“Ramas Sampai Buih Keluar. Sotong Jadi Pejal & Tak Berair” Bersihkan Sotong Cara Nelayan Korea

Share

Kebiasaanya bila kita masak menu berasaskan sotong, walaupun sudah ditapis airnya tetapi sotong tetap mengeluarkan air ketika dimasak. Malah hasil tumis menjadi tidak cantik kerana terlalu cair. Mungkin ada kena mengena dengan teknik membasuh sotong?

Wanita ini berkongsi di laman facebooknya berkenaan cara membersihkan sotong dengan betul barulah sotong tidak mengeluarkan air ketika dimasak malah kita tidak perlu merebus sotong tersebut sebelum ditumis. Ikuti perkongsian ini. Semoga bermanfaat buat semua!

Sekadar perkongsian, cara saya cuci sotong..

Dulu saya pernah tengok dokumentari nelayan korea..Depa basuh sotong kurita cara ni, saya cuba dan hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak..Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak..

Mungkin sahabat-sahabat boleh cuba untuk memudahkan cara nak masak sotong..😊

Cara-caranya;

  1. Potong sotong ikut saiz yang kita nak..

2. Taburkan garam kasar dlm sesudu dua dalam bekas berisi sotong…(garam halus pun boleh, tp lg baik garam kasar)

3. Gaul dan ramas2 sotong + garam tersebut.

4. Ramas-ramas sampai keluar buih mcm sabun.

5. Sotong akan keluarkan buih2 seperti buih sabun.. ramas2 sotong dalam 5minit atau sampai rasa sotong tu pejal..

6. Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih2 sehingga hilang air buih/air garam tu…InsyaAllah sotong tak masin jika basuh bersih2..

7. Kemudian tapis sotong untuk sejat airnya…

Bolehlah masak seperti biasa…insyaAllah sotong tak keluarkan banyak air lagi..😊

Kredit:Noris Nora

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK

Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.

Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱

Jom jadi peserta terawal!

✍🏻 Daftar sebagai peserta di:
https://bit.ly/3yT61Ex

Jom daftar sekarang untuk berpeluang menang hadiah cabutan bertuah!_

IKLAN