Jika ibu tidak pandai meneran semasa melahirkan bayi, ia boleh akibatkan proses bersalin menjadi tak lancar. Jangan kata ibu yang baru pertama kali nak bersalin, kadangkala ibu yang sudah beberapa kali bersalin pun boleh terlupa cara meneran yang betul.

Apabila proses bersalin tiba ke peringkat kedua (pushing stage), gesaan untuk meneran akan mula dirasai. Cara meneran yang betul sangat penting supaya tempoh masa untuk bersalin tidak lama dan berjalan lancar.

Bagaimanapun, bagi ibu baru atau pertama kali melahirkan secara normal, ia mungkin agak sukar. Ramai yang mengalami kesukaran untuk meneran atau lebih tepat, tidak pandai meneran bagi memastikan bayi dapat dikeluarkan tanpa menggunakan sebarang alat bantuan kelahiran. Lebih-lebih lagi, setelah bergelut dengan kontraksi yang semakin kerap dan lama, anda boleh jadi keliru.

  1. Jangan meneran pada muka kerana ia adalah cara yang salah dan boleh mengakibatkan anda cepat penat. Ia adakah kesilapan yang sering berlaku terutamanya bagi ibu pertama kali yang tidak mempunyai pengalaman bersalin normal.

2. Sebagai persediaan dan latihan supaya proses meneran berjalan lancar, anda bolehlah membuat latihan pernafasan. Caranya ialah:

IKLAN
  • Tarik nafas sepanjang mungkin.
  • Cuba tahan nafas.

Latihan ini selalunya akan diberikan dalam kelas antenatal. Menahan nafas bermaksud anda sedang meneran. Ini bermakna anda sedang berlatih untuk meneran tanpa perlu mencuri nafas. Hal ini kerana mencuri nafas membuatkan proses bayi untuk keluar terbantut dan boleh menyebabkan kepalanya masuk semula ke saluran peranakan.

3. Meneran memerlukan tenaga. Maka disarankan berehat sebelum proses bersalin aktif untuk mengelakkan pembaziran tenaga. Berjalan-jalan di sekitar wad boleh dilakukan sekiranya ia bertujuan untuk menenangkan fikiran. Namun, ia bukanlah cara untuk menggalakkan pembukaan serviks dan mempercepatkan proses bersalin.

4. Anda dicadangkan supaya mengambil snek sebelum masuk ke dewan bersalin. Antara snek yang boleh diambil ialah seperti roti atau buah-buahan seperti pisang. Makanan ringkas dan berkhasiat yang diambil dalam kuantiti kecil sebagai mengalas perut dapat membekalkan tenaga semasa meneran.

5. Postur badan memainkan peranan untuk memudahkan anda meneran. Caranya ialah dengan:

IKLAN
  • Berbaring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas.
  • Kedua-dua kaki dilipatkan sedikit ke belakang.
  • Bahagian belakang akan ditinggikan sedikit.
  • Cuba pegang tumit atau letakkan kaki pada penyokong besi yang disediakan.

6. Dengar dan sentiasa peka kepada arahan yang diberikan oleh doktor dan jururawat yang bertugas. Teran apabila disuruh dan tahan apabila tidak perlu teran. Hal ini penting kerana doktor atau jururawat hanya akan memberi arahan teran setelah memantau kontraksi menerusi bacaan CTG dan keadaan bayi.

Cara meneran yang  betul semasa bersalin ialah seperti berikut:

IKLAN

Ramai Ibu Tidak Pandai Meneran, Akibatnya Proses Bersalin Tak Lancar. Ini Panduan Meneran Yang Betul Semasa Bersalin!

  1. Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.
  2. Mata memandang ke arah perut.
  3. Tangan pegang pergelangan kaki.
  4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
  5. Jangan sesekali angkat punggung agar luka tidak menjadi besar.
  6. Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.
  7. Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.
  8. Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh selama 10 saat
  9. Rehat dan relaks ketika kontraksi tiada. Basahkan bibir dengan air dengan bantuan suami.
  10. Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi.
  11. Dengar arahan jururawat dan doktor.
  12. Elakkan menjerit-jerit supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI