Bermain trampolin nampak seronok, tapi bahayanya bukan biasa-biasa.
Buat ibu ayah yang suka bawa anak ke taman tema indoor atau pusat permainan kanak-kanak, pasti dah biasa tengok trampolin jadi tarikan utama. Seronok tengok anak melompat gembira, kan? Tapi dalam kita seronok, kita kadang terlupa tentang keselamatan.
Baru-baru ini, tular kisah menyayat hati tentang seorang kanak-kanak yang lumpuh selepas bermain trampolin. Ibu bapa mana tak sedih bila anak yang aktif tiba-tiba tak mampu bergerak. Menurut perkongsian yang viral di media sosial, kanak-kanak itu hanya melompat seperti biasa, sebelum tiba-tiba rebah dan tak mampu bangun semula.
View on Threads
Hasil imbasan mendapati tulang belakangnya patah, akibat mendarat dengan cara yang salah. Doktor menjelaskan, tulang belakang kanak-kanak belum cukup kuat untuk menampung hentakan berulang kali ketika melompat.
AAP: Elak Anak Kecil Main Trampolin Tanpa Bimbingan
Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), trampolin sepatutnya tidak digunakan oleh kanak-kanak, kecuali dalam keadaan terkawal — menggunakan peralatan khas dan di bawah pemantauan jurulatih profesional. Malangnya, trampolin kini terlalu mudah diakses dan sering digunakan tanpa langkah keselamatan yang betul.
Ads
Lebih 800,000 Kanak-Kanak Cedera Akibat Trampolin
Kajian dari jurnal Pediatric Emergency Care mendapati:
🔹 34% kecederaan melibatkan tulang lengan yang retak, akibat jatuh dengan tangan terhulur. 🔹 20% melibatkan kecederaan kepala dan leher, termasuk gegaran otak dan kerosakan saraf. 🔹 4.5% kes masuk hospital, malah ada yang perlu pembedahan. 🔹 Sehingga 30% kecederaan perlukan pembedahan, termasuk fraktur tulang humerus.
Ads
Kenapa Trampolin Bahaya Untuk Anak Kecil?
🔸 Tulang belum kuat – mudah cedera bila terima hentakan. 🔸 Anak paling kecil sering jadi mangsa bila ramai bermain serentak. 🔸 Lompat terlalu tinggi akibat lantunan dari kanak-kanak lain. 🔸 Tersalah mendarat atau jatuh keluar dari trampolin. 🔸 Terlanggar spring, cangkuk atau kerangka besi trampolin.
Pakar ortopedik dari Mayo Clinic, Dr. William J. Shaughnessy berkata, banyak kecederaan yang nampak ringan sebenarnya boleh berakhir dengan pembedahan dan pemulihan jangka panjang.
Langkah Keselamatan Yang Ibu Ayah Wajib Tahu
✅ Gunakan trampolin yang ada jaring keselamatan. ✅ Jangan benarkan lebih daripada seorang anak bermain dalam satu masa. ✅ Elakkan anak melompat dari tempat tinggi ke atas trampolin. ✅ Jangan biar anak kecil bermain dengan kanak-kanak lebih besar. ✅ Pantau anak sepanjang masa, bukan setakat ‘tengok-tengok’.
Menurut The Royal Society for the Prevention of Accidents (RoSPA), trampolin tidak sesuai untuk anak bawah 6 tahun. Badan mereka masih belum cukup kuat untuk kawal pergerakan dan lantunan. Yang mengejutkan, lebih separuh kes kemalangan berlaku walaupun di bawah pengawasan orang dewasa.
Maka, pengawasan biasa tak cukup. Jika benar mahu anak bermain trampolin, pastikan peralatan selamat, ada pengendali terlatih, dan hanya seorang anak bermain dalam satu masa.
Ibu ayah, jangan pandang ringan. Trampolin bukan sekadar permainan suka-suka. Kalau silap langkah, boleh jadi tragedi seumur hidup. Anak kecil tak tahu menilai risiko, jadi kitalah yang perlu buat keputusan bijak.
Lebih baik anak menangis sebab tak dapat main, daripada kita menangis tengok anak tak boleh bergerak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah seminggu dirawat di hospital, kesihatan adik Ainul Mardhiah kini semakin baik dan banyak perubahannya.
