Ibu bapa mana yang tidak runsing jika anak mereka sering sahaja tidak sihat. Demam, selesema dan batuk selalu sahaja ‘menyerang’ si manja. Selain persekitaran yang kurang bersih dan berdebu, anak-anak mudah jatuh sakit kerana kekurangan nutrisi dalam badan. Bukan mudah untuk kita menggalakkan anak makan sayur dan buah, tetapi inilah antara sumber khasiat yang menguatkan sistem imunisasi mereka. Jika anak jatuh sakit, ia akan mengganggu jadual kerja ibu bapa kerana mereka tidak dapat ke pejabat. Kita tidak dapat mengelak anak daripada jatuh sakit, tetapi sekurang-kurangnya jika sistem imunisasi anak kuat, mereka lebih mudah sembuh.
Kebanyakan ibu bapa merasakan anak kecil tidak pelu bersenam. Sebenarnya mereka boleh melakukannya mengikut kemampuan tubuh. Bukanlah bersenam seperti orang dewasa, tetapi menggalakkan mereka untuk membuat aktiviti kecergasan dapat membantu menguatkan sistem kawalan tubuh mereka. Bukan itu sahaja, anak-anak mudah sakit jika mereka kurang mendapat perhatian dari ibu bapa. Emosi yang tidak stabil juga mempengaruhi tahap kesihatan mereka.
Cara paling mudah untuk membuatkan anak-anak mendapat nutrisi secukupnya adalah dengan menggalakkan mereka untuk minum susu kambing! Salah satu jenama susu kambing yang diyakini adalah Karihome dari New Zealand. Ia satu-satunya jenama yang mempunyai maklumat klinikal dan sudah dipasarkan ke negara-negara seperti Malaysia, Australia, Korea, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom dan Singapura.
Ads
KEBAIKAN SUSU KAMBING KARIHOME
Bagusnya susu kambing Karihome ini adalah kerana ia mempunyai dua laporan maklumat klinikal dari New Zealand dan Eropah. Turut mendapat kod kelulusan dari Malaysia dan Singapura untuk dijual di pasaran. Karihome dijamin selamat untuk diminum kerana ia mengandungi nutrisi semula jadi yang cukup lengkap dan rumusannya dibuat mengikut kesesuaian keperluan nutrisi kanak-kanak berdasarkan umur mereka.
Ads
Susu kambing Karihome diformulasi dengan bio aktif semula jadi yang mengandungi nukleotida, asid sialik, selenium dan zink semula jadi yang terbukti berkesan untuk meningkatkan sistem imun tubuh. Satu lagi kelebihan Karihome adalah protein curd dalam susu kambing ini halus dan mudah dihadam tiga kali lebih cepat berbanding susu lembu. Untuk anak-anak yang mempunyai masalah ekzema, pengambilan susu kambing Karihome dapat membantu mengurangkannya.
Ads
Jika anda ingin mengetahui lebih lagi tentang susu kambing Karihome, jangan lupa layari laman web mereka di www.karihome.com.my atau ke laman Facebook dan Instagram.
Otak anak lelaki ini berbeza dengan anak perempuan. Daya tumpuan mereka berbeza. Perempuan biasanya lebih rajin dan lebih fokus ketika belajar berbanding lelaki.
Tidak perlu risau kalau kita lihat anak orang lain sudah dahulu boleh membaca Quran dan membaca dengan baik. Lebih lagi kalau anak kita anak lelaki.
Berikut perkongsian Penulis Dakwah & Pendidikan Anak-Anak, Puan Nazifatunnisa Salim
Terus terang Salahuddin agak lambat boleh membaca dan mengaji Quran berbanding Sumayyah. Mereka berbeza umur 2 tahun tetapi tahap membaca dan mengaji Quran mereka sama.
Yang saya perasan ada beza bila diberikan permainan blok, Salahuddin boleh mencipta apa sahaja yang dia fikirkan di usianya berbanding Sumayyah yang perlu dibantu walaupun hanya membina rumah.
Ini rekod yang saya buat sendiri mengenai perbezaan anak lelaki dan anak perempuan:
1. Kalau belajar, anak perempuan boleh menyelesaikan tugas tanpa dipantau. Tetapi anak lelaki biasanya perlu dibantu dan dipantau. Anak lelaki banyak alasan. Kadang-kadang dia tahu tetapi dia suka bertanya.
2. Anak lelaki banyak imaginasi. Kalau kita minta melukis, lukisan anak lelaki biasanya lebih berimaginasi berbanding anak perempuan.
3. Pertanyaan anak lelaki lebih inovasi berbanding anak perempuan. Kadang jenuh juga kita mahu jawab. Sampai satu tahap ummi terpaksa minta waktu untuk cari jawapan.
4. Anak lelaki kalau marah dia akan lepaskan terus. Anak perempuan merajuk dulu. Itu sifat biasalah bagi lelaki dan perempuan. Tapi sebagai ibu bapa, sangat penting untuk kita mengajar mereka mengurus rasa marah dengan baik. Caranya berbeza antara lelaki dan perempuan.
