Pelakon Adam Corrie Lee memang cukup terkenal dengan lakonan yang mantap dan hebat terutamanya dalam filem aksi. Rupanya selain pandai berlakon, Adam Corrie Lee ini juga hebat di dapur. Resipi Mee Kicap Wantan Sup air tangan ayah kepada Adam Fateh Lee ini pernah mendapat sehingga 100 ribu perkongsian di laman facebook tiga tahun yang lalu.
Menurut Adam Corrie menu tersebut memang tidak asing untuknya yang berbangsa Cina. Malah ketika remaja, Adam Corrie menjual mee kicap untuk menampung hidup.
Kalau rasa teringin dan nak ubah selera bulan-bulan puasa ni, mama-mama bolehlah cuba resipi yang simple dan sedap ni!
“Buat mee kicap wantan. Saya kan Cina… dah tentulah mee kicap wantan ni bukan asing bagi saya. Dulu masa remaja saya jual mee kicap utk menampung hidup,” kongsi Adam Corrie di laman facebooknya tiga tahun lalu.
“Ok sebab ramai yang DM minta saya semula resepi Mee Kicap Wantan.
“saya share semula cara-cara nak masak Mee Kicap Wantan cara Adam Corrie. . Cara saya mungkin tak sama dengan cara & resepi orang lain. Ikut cara dan citarasa masing-masing
“Ini gambar lama pada tahun 2017. Slide gambar untuk dapatkan resepi.
“Senyum selalu, Selalu bersangka baik, InsyaAllah hati tenang,” antara perkongsian Adam Corrie di Instagramnya.
Ads
RESIPI MEE KICAP WANTAN SUP ADAM CORRIE
Bahan Mee Wantan
– mee wantan . Kalau guna mee lain, tak jadilah mee wantan. Rasa tak sama nanti
(leraikan mee dahulu . kemudian dicelur bukan rebus tau, lepas tu masukkan dlm air sejuk pula.. ulng step ini berkali-kali . Supaya mee tidak melekat )
Mee wantan ada jual di supermarket
– minyak bijan
– kicap pekat
– kicap cair (apa2 brand pon ok)
– Sos tiram
– Sayur sawi / siew pak choi
campur semua minyak dan kicap tu dlm pingan. Kemudian masukkan mee yang wantan tu.. pastu gaul rata. Tak perlu masak.
Tabur bawang goreng kalau suka.
Letak sayur sawi / siew pak choi yang telah di celur di atas mee
Bahan Kulit Wantan
Ads
Kulit Wantan
tepung gandum
Sedikit tepung ubi atau tepung jagung
air panas mendidih..
sedikit garam
1 sudu besar minyak masak
– satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam serta minyak masak
– kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak lekat kat tangan
– uli hingga sebati kemudian biarkan kejap dlm 20 minit dlm bekas tertutup supaya doh tak keras
– payah sgt .. beli je yang dah siap kat kedai. Baru RM3
Bahan Isi/Inti Wantan
Isi / Inti Wantan
Udang (dicelur) atau ayam ( di cincang halus)
Daun bawang di ptg halus
Karot di potong halus..
tepung sikit
lada sulah
Garam
Sos tiram
– gaul semua .. nak tambah bawang besar pon boleh , nak tambah cendawan pon ok. Tp saya buat yang ringkas. Supaya inti wantan tak basah . Kalau terlampau basah. Kulit wantan mudah koyak.
– dah siap boleh di goreng atau masukkan dalam sup.
Ads
Bahan Sup
Sup Ringkas Adam Corrie
– Air
– Lada sulah
– Kiub ayam
– Daun ketumbar
– Bawang goreng
– didihkan air , masuk lada sulah, kiub ayam, masukkan wantan yang dah siap ke dlm sup . Masakkan sekali dgn sup.. dah nak siap, tabur daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!
“Resipi saya ringkas. Resipi sejak remaja. Lain org lain caranya. Saya doakan anda berjaya buat mee wantan ni . Dan doakan saya sekeluarga ditetapkan iman dan sentiasa berada di landasan yang betul.
“Nak yg lebih grand boleh menuntut ilmu pada yg bertauliah atau Google je mcm2 ada..
ikut selera masinh-masing,” ujar Adam Corrie Lee
Mesti para ibu runsingkan nak cari makanan yang sesuai dengan usia anak. Makanan baby kenalah makanan berkhasiat yang lengkap dengan nutrisi supaya tubuh badan baby dapat membesar dengan baik. Contohnya, potato stik.
Potato stik sangat sesuai untuk baby. Kentang mempunyai kandungan serat yang tinggi. Serat yang tinggi bagus untuk sistem pencernaan baby. Kentang kaya dengan antioksidan, beta-karoten, vitamin C, vitamin B kompleks, besi dan fosforus. Pelbagai jenis vitamin ini diperlukan tubuh untuk melindungi diri dari kuman penyebab penyakit. Selain itu, vitamin B juga baik bagi perkembangan saraf bayi.
Tekstur potato stik yang lembut boleh merangsang deria sentuhan anak. Bayi juga boleh belajar untuk memegang dan menggenggam makanan. Bukan sahaja baik untuk tumbesaran tubuh badan, malah baik untuk perkembangan otak bayi. Jom lihat resipi potato stik yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Hazirah Najib di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
Mudah sangat resepi yang dikongsikan. Para ibu boleh cuba buat and hidangkan untuk anak. Ibu nak makan sekali dengan anak pun boleh. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Bila anak susah makan, mama mulalah risau. Kena pula anak pula jenis memang cerewet dalam bab memilih makanan, lagilah pening mama dibuatnya. Kebanyakan anak yang cerewet makan ini kurang berat badan disebabkan pemilihan makanan yang terhad.
Tapi, masalah ini boleh juga dialami oleh anak yangsu dah semakin aktif atau anak yang kadar metabolisma badannya tinggi (faktor genetik, masalah kesihatan seperti hyperthyroid, dan sebagainya). Kiranya pengambilan kuantiti makanan tetap macam biasa, tapi anak kerap membuang atau poo-poo dan selalunya anak juga cepat lapar. Dalam erti kata lain, makanan yang diambil tu tak sempat nak diproses dan disimpan sebagai lemak dalam badan.
Bagi Puan Yatie Eimra, masalah anaknya yang turut mengalami kurang berat badan hingga perlu berjumpa pakar pemakanan membuatkan beliau ‘mencipta’ beberapa resipi untuk memastikan berat anaknya seimbang.
Contoh makanan yang tinggi lemak
-buah avocado (kaya dengan lemak tak tepu)
-ikan yang kaya fatty acid (salmon, makeral, dll)
-keju
-kekacang legume (kacang hijau, kacang merah, dll)
-mentega
-minyak kelapa dara/minyak zaitun (masukkan ke dalam masakan)
-santan
-serbuk coklat (masukkan ke dalam masakan/dessert jika anak dah setahun ke atas.
ELAKKAN jika anak alami masalah sembelit atau ada family history alahan terhadap coklat)
-telur
-yogurt
Makanan tinggi karbo
-beras
-pisang
-ubi (kentang, keledek, ubi bit, dan lain-lain)
Nasi Goreng Butter (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 biji telur – dikacau sedikit
Sedikit isi ayam – didadu
1½ camca besar butter
1 biji bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
Sayur-sayuran pilihan (cendawan enoki, lobak merah dan kobis)
Serbuk lada sulah/hitam
Garam secukupnya*
Cara-cara:
1.Buat telur hancur (scramble egg). Angkat dan ketepikan.*
2. Panaskan marjerin hingga cair. Tumis bawang besar dan bawang putih tumis hingga layu. (*Boleh juga masukkan telur dan buat telur hancur masa ni)
3. Masukkan isi ayam dan sayur-sayuran jenis keras (seperti carrot, kobis, cendawan* dan lain-lain). Biarkan air/jusnya merenih dan kering sedikit.
4. Tambahkan sedikit lada sulah/lada hitam dan garam. Gaul rata dan masukkan nasi.
✳elakkan penggunaan garam bagi anak 2 tahun ke bawah
✳tip dari chef – cendawan perlu di masak lama sedikit supaya aroma dan jusnya keluar
Bubur Kacang Hijau Versi Bayi (dari 8 bulan++)
Menurut pakar pemakanan, kekacang jenis legume (kacang hijau, kacang merah, dhall, dan lain-lain) dah boleh diambil seawal umur 7-8 bulan. (Tapi sebaik-baiknya perkenalkan pada usia 8 bulan ke atas sebab sesetengah perut bayi sensitif dan boleh menyebabkan angin/kembung walaupun kacang sudah direndam 24 jam).
Bubur kacang hijau untuk bayi ni diajar oleh seorang makcik tukang urut warga Indonesia. Katanya di seberang, bubur kacang ni memang diberikan kepada bayi untuk tambah berat badan.
Bahan-bahan:
½ cawan kacang hijau – direndam 12-24 jam dengan sesudu kecil cuka dan sedikit baking soda (hujung sudu kecil jer)
1 cawan air (gunakan cawan yang sama)
½ cawan santan pekat
1 sudu kecil mentega
Cara-cara:
1. Kacang hijau yang telah direndam diramas hingga tertanggal kulitnya. Tambah sesudu-2 tepung untuk mudahkan proses meramas (supaya tak licin).
2. Basuh kacang hijau yang telah direndam beberapa kali.
3. Masak kacang hijau dalam air. Tapis dan buangkan buih-buih yang terhasil.
4. Masak kacang hijau sehingga benar-benar lembut.
5. Masukkan santan pekat dan mentega. Kacau dan lenyek-lenyekkan kacang hijau tadi dengan sudu.
6. Masak hingga adunan menjadi pekat. Tutup api.
Lenyekkan roti. Sapukan kacang hijau sebagai inti. Gulung dan potong kecil. Cairkan mentega dalam pan kemudian bakar roti hingga garing sedikit.