Bapanya, Ahmad Safiuddin menjelaskan daripada fasa kritikal sebelum ini, nampak perkembangan Ainul sangat positif dan dia kuat atas izin Allah dan rawatan yang diberikan oleh doktor dan jururawat.
Menurutnya, Ainul kini sudah sedar sepenuhnya dan tidak lagi bergantung pada mesin ventilator.
“Alhamdulillah, Ainul semakin baik. Dia dah sedar 100%. Bacaan darah dia hampir normal semuanya. Ventilator dah off, ubatan pun banyak dah diberhentikan. Cuma kuman masih ada lagi dan perlu teruskan antibiotik.
“Sehingga bila, itu terpulang pada Doktor. Doktor lebih tahu. Asalkan Ainul sihat je.
Hari ini Ainul kena tambah darah, terima kasih penderma-penderma darah.
“Ainul ni sangat perlukan darah tambahan, beruntung orang yang suka menderma darah ni. Pahala anda sentiasa mengalir sebab telah berbuat ihsan sesama manusia.
“Kalau tak ada yang ingin menderma darah, di mana lah hospital nak cari darah-darah untuk pesakit ni,” kongsinya.
Sementara itu, Ahmad Safiuddin turut memaklumkan lepas je Ainul sedar dari ditidurkan, dia tak tidur semalam dari siang hari. Malam tadi saya jaga Ainul di wad, pukul 2am baru tidur. Pukul 5.30am dia dah bangun.
“Ni sekarang turn mama dia pulak jaga, walid balik rumah jap tidur. Petang nanti walid datang balik.
“Bila kita ada anak yang tak sihat ni, suami isteri perlu sama sama ambil tanggungjawab. Berkomunikasi dan selalu bertolak ansur. Mudah mudahan Allah SWT bantu lancarkan urusan kita,” katanya.
Perkongsian walid Ainul itu buatkan ramai yang berasa lega dan mengucapkan syukur dengan perkembangan ini. Doa dan kata-kata semangat terus dititipkan buat Ainul agar kembali sihat seperti biasa tanpa apa-apa kesan sampingan lain.
Bekas suami kepada Nad Zainal, Faliq Amiruddin belum mempunyai kesempatan untuk melawat Nad di hospital.
Menurutnya, sebelum ini dia ada berjumpa Nad dan Nad kelihatan agak lemah.
“Saya dimaklumkan sekarang ini Nad dah ditidurkan atas beberapa faktor dan salah satunya nak bagi dia perbaiki pernafasan dia. Buat masa ini, saya melawat lagi dia di hospital.”
“Tapi sebelum ini, saya sempat la berjumpa dia sebelum dimasukkan ke hospital, which is di rumah dia. Waktu itu pun saya tengok dia dalam keadaan lemah.”
“Awalnya saya tak tahu dia sakit apa sebab dia hanya beritahu ada gastrik saja dan dah pergi klinik. Waktu itu yang saya datang melawat. Malam itu juga digegaskan ke hospital dengan ambulan”
Tambah Faliq, dia turut melawat dua anaknya iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1, yang kini dijaga oleh pembantu peribadi Nad buat sementara waktu.
“Anak-anak okay, buat masa ini dibawah penjaga. Tapi saya ada juga melawat Yem dan Som. Walaupun kami tidak duduk serumah, tapi saya tetap akan pastikan mereka dalam keadaan baik”
Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan berpisah pada awal September lalu.
Proses penyusuan susu ibu memerlukan komitmen, kesabaran dan disiplin yang tinggi dalam diri seseorang. Bukan mudah nak menyusukan anak apatah lagi jika anak itu anak kembar. Banyak tenaga yang diperlukan untuk menyusukan mereka.
Namun semuanya menjadi indah dan lancar bila adanya penglibatan suami dalam penyusuan susu ibu ini. Percayalah, ‘support system’ yang utama bagi seorang isteri adalah suaminya sendiri. Ikuti bagaimana peranan bapa kepada 6 cahaya mata ini, Ustaz Mohd Yazid Ismail dalam mejayakan penyusuan susu ibu buat isteri tercinta.
Alhamdulillah kesemua 5 orang anak kami menyusu badan hingga lebih 2 tahun. Si Noura anak ke-6 ni masih dalam penyusuan 10 bulan. Proses penyusuan memerlukan sokongan dan kerjasama dari suami.
