Sejuk perut ibu mengandung orang kata kalau anak-anak yang dibesarkan menjadi insan yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia selain cemerlang dalam akademik. Mungkin itulah yang dirasakan oleh pelakon Rita Rudaini yang mempunyai dua orang anak lelaki yang boleh dibanggakan.
Rita Rudaini memuat naik satu rakaman video di akaun Instgram miliknya yang mana dalam video tersebut, kedua-dua anaknya sedang mengalunkan takbir raya dengan sungguh merdu di kediaman mereka.
Menerusi kapsyen video tersebut juga, pelakon filem Mami Jarum Junior ini menyatakan bahawa Ramadan tahun ini sangat bermakna buat dirinya dan keluarga. Dia juga berdoa agar segala amal ibadat sepanjang bulan yang mulia ini diterima oleh Yang Maha Esa.
Dalam pada itu, Rita juga turut mengucapkan Selamat Hari Raya dari mereka sekeluarga.
Ads
“Tkasih RAMADHAN…sesungguhnya RAMADHAN kali ini sgt bermakna utk kami bertiga….setiap yg jadi ada rahsia di sebaliknya…tkasih ALLAH….
“YA ALLAH,terimalah amal ibadat dan puasa kami….panjangkan lah umur kami supaya dpt kami brsua dgn RAMADHAN bulan yg penuh mulia ini lg….
Ads
“SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI THEAIRITS…MAAF ZAHIR DAN BATIN,” tulisnya dalam kapsyen posting tersebut.
Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.
Ads
Sepanjang hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.
Rita membuktikan meskipun dirinya bergelar seorang ibu tunggal, itu bukan halangan untuk dia membesarkan anak-anaknya dengan baik. Membesarkan anak-anak dan mendidik mereka menjadi insan berakhlak mulia pastinya bukan mudah. Semoga anak-anaknya terus membesar menjadi anak yang soleh buat ibu dan ayahnya.
Sumber: Media Hiburan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membesarkan seorang anak bukan sesuatu tugas yang mudah dalam situasi hari ini. Dengan pelbagai cabaran dan tekanan, pastinya ia memerlukan kekuatan dari pelbagai aspek. Ingat anak zaman sekarang tak sama seperti zaman kanak-kanak kita dulu-dulu.
Sebab tu jangan dibandingkan mak zaman dulu dengan mak zaman sekarang. Mungkin dulu anak ramai, tekanan untuk membesarkan tu kurang. Tapi jika hari ini anak lebih dari 5 orang, anda memang betul-betul hebat.
Ditambah pula bila dua-dua kerja, masa dianggap sangat berharga. Bukan mudah nak bahagikan masa antara urusan rumah tangga, keluarga dan kerjaya. Itulah bila ada mulut mak cik-mak cik yang selalu keluarkan kenyataan yang menyentuh perasaan seorang ibu, pasti diri kita cukup terasa.
Seperti perkongsian penulisan asal Annie Sukery dia ada memberi contoh jelas situasi hari ini yang dilalui oleh kebanyakan golongan ibu.
Tu pasal mental mak-mak sekarang koyak…
KENAPA MAK DULU BOLEH JAGA 10 ANAK, MAK SEKARANG ANAK BARU DUA DAH KECOH?
Tu kena faham dulu sebelum keluarkan statement yang bukan-bukan. Saya paling anti kalau kenyataan ini.
‘Eleh, makcik dulu anak ramai boleh je jaga, ko baru tiga dah macam tak cukup tangan?’
Hmmmm..dalam sedar tak sedar, zaman dulu dan zaman sekarang sangat berbeza.
Zaman saya kecil-kecil dulu. Sekitar umur 5 – 6 tahun camtu, saya sangat bebas ke sana sini. Naik basikal, masuk kebun getah cari buah getah nak main congkak. Kadang round satu kampung dengan jiran-jiran dan adik-beradik.
Keluar selepas asar, sebelum Maghrib balik. Keluar main dengan anak jiran lelaki, main kejar-kejar.Seronok! Balik rumah dengan penat. Selepas makan dah tertidur sendirinya.
Mak? Buat kerja rumah di rumah. Ayah? Pergi dan balik kerja dengan senang hati. Kenapa mak boleh jaga sepuluh anak?
