Bagi masyarakat Melayu, amalan berpantang selama 44 hari selepas bersalin dianggap sebagai satu tempoh suci dan wajib dipatuhi bagi memulihkan semula ibu hamil. Ibu bukan saja perlu menjaga makan dan minum, malah digalakkan untuk berehat sepenuhnya di rumah tanpa keluar kecuali jika perlu. Tapi dalam zaman moden ni, masih relevankah semua tu?
Ramai ibu muda kini memilih untuk keluar bersiar-siar bersama bayi seawal minggu pertama atau kedua selepas bersalin. Tapi persoalannya – adakah ia benar-benar perlu atau sekadar ikut trend dan tekanan sosial, lebih-lebih lagi dengan budaya media sosial yang suka berkongsi outing pertama bersama si kecil?
Menurut perkongsian dari video Tanya Pakar Pa&Ma bersama Puan Izzati, terapis Pemulihan Ibu Bersalin Bertauliah, berpantang amat perlu bagi membolehkan ibu berehat sepenuhnya untuk pulih semula.
“Bayi di bawah tiga bulan juga sebenarnya tidak digalakkan untuk dibawa keluar dari rumah apatah lagi tempat yang sesak kerana dikhuatiri lebih mudah dijangkiti virus dan cepat menular.
“Berpantang bukan hanya untuk menjaga kesihatan ibu bahkan bayi itu sendiri.
Ads
“Tubuh ibu memerlukan sekurang-kurangnya 6 minggu untuk pulih secara minimum, malah lebih lama bagi sesetengah wanita. Jadi memilih untuk keluar berjalan-jalan selepas bersalin bukan satu tindakan yang tidak wajar.
“Keluar terlalu awal boleh menyebabkan keletihan, pendarahan semula, atau risiko jangkitan, terutama jika ibu menjalani pembedahan caesarean.
Ads
“Penyesuaian emosi juga masih rapuh dalam tempoh ini, dan memaksa diri keluar boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal ibu.”
Keluar rumah ketika berpantang bukanlah satu ‘dosa’. Tapi jika dilakukan terlalu awal dan kerap, ia boleh memudaratkan. Tubuh yang belum pulih sepenuhnya mungkin sukar melawan jangkitan, cepat letih, dan mudah tertekan.
Kalau benar-benar perlu keluar – pastikan tempat selamat, cuaca baik, dan ada yang menemani. Yang penting, jangan paksa diri hanya kerana mahu nampak ‘aktif’ seperti ibu lain di media sosial.
Ads
Ambil makanan sihat, real food untuk cepat sembuh
Tambah Puan Izzati lagi, bagi mempercepatkan proses pemulihan, pemilihan makanan yang jumlah air yang mencukupi amat digalakkan.
“Dalam keadaan serba moden sekarang ini ibu sebenarnya tak perlulah terlalu berpantang ikut cara tradisional yang terlampau, paling penting makan makanan sihat atau kita kata ‘real food’ untuk cepat-cepat sembuh.
“Contoh kalau badan sesuai makan bayam, makanlah bayam. Kalau sesuai makan sayur fat choy, ambillah. Begitu juga sayur-sayur lain. Paling penting tolak makanan fast food, air bergas dan paling penting kena minum banyak air,” tambahnya lagi.
https://www.youtube.com/watch?v=Bx4206O1_9E
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas bersalin, pastinya kebanyakan wanita ingin mendapatkan kembali bentuk badan langsing, kan? Tapi wujudkah cara tanpa pembedahan yang boleh dicuba? Baca artikel ini.
Badan langsing idaman setiap wanita
Perubahan hormon selepas bersalin yang dialami wanita akan membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan bentuk badan sebelum mengandung.
Namun, ia memerlukan masa untuk menghilangkan kulit kendur yang ada pada bahagian perut.
Walau bagaimanapun, dengan usaha dan ketekunan, mendapatkan kembali bentuk badan langsing bukanlah sesuatu yang mustahil, wahai ibu sekalian.
Tip kembalikan badan langsing selepas bersalin
Umumnya, kaedah yang disenaraikan di bawah boleh membantu untuk memulihkan dan menegangkan kulit perut yang mengeleber dan longgar selepas bersalin.
Tetapi seperkara perlu anda ketahui, ia mungkin tidak memberikan impak yang sama pada setiap individu.
1. Pemakanan seimbang
Kulit memerlukan nutrien untuk mengekalkan keanjalannya. Oleh itu, anda perlu mengambil nutrien yang mencukupi agar kulit kekal berdaya tahan dan lembut.
Makanlah buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, dan lemak seimbang untuk meningkatkan keanjalan dan menegangkan kulit yang longgar.
Mengamalkan pemakanan sihat dengan cara berikut juga dapat membantu mengembalikan kesihatan kulit selepas bersalin, seperti:
Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti brokoli, bayam, dan strawberi, mengandungi vitamin A dan C. Vitamin A dapat membantu mencegah pengeringan kulit sementara vitamin C membantu menghasilkan kolagen yang memberikan ketegangan pada kulit
Badam, biji bunga matahari, dan kacang hazel mengandungi lemak yang sihat. Ia juga mempunyai vitamin E dan antioksidan yang membantu menjaga kesihatan kulit
Oren, beri hitam, strawberi, dan raspberry mengalakkan pengeluaran kolagen yang membantu dalam menegangkan kulit. Sayuran seperti daun salad, bayam, tomato, brokoli, lobak, ubi bit, dan lada benggala juga merupakan sumber kolagen yang baik
Makanan tinggi kandungan zink, termasuk biji labu, kacang buncis, kacang gajus, dan cendawan, juga dapat membantu menegangkan kulit
Makanan yang kaya dengan protein seperti telur, kekacang, susu soya, taugeh, dan quinoa juga boleh membantu menegangkan otot
2. Aktiviti fizikal
Bersenam dapat menegangkan kulit yang kendur dengan menguatkan otot perut.
Aktiviti ini juga membantu menurunkan berat badan berlebihan, mengencangkan otot perut, membentuk semula tubuh dan mengembalikan badan langsing anda.
Bersenam juga melancarkan peredaran darah, yang meningkatkan bekalan oksigen ke tisu dan membantu meningkatkan kolagen dan elastin – protein matriks ekstraselular yang memberikan keanjalan serta ketahanan terhadap tisu.
Rutin senaman boleh merangkumi:
Senaman kardio yang membantu menguatkan otot perut dengan membakar lemak berlebihan
Senaman kekuatan untuk menguatkan dan menegangkan otot, yang membantu meningkatkan keanjalan kulit
Tambahkan variasi dalam senaman anda dengan memulakan latihan kardio atau kekuatan. Jangan lupa untuk melakukan aktiviti pemanasan badan dan regangan sebelum memulakan senaman.
3. Teknik pernafasan
Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan biarkan udara memenuhi paru-paru. Hembuskan perlahan-lahan melalui mulut untuk mengosongkan paru-paru.
Latihan pembesaran dan pengecutan perut melalui pernafasan juga boleh berfungsi untuk menegangkan kulit yang longgar. Ia akan membantu mencapai badan langsing idaman anda.
4. Penjagaan minda
Jangan berputus asa sekiranya anda tidak dapat kembali kurus selepas bersalin.
Ia memerlukan masa dan anda perlu memastikan minda berada dalam keadaan sihat dan fokus.
Amalkan teknik pernafasan mendalam dan meditasi
Dengarkan muzik kegemaran anda
Bermain dengan si manja
Lakukan aktiviti luar seperti berkebun
Manfaatkan waktu tidur bayi untuk mendapatkan tidur siang. Kajian menyatakan ibu baharu yang tidur malam kurang daripada 5 jam akan mengalami kesukaran untuk mengurangkan berat badan. Bahkan, mereka cenderung berdepan kenaikan berat badan
Menumpukan kepada kesihatan emosi dan mental akan menyumbang kepada kesejahteraan fizikal yang penting untuk mendapatkan badan langsing.
5. Minum air
Kekal hidrat memberi kesan dan mengekalkan keanjalan kulit. Pastikan anda minum air dengan kerap sepanjang hari.
Tabiat anda itu akan membantu mengurangkan pengekalan air dan membakar kalori, yang menjadikan kulit longgar kurang kelihatan.
Menggunakan pelembap juga menyumbang kepada proses keanjalan kulit.
6. Penyusuan eksklusif si manja
Penyusuan susu ibu sangat bermanfaat sama ada kepada ibu mahupun bayi.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu dapat membantu ibu baru kehilangan beberapa kalori tambahan sehari.
Ini sudah pasti dapat mempercepatkan proses untuk mendapatkan tubuh yang diidamkan.
7. Proses pengelupasan kulit
Pengelupasan akan mendorong pertumbuhan kulit baharu yang lebih sihat dan anjal.
Ia juga meningkatkan peredaran darah, yang penting untuk penghasilkan kulit baharu serta meningkatkan keanjalan.
Anda boleh gunakan loofah atau span mandian untuk menggosok bahagian perut semasa mandi.
8. Balutan badan di spa
Untuk mendapatkan badan langsing dan mengembalikan keanjalan kulit, anda juga boleh melakukan balutan badan di spa. Namun, hasil yang diperolehi lebih bersifat sementara.
Balutan yang dilakukan di spa mengandungi garam laut, tanah liat, atau minyak berkhasiat. Kesemua bahan-bahan tersebut dapat menyahtoksin kulit dan membantu menegangkannya.
9. Mengurut badan
Mendapatkan urutan perut dapat melancarkan peredaran darah.
Walau bagaimanapun, periksa dengan doktor sebelum memasukkannya ke dalam rutin harian anda selepas bersalin.
Anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk menggosok perut kerana minyak tersebut mengandungi fungsi antioksidan.