Rekod ini tidaklah semestinya sama dengan orang lain. Jangan terlalu risau kalau anak kita berbeza pencapaiannya dengan anak orang lain. Tidak perlu terus terjun kepada konklusi bahawa anak kita ‘lambat’ tangkap pelajaran.
Sebenarnya bukan anak kita lambat, tapi cara pembelajaran dan fokus mereka berbeza. Setiap manusia itu Allah ciptakan bijak dan pandai, ada kelebihan sendiri.
Yang lebih penting adalah usaha kita mendidik dan menyediakan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Pelajari lagi teknik mendidik yang betul. Nikmati setiap masa kita mendidik anak. Tidak mengapa lambat, yang penting hasilnya berkualiti.
Beritahulah hakikat ini pada pasangan kita, adik-beradik kita atau kawan-kawan kita yang tengah pening kenapa anak begitu dan tidak begini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak sayangkan zuriat sendiri, kan? Namun adakalanya sikap anak boleh menguji kesabaran ibu bapa. Jom kenal pasti 5 perangai anak yang boleh mendatangkan kebimbangan.
Kebimbangan mengenai sikap anak
Sebagai ibu bapa, pastinya tertanya-tanya apakah perwatakan anak yang mungkin di luar batasan normal seorang kanak-kanak.
Tidak dinafikan pada tahap tertentu, anda perlu berdepan dengan tingkah laku anak yang mungkin mendatangkan masalah.
Pastinya cara anda bertindak balas terhadap sikap anak itu memainkan peranan utama.
Pun begitu, terdapat beberapa perangai anak boleh dianggap sebagai petanda masalah yang lebih serius dan memerlukan bantuan profesional.
Fahami perangai anak
5 sikap anak berikut mungkin bermaksud mereka menderita gangguan tingkah laku atau didasari masalah tertentu.
Ia boleh digunakan untuk membantu anda mengenal pasti permasalahan anak, seterusnya membawa mereka untuk mendapatkan bantuan profesional bagi pencegahan awal.
#1. Membantah
Walaupun terdapat banyak penjelasan yang mendasari perangai anak ini, namun seringkali ia disebabkan gangguan tingkah laku seperti:
Gangguan hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD)
Gejala bertentangan dan bantahan (oppositional defiant disorder, ODD)
Conduct disorder (CD). Selalu tanda-tanda gangguan di atas sering bertindih kerana mempunyai gejala yang lebih kurang sama. Namun, perwatakan anak yang suka membantah ini akan lebih terserlah pada anak dengan ODD dan CD.
Walau bagaimanapun tidak dinafikan, ia adalah perkara biasa untuk seorang anak menguji had kesabaran anda. Jadi jika anak membantah permintaan anda, tawarkan sesuatu kepadanya, seperti, “Kalau Qila kemas mainan, kita boleh pergi berjalan di taman.”
Dan sekiranya mereka masih tidak mahu mengikutinya, berikan amaran yang diikuti dengan akibat. Paling penting, pastikan anda konsisten. Jangan hari ini anda memarahi perangai mereka dan keesokan harinya, tiada sebarang hukuman jika anak mengulanginya.
#2. Kurang tumpuan
Antara sikap anak yang paling menguji kesabaran ibu ayah apabila mereka tidak memberikan fokus. Situasi ini seringkali berlaku jika mereka tidak berminat kepada sesuatu perkara itu.
Namun, sekiranya anda menyedari mereka sukar menumpukan perhatian atau kerap bertukar aktiviti tanpa menyelesaikannya, ia mungkin gejala ADHD.
Anak juga mungkin tampak impulsif – melakukan sesuatu dengan terpaksa dan terlalu aktif.
#3. Agresif secara fizikal
Bermula daripada tantrum hingga interaksi negatif dengan rakan sebaya lain, perangai anak yang agresif secara fizikal pastinya perlu ditangani segera.
Sebagai contoh, bagi anak dengan CD, perwatakan ini mungkin akan dikembangkan dengan mencederakan haiwan pula.
Secara keseluruhan, anak akan mungkin lebih terlibat dalam pengaduhan dan sukar mendengar kata.
#4. Menyalahkan individu lain
Apabila anak berkelakuan buruk, adakah mereka akan menyalahkan individu lain?
Secara umumnya, ia adalah sikap anak yang biasa untuk mengelak daripada mendapat masalah. Tetapi bagi anak yang mempunyai gangguan tingkah laku, perwatakan ini akan lebih ketara dan kerap dilakukan.
Anda akan melihat perangai anak yang secara berterusan tidak mahu menggalas tanggunjawab serta keengganan untuk menanggung kesalahan mereka sendiri.
#5. Tingkah laku antisosial
Jangan tersilap ya parents, sikap malu dan antisosial tidak sama. Biasanya kanak-kanak lelaki yang menghidap conduct disorder akan lebih cenderung menunjukkan tingkah laku antisosial berbanding kanak-kanak perempuan.
Tingkah laku antisosial yang teruk pada fasa awal kanak-kanak akan membawa kepada diagnosis CD atau ODD.