Orang lelaki kena tahu dan memahami apa yang isteri lalui sepanjang proses penyusuan. Dia memberi makan anak anda DENGAN BADANNYA. Mengorbankan badan sendiri untuk kebaikan anak. Makhluk kecil yang membesar dalam dirinya selama 9 bulan ini masih bergantung kepada isteri untuk semua nutrisi dan pembesaran.
Anak yang baru lahir menyusu setiap 2-3 jam. Dalam tempoh setahun isteri menghabiskan lebih 2000 JAM menyusukan anak. Subhanallah lamanya. Isteri tidak mempunyai banyak masa untuk diri sendiri.
Katakanlah anak mula menyusu pada pukul 10 pagi selama 40 minit. Isteri cuba meletakkan bayi pada pukul 10:45 pagi kemudian terbangun pada pukul 11.15 pagi, anak perlu ditukar lampinnya. Anak akan mahu menyusu semula pada pukul 12 tengah hari. Si ibu mempunyai masa kurang dari satu jam untuk tubuhnya diperlukan semula. Tak sempat nak berehat pun.
Ada lagi keperluan anak-anak yang lain perlu diuruskan, mengemas rumah, masak, lipat baju. Suami jangan fikir isteri malas jika tengok isteri banyak tidur ketika menyusu, kelihatan dia banyak berehat sambil menyusukan bayi anda, berbaring di atas katil dan tertidur. Tetapi sebenarnya dia sangat letih dan tidak menyedari dia tertidur.
Tambah penat dan kelam kabut kalau bayi muntah, jeluak selepas menyusu. Nak selalu dipegang semasa tidur. Lampin bocor. Menangis tak berhenti.
Ketahuilah isteri anda sangat-sangat letih. Penyusuan susu ibu satu pengorbanan dan kerja yang sangat keras. Isteri membakar 650 kalori sehari menyusukan anak. Isteri dah dikira bertuah jika dapat tidur 2 jam tanpa gangguan.
Isteri anda adalah seorang IBU sekarang. Bukan hanya sebagai isteri. Tawarkan untuk memegang bayi semasa dia mandi atau tidur. Sediakan makan malam atau beli sahaja makanan yang dah siap. Jangan mengeluh kalau keadaan rumah bersepah.
Bantulah isteri dalam proses penyusuan anak. Itu aktiviti mencipta kebahagiaan💖 Bagilah hadiah sebagai upah menyusu.
SUAMI AMBIL CUTI SETAHUN SEBAB MENYUSU (TAHUN 2013)
Setahun saya cuti dari mengajar. Ramai orang tanya kenapa cuti lama sangat? Saya jawab “MENYUSU”.
Memang ada yang pandang sinis dan fikir bukan-bukan bila dengar jawapan tu.. tapi sy senyum je. Mereka tak tahu keadaan sebenar. Banyak dugaan yang dilalui untuk sempurnakan 2 tahun penyusuan ni.
Anak kembar kami dilahirkan pramatang, Dhia 2.07kg dan Fina 1.73kg. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pembedahan dilakukan secara emergency.
Tapi Fina kena tahan di NICU selama 3 minggu sebab tak cukup berat. Hari-hari saya ulang alik dari Cheras ke hospital Putrajaya 2x kali sehari untuk melawat Fina dan hantar susu EBM.
Nasib baik kerja saya sebagai unit trust consultant Public Mutual tak macam orang kerja ofis 9am-5pm, jadi saya banyak masa untuk bersama Fina. Saya batalkan banyak apoimen dengan klien.
Walaupun masih sakit isteri saya, Dyana tetap berusaha keras untuk menyusu Dhia dan dalam masa yg sama pump susu utk dihantar ke hospital. Susah macam mana pun dia bertekad untuk full breasfeed anak kembar kami.
Makin lama makin berat dugaan sebab twin dah mula minum susu banyak dan kadang2 macam tak cukup susu tapi Dyana selalu ulang cakap “tak ape..susu cukup.Kalau kembar 4 pun Allah akan buat susu cukup”.
Paling kritikal masa twin berumur lebih kurang 3 bulan Dyana diserang demam panas, susu merudum dan twin meragam, nangis je memanjang..mama twin join sekali nangis.