Sebab anak-anak tak buat sepah dalam rumah. Anak-anak tak bergaduh dalam rumah. Anak keluar main dengan jiran kampung sebelah? Mak tak pernah risau. Mak tak pernah susah-susah dan resah.Sebab dia tau, penat main, anak-nak confirm balik makan.
Anak perempuan dia main kejar-kejar dengan anak lelaki jiran? Mak tak pernah risau. Sebab anak perempuan dan anak jiran memang main kejar-kejar semata-mata.
Dulu kedai runcit banyak dekat kawasan rumah. Pasar basah pun dekat. Mak bagi RM20 pastu bagi list barang, anak perempuan dia kayuh basikal pergi pasar, tunjuk list, orang kedai bagi barang. Harga pun harga betul, kadang siap bagi free lada kering la, bawang merah lebihla.
Mak senang ada pembantu. Tak payah mak susah-susah nak pergi pasar. Zaman sekolah pun best. Pagi ayah hantar, balik pandai balik sendiri naik bas henti-henti. Kadang ada duit lebih, ambil prebet sapu. Kadang siap tertidur dalam kereta,tapi pakcik perebet kejut je, adik..sampai rumah dahni!
Hidup tenang. Senang. Sedar-sedar 10 orang anak mak dah besar.
Tapi itu zaman mak dulu. Zaman mak sekarang dah lain.
Anak nak keluar main sendiri depan rumah risau sangat. Kereta banyak, motor banyak. Anak pulak baru belajar kayuh basikal, kadang jatuh kadang terlajak. Mak sibuk nak masak lagi, maka terpaksa suruh anak main dalam rumah. Nak biar main kat luar, risau!
Maka, bila dalam rumah, mak stress. Anak sepahkan mainan, main elok-elok 5 minit pastu berebut dengan adik. Belum campur lagi bab anak kata dah bosan dengan mainan.
Mak nak anak bergaul dengan anak jiran. Tapi mak sekarang risau. Anak mak perempuan, anak jiran lelaki. Budak dulu-dulu naif. Tapi budak sekarang advance. Budak dulu-dulu kalau main kawin-kawin, setakat sanding duduk sebelah-sebelah je. Budak sekarang main kawin-kawin kadang memang ‘kawin’ terus. Tak ada akad nikah je. Akhirnya, mak tak dapat masuk dapur, mak nak pantau kat luar anak-anak ni bergaul macam mana.
Mak nak suruh anak pergi kedai zaman sekarang mak risau. Sahkan nak pergi kedai, anak main depan rumah pun bahaya. Orang jahat merata-rata. Sekali lagi, mak terpaksa suruh anak main dalam rumah. Sekali sekala bawa ke taman, tapi itula, jeling mata tak pernah lepas. Risau.Risau. Risau. Makanya, mak jugaklah usung anak-anak pergi kedai, walaupun sekadar nak beli bawang merah 5 ulas.
Mak nak anak balik sekolah sendiri?Lagilah risau. Naik bas ada risiko, naik teksi ada risiko, kayuh basikal sendiri ada risiko. Mak risau. Maka, demi anak, mak jugaklah gagahkan diri ambil dan hantar anak sekolah. Loceng belum bunyi mak dah tercegat depan pagar sekolah, takut anak balik ikut orang ntah sape-sape.
Dengan rutin macam tu, bila mak nak ada masa di rumah? Anak kena pantau 24 jam depan mata. Paling mudah, anak-anak semua dalam rumah!
Mak dulu takde mainan dalam rumah, sebab anak main luar rumah. Rumah mak dulu bersih, clear,sebab mak tak payah fikir bab anak sepahkan.Mak tak risau anak kat luar. Mak tak risau anak hilang.
Mak sekarang?
Anak dalam rumah pun orang intai lagi!
10 ANAK ZAMAN MAK DULU, DAH TAK SAMA DENGAN TIGA ANAK ZAMAN SEKARANG.
Sumber : Annie Sukery
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita bertutup dengan kain namun ada waktunya perlakuan kita diperhatikan dengan rasa kurang senang pada orang yang memandang. Begitu juga dengan anak-anak kita yang lain.
Di saat kita sedang menyusu, sambil kita mencari ruang tersorok ada baiknya untuk kita sama-sama menasihati anak-anak lain yang lebih besar agar memberi ruang ibu untuk menyusu. Semuanya sebab aurat ibu dan yang terbaik buat anak lain. Didik mereka rasa hormat dan malu melihat situasi itu.
Ibu-ibu menyusu, kita perlu berjaga-jaga bila nak menyusu. Meskipun di hadapan anak-anak , ibu bapa kita, mertua kita apatah lagi adik beradik kita dan ipar duai. Peliharalah aurat.
Menyusulah di tempat yang tertutup. Supaya tiada yang terdedah. Amat tak sopan dan jika menyusu di hadapan orang dengan alasan rapat.
Masih ada aurat dan adab perlu dijaga. Rapat bukanlah sampai kita dedah aurat. Melainkan kita pakai nursing cover, itu tak mengapa.
Bila saya nak menyusu, saya akan beritahu anak-anak lelaki saya berumur 5 tahun dan 3 tahun, ummi nak menyusu di dalam bilik, kalau abang nak masuk bilik , duduk jauh dari ummi. Jangan tengok, ummi malu. Begitulah.
Surprisingly, dia memahami. Terkeluar di bibir mereka, malu dan keluar. Sekali sekala dia terlanggar tu, ingatkan balik. Sentiasa ingatkan dengan baik.
Para ayah juga bantu ibu untuk punya ruang menyusu. Bila ibu nak menyusu, bawalah anak menjauh dan main bersama untuk distract mereka. Sama-sama ingatkan juga.
Orang sekeliling juga , jika ibu nak menyusu, berikanlah juga ruang sebentar supaya dapat menyusu di ruang tertutup.
Baby nak menyusu, biasanya tak boleh nak tunggu orang habis berborak ke apa. Rasa malu dan cara kita beradab serta memelihara aurat dilihat dan disaksikan oleh anak-anak. Mereka akan mencontohi dan mengikuti.
Pendidikan mengenai malu dan privasi perlu bermula dari rumah. Biar anak-anak tahu adab, etika dan akhlak ketika bergaul meskipun sesama ahli keluarga. Hilangnya malu dan segan, punca banyak perkara buruk dan dosa.
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru berusia 5 tahun namun anak kecil bernama Yusof Iskandar ini dilihat cukup matang. Bukan hanya abang yang penyayang kepada adikya, Alisa Aisyah bahkan keperibadian anak pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mempunyai sifat yang begitu dikagumi.
Jika kanak-kanak lain seusianya pasti menangis dan merajuk kerana tidak menerima hadiah istimewa di hari lahir, tetapi Yusof dilihat cukup matang walau hanya dihadiahkan lilin oleh ayahnya.
Kata Hairul dia sengaja mengusik anak sulungnya itu untuk melihat reaksi Yusof namun bila melihatkan Yusof yang begitu tenang, dia terharu.
Niat nak bergurau, tapi daddy yang terharu,” kongsinya.
Kagum melihat Yusof yang begitu pandai menjaga hati kedua orang tuanya. Dia cukup bersahaja. Inilah yang sentiasa dipuji oleh wargamaya.
Namun rupanya Hanis dan Hairul turut membuat kejutan secara sederhana ke rumah, sama seperti yang dilakukan pada Alisa beberapa hari lalu.
Kali ini, pasangan muda ini membawakan kolam gergasi ke rumah untuk Yusof dan adiknya bermain disamping kek comel juga beberapa hadiah istimewa untuknya.
“MasyaAllah Yusuf Iskandar bin Hairul Azreen, lima tahun dah hadir dalam hidup Mommy Daddy.
“Anak soleh yang sentiasa menyejukkan hati, kami sangat cinta dan kasih akan mu sayang @theyusufiskandar,” kongsi Hanis di Instagramnya.
Dalam pada itu, Hairul turut sama berkongsi ucapan buat anak sulungnya itu.
Happy Birthday to my hero, Yusuf Iskandar bin Hairul Azreen @theyusufiskandar, 5 years,” kongsinya di Instagram.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.