Sebagai ibu bapa, anda juga akan melihat pelanggaran peraturan sosial, mengingkari autoriti dan mengabaikan individu lain.
Mengubah tingkah laku anak
Umumnya, seorang kanak-kanak cenderung meneruskan tingkah laku yang sama apabila diberikan penghargaan dan menghentikannya apabila tidak diendahkan.
Konsistensi tindak balas anda terhadap perangai anak adalah penting.
Ini kerana jika anda pernah memberi pujian di atas sikap anak yang tertentu, tapi pada hari lain hukuman diberikan untuk tingkah laku yang sama, ia boleh menyebabkan mereka keliru.
Apabila anda menganggap tingkah laku anak sebagai keadaan yang mendatangkan masalah, tiga pilihan berikut boleh dilakukan:
Tentukan bahawa perwatakan tersebut tidak menjadi masalah kerana ia sesuai dengan usia dan tahap perkembangan anak
Cuba untuk menghentikan sikap tersebut sama ada dengan tidak mengendahkannya atau memberikan mereka hukuman tertentu yang bersesuaian
Memperkenalkan tingkah laku baharu yang anda sukai dan perkukuhkan dengan memberi penghargaan pada anak jika mereka mengikutinya
Bersabar dengan sikap anak
Masalah tingkah laku kanak-kanak dapat diatasi dengan strategi disiplin yang konsisten.
Perlu diingat bahawa adalah perkara biasa bagi anak-anak membuat perangai sekali-sekala.
Ini merupakan satu proses perkembangan yang perlu dilalui oleh anak anda. Tetapi, jika masalah tingkah laku tidak bertindak balas terhadap strategi disiplin atau sikap anak mula menjejaskan pelajaran dan hubungan rakan sebaya, berbincanglah dengan pakar pediatrik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai ibu bapa, pasti seronok kan melihat anak membesar dengan baik di depan mata. Lebih-lebih lagi perkembangan sejak hari pertama mereka dilahirkan sehinggalah mampu menyebut gelaran kita.
Perkembangan ini termasuklah fasa bila mereka sudah mula rasa gatal gusi, semua benda nak digigit termasuklah tangan mereka sendiri!
Melalui perkongsian Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek di laman instagram milik anaknya, @little_aafiya sebagai seorang ibu pasti akan rasa teruja bila datangnya saat anak-anak mula suka gigit-gigit barang. Ketika itu, mulalah ibu nak cuba beri teether yang pelbagai jenis untuk anak-anak cuba.
Dalam perkongsian tersebut, Dr Afifah yang merupakan isteri kepada penyanyi, Nubhan Ahmad memberikan tip untuk ibu memilih teether yang bagus untuk anak-anak.
#1 Every baby please belikan new teether. Jangan beli preloved ok? Haha… mommy mmg sejenis suka beli preloved sebab kadang2 baby pakai sekejap jeee… rasa mcm terasa kalau beli baru mahal2. But teether / pacifiers, please beli baru ok? Plus bila makin lama teether ni makin advance and material yg digunakan utk produce teether ni pun lebih baik dan lebih berkualiti dan selamat.
#2 Boleh sejukkan teether if baby dah lebih 6bulan sebab kemungkinan gigi dah nak tumbuh…. mmg betul baby kdg2 ada rasa discomfort bila nk tumbuh gigi… and teether dapat kurangkan rasa discomfort tu esp a cold one. Tp jgn sejukkan terlalu lama. It could hurt baby’s delicate gums(gusi).
#3 Pastikan selalu sterile/basuh dgn betul setiap kali bila diberi to your babies.
#4 Pilih teether yg besar dan senang dipegang utk baby 4 months above.
#5 If anak memang sejenis suka masuk barang dalam mulut, belikan lah teether… risau jugak if masuk mulut toys yg boleh break/loose small parts, boleh jd case chocking pulak. Tambahnya lagi, ibu jangan risau jika anak suka masukkan benda dalam mulut kerana ia normal untuk perkembangan anak-anak.
National Institutes of Health (NIH) mencadangkan pemberian sesuatu yang mudah dipegang dan dingin untuk digigit, tetapi elakkan daripada bagi bayi objek yang dibekukan atau mainan teething yang dilekat pada leher.
Biskut teething juga turut dicadangkan bila bayi sedang mengalami fasa gatal gusi nak tumbuh gigi.
Bahan-bahan:
Sebiji pisang
3 sudu kecil rolled oat cereal.
Cara-cara:
1. Lenyek pisang.
2. Masukkan rolled oat cereal gaul sebati.
3. Bentukkan suka hati. Asalkan baby boleh pegang.
4. Bakar 15 – 20 minit bergantung pada saiz dan ketebalan.
5. Makan ramai-ramai. Mak-mak nak diet pun silalah makan.
Cadangan:
Sesuai untuk bayi 7mo+. Baby dah start makan boleh bagi biskut ni untuk rangsang gusi. Especially baby yang nak naik gigi.
P/s: Biskut tidak rangup seperti cream crackers