Cuba bayangkan dua baby umur 3 bulan menangis lama serentak tambah pula baby yang umur 300bulan nangis sama2 (baby 300bulan tu nangis sambil menyandar kat dinding). Huwaa..sedih pilu merobek jiwa saya tengok.
Pastu saya cuba bertindak rasional pergi beli susu FM utk bagi kat twin supaya Dyana boleh rehat hingga sutuasi kembali tenang tapi dia macam merajuk marah saya beli FM katanya saya macam tak support dia full breastfeed, padahal dah banyak saya berkorban utk menjayakan misi breastfeed ni, belikan pump yg terbaik, deepfreezer, alatan storage, carikan maklumat dll.
Susu fm tu Dyana buang. Dia pegang prinsip -demand and supply- lagi banyak baby demand nak minum lagi banyak susu akan berjaya disupply.
Bila twin dah mula tumbuh gigi maka lagi kuat dugaan, dua2 gigit mama masa menyusu sampai berdarah2 tapi mama tetap bersabar dan tabah menghadapi kesakitan yang sangat dasyat tu. Sampai kalau sakit sangat mama mengadu pd Allah betapa peritnya kesakitan yg sedang dia alami sambil nangis2.
Ya Allah berat mata memandang berat lagi yang memikul. Demi kebaikan Dhia dan fina mama sanggup hadapi semua tu.
Banyak kali mama menangis masa menyusu sebab tahan sakit luka yang agak dalam. Abah dah tak tahan tengok keluar ke bilik sebelah lap air mata sambil fikir nak seludup masuk rumah susu fm dan simpan di stor, bagi kat twin senyap2 untuk ringankan beban mama. Tapi tak jadi, takut kantoi nanti mama merajuk lagi susah abah.
Tidur malam memang tak cukup, tiap2 jam twin bangun bergilir2 kadang2 berjemaah nangis nak susu. Saya tak boleh nak tolong sebab saya takda susu so bangun buat2 tolong je lah.
Pagi dan petang pula mama berusaha mengepam utk buat stock. Memang kagum saya tengok disiplinnya dalam bab ni. Alhamdulillah berjaya kumpul stock sampai hampir penuh deep freez..prinsip -demand supply- berkesan.
Tapi sedih, dengan buat semua ni Dyana hilang banyak peratus keisterian dan peratusan keibuan naik mendadak, maka saya pun kena kurangkan kesuamian dan jadi lebih keBAPAan berbanding sebelum ni 😉
Berbalik cerita pasal cuti setahun tu, saya mengajar Bahasa Arab Alquran di masjid di Puchong dan Bangi setiap malam Isnin dan Rabu.
Saya cutikan dua-dua kelas ni sebab pada satu malam masa saya di Puchong Dyana hntar sms bagitahu dia tak sempat nak solat magrib, masa tu dah nak masuk isyak. Dia cakap sedih sebab dah banyak kali hampir tak sempat solat maghrib, suami sepatutnya jaga ibadah isteri.
Twin masa tu umur 8bulan buat perangai minum susu ebm sikit je kat nursery, dua2 tunggu mama datang ambil lepas habis kerja baru nak qada minum susu direct banyak2.. jadi lepas sampai rumah dekat-dekat nak magrib dua-dua berebut menyusu lama..gilir-gilir hingga nak masuk isyak.
Sampai sekarang sama je perangai minum sikit je kat nursery. Masa twin nyusu saya kena jaga seorang twin, kalau tak diorg menangis (kadang-kadang termasuk mamanya join sekali).
Walaupun saya sangat2 suka mengajar Arab tapi saya terpaksa cuti bermula Julai 2012 hingga twin habis menyusu 2tahun. Kalau tak.. niat nak buat pahala mengajar agama tapi dpt dosa sbb abaikan ibadah isteri di rumah. Insyaallah bulan 10 ni lepas twin cukup 2tahun kelas akan diadakan semula.
Jika ada orang tanya lagi “kenapa lama sangat ustaz cutikan kelas Arab tu?” saya akan jawab “sebab menyusu” ikutlah diorang nak fikir apa pun saya tak kesah
-ni gambar Dhia dan Fina. Semoga menjadi anak-anak yang solehah. Terima kasih isteri tercinta Widyana Ali kerana sanggup bersusah payah untuk bagi yang terbaik pada anak-anak.