lima anak tangga, di kedudukan ke-64 berbanding ke-59 sebelum ini.
Gallup berkata, laporan itu dibuat hasil kerjasama antara pihaknya bersama Oxford Wellbeing Research Centre dan UN Sustainable Development Solutions Network yang menganalisis tempoh antara 2022 hingga 2024 melibatkan kira-kira 1,000 responden dari 147 negara.
Menurutnya, penyelidik mengenal pasti beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kesejahteraan penduduk antaranya sokongan sosial, pendapatan, kebebasan kesihatan dan persepsi terhadap rasuah.
“Malaysia menduduki tempat ke-4 dalam kalangan anggota ASEAN, malah menjadi antara empat negara teratas di dunia di mana rakyatnya paling kerap berkongsi makanan bersama.
Ads
“Rakyat Malaysia berkongsi kira-kira 11 hidangan seminggu dengan orang lain,” katanya pada Khamis.
Gallup memberitahu, dalam kalangan negara ASEAN, Singapura menduduki tempat pertama iaitu di tangga ke-34, diikuti Vietnam di tempat ke-46 dan Thailand di kedudukan ke-49.
Tambahnya, Indonesia pula berada di tangga ke-83, disusuli Laos (93), Kemboja (124) dan Myanmar (126).
Ads
Sementara itu, katanya, negara-negara Nordik sekali lagi mendominasi kedudukan apabila Finland dilaporkan berada di tangga teratas untuk lapan tahun berturut-turut dengan markah 7.736 dalam Indeks Penilaian Hidup.
Ads
“Denmark, Iceland dan Sweden masing-masing di tempat kedua, ketiga dan keempat, sama seperti tahun sebelumnya. Belanda juga kembali berada di kelompok lima teratas manakala Costa Rica (6) dan Mexico (10) buat pertama kali tersenarai dalam kedudukan 10 negara paling bahagia.
“Jerman turut mencatatkan peningkatan dari tempat ke-24 ke-22, manakala Amerika Syarikat (AS) jatuh satu anak tangga iaitu kedudukan ke-24, rekod terburuknya setakat ini.
“Lubnan (141), Sierra Leone (142) dan Afghanistan (143) disenaraikan sebagai negara paling tidak bahagia,“ ujar laporan tersebut.
Setiap hari ada saja perkembangan terbaharu Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang boleh dibanggakan. Sudah mampu bergerak aktif dan sebagainya, kini buah hati kesayangan rakyat Malaysia ini dikatakan sudah mengungkapkan perkataan pertamanya.
Menerusi perkongsian dari bapa Ainul, si comel ini dilihat menyebut perkataan “Mama…”. Kapsyen yang mengiringi video pendek itu cukup ringkas, tapi sudah mampu membuatkan ramai orang bersyukur dan gembira dengan perkhabaran ini.
TONTON VIDEO AINUL UNGKAP PERKATAAN PERTAMA DI BAWAH:
First word ainul, " Mama ". Alhamdulillah, Setahun sepuluh bulan.
“First word Ainul, “Mama”. Alhamdulillah, setahun sepuluh bulan.”
Pelbagai komen positif dititipkan oleh rakyat Malaysia:
Selepas menjalani pembedahan tahun lalu, Ainul menunjukkan perkembangan yang baik dari segi kesihatan serta kemahiran sosialnya. Bukan sahaja sudah mampu bergerak aktif, buah hati kesayangan kita ini juga sudah mula boleh bertutur. Diharapkan Ainul terus membesar dengan baik dan lebih banyak perkara lain dapat dilakukan olehnya selepas ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi meraikan kebanyakan staf berbangsa Melayu, pasangan pengantin berbangsa Cina sepakat memilih busana pengantin tradisional Melayu untuk majlis perkahwinan mereka.
Menerusi perkongsian dari satu akaun Tik Tok, @ashawedding yang bertanggungjawab untuk mengendalikan majlis ini, kedua pengantin yang bagai penang dibelah dua ini memilih persalinan songket berwarna offwhite untuk persandingan mereka.
Tidak hanya pengantin bahkan keseluruhan tema perkahwinan juga diilhamkan daripada tema pengantin masyarakat Melayu.
“Terima kasih pasangan Chinese, Mr Tee De Yang dan Miss Jie Lin memilih adat melayu di hari persandingan. Ini bagi meraikan pekerjanya yang kebanyakkan berbangsa Melayu,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menerusi perkongsian itu juga, ahli keluarga pengantin juga turut sama mengenakan pakaian tradisional Melayu.
Bukan sahaja pengantin, ibu bapa dan ahli keluarga yang lain juga dilihat siap berbaju Melayu teluk belanga, kebaya dan baju kurung. Cantik dan sopan.
Difahamkan pasangan pengantin ini sebelum ini mengadakan majlis persandingan di tiga tempat berbeza.
Dua majlis di hotel khusus untuk kaum keluarga dan sahabat handal serta satu majlis bertemakan kemelayuan khusus untuk meraikan pekerja mereka yang terdiri daripada masyarakat Melayu.
Meninjau diruangan komen rata-rata pasangan pengantin ini dipuji cukup kacak dan cantik berbusana Melayu apa lagi kala mengenakan songket yang menjadi pilihan Utama dalam majlis persandingan.
29 Januari yang lalu, seorang kanak-kanak warga China berumur 4 tahun datang bercuti ke Langkawi bersama keluarganya. Dengan penularan wabak virus coronavirus ketika itu, dia juga turut disahkan positif menghidap virus tersebut.
Namun dia kini telah pulih dan disahkan bebas sepenuhnya daripada virus yang telah meragut ramai nyawa. Menurut laporan Berita Harian, Ia adalah kes pertama membabitkan individu disahkan positif coronavirus yang pulih daripada jangkitan itu di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sampel klinikal terhadap kanak-kanak berusia empat tahun itu yang dirawat di wad isoloasi Hospital Sultanah Maliha, kini didapati negatif daripada 2019-nCoV.
Jelasnya, sampel klinikal diambil sebanyak dua kali berturut-turut sejak kanak-kanak itu dikesan positif coronavirus pada 29 Januari lalu, sebelum disahkan negatif. Sehubungan itu, katanya, kanak-kanak itu yang kini sihat, sudah dibenarkan pulang.
Boleh dirawat
“Kes ini menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China.
“Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat.
“KKM ingin mengucapkan tahniah kepada Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang telah memberikan rawatan dan pemantauan yang rapi sehingga kanak-kanak ini sihat semula dan dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Malaysia masih kekal dengan 10 kes positif coronavirus
Pada 29 Januari lalu, Dr Noor Hisham memaklumkan mengenai kes positif kanak-kanak itu, selain dua lagi individu yang turut dikesan positif pada hari sama.
Setakat jam 6 petang semalam, sebanyak 10 kes didapati positif 2019-nCoV di negara ini, termasuk seorang rakyat Malaysia pertama dijangkiti wabak itu, manakala kes disyaki (PUI) ialah 213.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.