BAYI 8 BULAN++
-Bubur kacang hijau ni biasanya untuk 2-3 kali makan
-Ambil sedikit bubur yang pekat (untuk portion sekali makan) dan campurkan dengan ebm/susu formula (yang suam). Cairkan bubur mengikut kesesuaian umur anak.
-Masukkan lebihan bubur dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti. Boleh bertahan sehingga 2-3 hari. Boleh juga frozenkan (sila habiskan dalam masa seminggu).
ANAK 1 TAHUN++
-Sebenarnya ni saya olah ikut cara saya sendiri. Sebabnya bila anak dah setahun++, dia memang tak berapa gemar makan bubur camni. Jadinya saya sapukan bubur (pekat) ni atas roti dan bakar dalam pan.
Cara-cara:
1. Lenyekkan roti.
2. Sapukan kacang hijau.
3. Gulung dan potongkan roti kecil-kecil.
4. Panaskan sedikit butter dalam pan (supaya inti tak melekat).
5. Bakar dan balik-balikkan roti hingga garing sedikit.
✳fungsi cuka itu nak kurangkan bahan oligosakarida dalam kacang (penyebab angin). Boleh juga gunakan jus lemon
✳fungsi soda nak mudah tanggalkan kulit kacang hijau.
Agar-Agar Santan & Keju (dari 8 bulan++)
Bahan-bahan:
1 cawan agar-agar tali (dipotong pendek dan disukat dalam cawan)
2 cawan air
1 cawan susu formula/susu segar
1½ cawan santan
2-3 keping keju cheddar (saya guna 3 keping, dah masuk 1 dalam periuk baru teringat nak ambil gambar)
Cara-cara:
1. Renihkan agar-agar dalam air hingga larut.
2. Masukkan susu, santan dan keju.
3. Kacau hingga keju cair dan air mendidih.
4. Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.Pastikan guna cawan yang sama untuk menyukat agar-agar tali dan air/susu/santan
Agar-agar ini rasanya lemak-lemak masin (dari santan dan keju), boleh juga dimakan bersama sirap/manisan kurma.
Sirap/manisan kurma
Puri kurma/beberapa biji buah kurma
Sedikit air
Cara-cara:
1. Buah kurma dibuang biji/kulit (elak anak tersedak) dan dikisar halus
2. Campurkan sedikit air ke dalam puri kurma (untuk cairkan dan agar tak terlalu manis)
3. Masak di atas dapur hingga mendidih.
✳bila anak dah 2 tahun++, boleh gunakan sirap gula merah gantikan manisan kurma.
✳makan bersama sirap gula merah memang lebih sedap
Cheesy Mushroom Soup with Chicken (dari 10bln++)
Bahan-bahan:
150gm cendawan
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar unsalted butter
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit isi ayam (didadu)
3 keping keju cheddar (dicarik kasar)
1-2 cawan susu formula/susu segar/krim
Sedikit stok ayam/bone broth
Air secukupnya
Sedikit lada hitam (optional)
Cara-cara:
1. Panaskan mentega bersama minyak zaitun kemudian tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan, ayam dan kacau. Masak sehingga lembut dan hingga keluar jus cendawan. Tutup api dan kisar semua bahan tadi bersama cheese.
3. Larutkan tepung gandum bersama sedikit air (supaya tepung tak berketul) dan panaskan bersama susu di dalam periuk. Masukkan cendawan yang telah dikisar tadi serta stok ayam.
4. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini. Biarkan sup merenih lama sedikit supaya rasanya sebati.
5. Perasakan dengan sedikit lada hitam jika suka.
✳enak dimakan dengan garlic bread
Ayam Percik Ala Kelantan/Putih (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
¼ ekor ayam (ayam seekor saya potong 8 sebab anak makan sikit)
1 cawan santan pekat
1 batang serai (diketuk)
½ keping asam keping
Garam/gula*
Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
½ inci halia
½ inci lengkuas
Sedikit lada hitam
Cara-cara:
1. Masukkan ayam dan semua bahan di dalam kuali. Biarkan mendidih dan ayam masak separuh (ayam keluar darah). Keluarkan ayam.
2. Masak kuah yang berlebihan sehingga menjadi pekat.
3. Bakar ayam dalam pan/pemanggang ajaib di atas dapur. Lumurkan dengan kuah, balik-balikkan dan bakar sehingga sedikit garing.
✳elakkan penggunaan garam/gula bagi anak 2 tahun ke bawah
✳boleh tambahkan sebiji kurma (diblend sekali) untuk berikan rasa sedikit manis dan naikkan rasa kuah percik
Dek kerana susah hati kerana anaknya tidak mahu makan nasi, ibu ini berusaha untuk memancing selera anaknya dengan resipi bebola nasi. Tidaklah sukar untuk dibuat dan boleh disediakan dengan menggunakan bahan asas di dapur. Jika anda juga mempunyai anak-anak yang cerewet, bolehlah cuba resipi ini.
Katanya idea resipi ini didapati dari laman Facebook juga, cuma diolah menjadi lebih mudah dan sesuai dengan selera anaknya.