Teruskan mencuba
Usah berasa bimbang jika anda tidak dapat menyingkirkan kulit kendur walaupun selepas aktif dan mengamalkan pemakanan seimbang.
Teruskan usaha untuk mendapatkan badan langsing dan jangan berputus asa. Anda pasti dapat mencapainya!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Tahniah diucapkan buat pencetus ummah atau PU Amin yang telah selamat menimang cahaya mata keempatnya semalam.
Menerusi Instagramnya, PU Amin berkongsi khabar gembira itu kepada umum malah amat bersyukur dengan kurniaan rezeki memperoleh zuriat keempatnya yang merupakan seorang puteri.
Melalui hantaran itu, PU Amin turut berkongsi gambarnya sambil memangku puteri keempatnya itu. Malah kata Pu Amin lagi, dia turut mengenakan baju warna merah jambu sempena kelahiran anak perempuannya itu.
“Wanginya bau adik. Bau syurga. Papa pakai baju warna pink tau sebab nak sambut adik. Adik Baby Girl,” tulisnya di kapsyen.
Dalam pada itu, rasa terima kasihnya turut dizahirkan pada isteri tercinta yang menghadiahkan anugerah terindah buat mereka sekeluarga.
“Terima kasih umi, isteri tercinta bertarung nyawa melahirkan puteri kita. Moga Allah balas syurga buat sayang,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, bapa kepada empat orang cahaya mata ini juga turut berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan perjalanan kelahiran isterinya tidak ketinggalan doa untuk kesejahteraan anak kecilnya itu.
“Terima kasih atas doa doa sahabat semua. Saya juga doakan buat anda yang menanti cahaya mata agar segera mendapat zuriat dan cahaya mata yang diharapkan. Inshaallah Allah makbulkan doa kita semua.
“Pelihara dan lindungi anak ini Ya Allah. Terima kasih atas doa doa baik anda semua. Moga Allah balas baik juga buat anda yang mendoakan. Terima kasih juga buat Dr. @rusinazmi . Thanks you Allah,” kongsinya lagi.
Tahniah diucapkan dan semoga kehadiran bayi keempatnya ini akan menambah seri dan bercambah rasa bahagia.
Terdahulu, PU Amin mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nur Hazwani Ibrahim. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan dan seorang cahaya mata lelaki.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @pencetusummah_amin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pempengaruh, Nelysa Norazlan yang telah selamat bersalin pada 18 Mei yang lalu sempat berkongsi pengalamannya bersalin secara normal.
Lebih membuatkan ramai yang kagum bila mana Nelysa bersalin tanpa sebarang koyakan dan jahitan biarpun baru melalui pengalaman pertama kali melahirkan anak.
Bersyukur segala proses kelahiran anak sulungnya berjalan lancar, Nelysa turut berkongsi tipnya ketika hamil.
“Ini adalah rezeki Allah. Saya tak tahu pun kebanyakan orang melahirkan anak pertama akan koyak atau kena gunting.
“Kemungkinan saya tak penat, saya ambil epidural.
“Tapi kadang-kadang yang membuatkan saya rasa selalu nak naik angin adalah rasa sakit itu kerap berlaku. Kemudian apabila saya diberikan painkiller, saya rasa macam khayal.
“Saya ambil epidural dan disebabkan epidural saya rasa masih boleh fikir lagi macam mana nak bernafas dengan betul ketika bersalin. Saya pun dapat tidur yang cukup,” kongsinya.
Tambah Nelysa lagi, dia juga turut mengikuti kelas pranatal sebelum bersalin dan belajar cara mengawal pernafasan yang betul ketika bersalin.
“Saya ada ambil kelas pernafasan. Pada awalnya saya ingatkan ia tak membantu sebab ramai kata nanti masa beranak akan lupa semua benda itu.
“Daripada contraction lagi saya dah kawal nafas itu. Kemudian tunggu doktor bagi arahan dan kita kena ikut. Setiap kali contraction walaupun saya rasa kebas, saya akan tetap kawal pernafasan.
“Dalan labour room lebih kurang 12 jam, rupanya nak tunggu bukaan itu yang lama,” ujarnya lagi.
Bukan itu sahaja bahkan kata ibu kepada Muhammad Eushaq ini, dia juga turut minum air kelapa bagi membantu memudahkan kelahiran bayi lelakinya.
“Minggu itu saya kerap minum air kelapa. Sehari sebelum beranak saya minum dua biji air kelapa,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Nelysa dan suaminya, Muhammad Multazam Nasir menyambut kelahiran bayi sulung mereka, Muhammad Eushaq dengan berat 3.04kg.
Proses penyembuhan luka bersalin sememangnya memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Dianggarkan luka jahitan ini akan sembuh dalam masa empat hingga enam minggu bagi yang bersalin normal dan enam minggu hingga berbulan-bulan bagi luka jahitan pembedahan caesarean.