Kehidupan adik Muhammad Iman Al Khausar Bin Ismail sejak menjalani kimoterapi selepas disahkan mengalami kanser saraf tahap 4 mengubah kehidupannya dari seorang kanak-kanak yang ceria dan aktif kini hanya mampu tersenyum saja.
Segala pergerakannnya cukup terhad dan tak boleh selincah seperti anak yang sebaya dengannya. Namun semua itu bukan penghalang untuk Iman terus kuat melalui pelbagai rawatan walaupun sesekali dia seolah tak selesa dan merengek.
Perkembangan terbaru Iman selepas disahkan kanser saraf ini, nampaknya rambutnya dah mulai gugut akibat kimoterapi yang dilakukannya serta benjolan di dahi pun jelas kelihatan.
Tiada apa yang diharapkan oleh seorang ibu melainkan terus berdoa dan Allah dapat angkat segala kesakitan untuk Iman terus membesar dengan sihat serta tabah mengharungi ujian Allah walaupun di usia yang masih kecil.
Sebelum ini Pa&Ma pernah menyiarkan kisah adik Iman bagaimana dengan hanya terhantuk di kerusi ketika bermain menjadi asbab untuknya diuji dengan kanser saraf tahap 4.
Ads
Menurut ibunya, Nursasabila Kamarulzaman, anak sulungnya ini seorang kanak-kanak yang sangat riang dan petah berkata-kata. Namun ketentuan Allah sudah tertulis, Allah uji kami dengan ujian yang langsung tak pernah pun terlintas di fikiran.
“Hanya dengan terhantuk biasa sahaja di kerusi dan bukanlah jatuh di tempat yang tinggi atau terhantuk yang menyebabkan dia luka, segalanya berubah dalam masa dua minggu,” katanya.
Ads
Buat X-Ray Tapi Tiada Kecederaan Serius
Nursasabila berkata, selepas Iman jatuh terus bawa ke hospital dan buat X-ray tapi tiada kesan retak atau kecederaan serius.
“Selepas Iman jatuh demam on off dan bawanya ke klinik swasta untuk rawatan dan diberikan antibiotik. Seminggu makan antibiotik, keadaan Iman masih lagi tak baik. Demamnya masih lagi on off,” kongsinya.
CT Scan nampak ada ketumbuhan
Ads
Doktor telah buat CT scan dan hasilnya nampak ketumbuhan di depan kepala dan belakang bola mata Iman.
Selepas dapat tahu keputusan inilah, kehidupan Iman dari sehari ke sehari berubah sejak tahun lepas sehinggalah kini.
Namun apa yang pasti, semangat Iman begitu kuat dan seolah-olah faham keadaan dirinya yang sakit.
Walaupun ujian ini sangat besar, selagi Allah bagi Iman ada depan mata, kami akan usahakan sehabis baik untuk dia terus gembira. Sebolehnya kami tak nak dia tahu kesedihan yang semua ahli keluarga rasai dengan kesakitannya itu.
Jika Allah beri pilihan nak sangat lihat Iman kembali sihat dan ceria seperti sebelum ini.
Pasti ada ibu yang sedang menunggu masa untuk bersalin teringin untuk melahirkan anak dalam keadaan selesa. Yelah dalam tempoh ini, ibaratnya ibu sedang bertarung nyawa. Cuma untuk bersalin di hospital swasta kosnya agak tinggi. Bergantung juga kepada kes ibu itu sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan.
Bagi anda yang belum tahu lagi kewujudan Pakej Full Paying Patient (FPP) di hospital kerajaan, ia adalah perkhidmatan yang setaraf seperti di hospital swasta ketika anda ingin melalui proses bersalin ini.
Bagaimanapun, bagi ibu yang berminat dengan pakej ini, anda perlu membuat pemeriksaan di hospital yang anda pilih untuk pastikan ada rekod awal. Selepas itu, boleh pilih doktor pakar untuk menyambut bayi anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej ini, pengalaman Puan Azwa Ahmad yang bersalin menggunakan pakej ini dikongsikan dengan cukup lengkap.
REVIEW PAKEJ FPP
Alhamdulillah, telah selamat bersalin baby ke-3. Ada sedikit kelapangan untuk saya share dengan rakan-rakan semua tentang pakej bersalin Full Paying Patient (FPP) yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Bacalah dengan lapang dada kerana niat saya hanya untuk berkongsi memandangkan ramai di kalangan rakan2 saya tidak tahu tentang kewujudan pakej ini. Dan rasanya posting kali ini agak panjang kerana saya akan ceritakan dengan detail sebagai rujukan untuk ibu2 yang bakal bersalin nanti.
Ok, ceritanya begini. Dua anak sebelum ini saya bersalin di hospital swasta memandangkan pihak syarikat saya bekerja dulu menanggung sebahagian kos hospital. Jadi kali ini bilamana saya sudah tidak bekerja dan semuanya sendiri, maka saya mula survey kos bersalin di hospital swasta dan harga boleh cecah antra 5k-7k walaupun bersalin normal.
Jadi saya decide untuk bersalin di hospital kerajaan dengan pakej FPP. Kenapa saya pilih FPP? Di bawah adalah jawapannya.
1. Doktor pakar boleh pilih
Ini yang menjadi keutamaan saya dan suami apabila kami decide untuk pilih pakej FPP. Saya lebih selesa untuk bersalin dengan doctor wanita. Betul, jika direzekikan dapat doctor wanita, tak ambil pakej pun boleh. Tapi ini adalah sebahagian drpd ikhtiar kami untuk bersalin dgn doctor wanita dan beliau adalah pakar. Jika bersalin bukan FPP, doctor yang sambut adalah doctor biasa dan bukan pakar. Jadi nilai yang kita bayar adalah nilai kepakaran yang beliau miliki. Alhamdulillah Putrajaya mempunyai doctor pakar wanita. Jadi sepanjang check up dan bersalin, saya di bawah pemantauan Dr Hamidah ( tak semua hospital yang ada FPP ada doctor pakar wanita ya)
2. Suami boleh teman
Ini juga yang menjadi impian setiap wanita yang bersalin. Suami boleh teman sepanjang di wad dan LR. Memandangkan saya bersalin secara induce, ( 2 malam bermalam sebelum bersalin) jadi suami sentiasa menemani saya. Untuk pakej FPP, bilik yang disediakan adalah single dan double. Alhamdulillah direzekikan bilik single, ianya sgt memberi privacy sepanjang berada di ward.
Untuk pakej FPP, semua pesakit ditempatkan di ward 5A. Keadaan ward ini amat tenang, tidak ramai pesakit dan suasananya berlainan sekali dengan ward biasa. Untuk info, Putrajaya hanya mempunyai kelas pertama sahaja bagi ward biasa, cuma keadaan di 5A lebih selesa.
Bilik pula disediakan TV , peti sejuk, sofa/katil untuk peneman, dan nurse yang sgt2 membantu sepanjang saya berada di sana.
Dan daripada pemerhatian saya, tiada doktor pelatih atau nurse pelatih yang akan mengendalikan kita sepanjang di ward tersebut. Kesemua nurse adalah berpengalaman dan doktor yang melawat setiap pagi juga adalah doctor pakar.
4. Kos lebih murah
Bersalin di hospital kerajaan dengan pakej FPP kosnya 50% lebih murah berbanding di swasta. Sewaktu pendaftaran masuk ke hospital untuk bersalin, pesakit dikenakan deposit RM3000. Jika bil hospital kurang daripada 3k, pihak hospital akan refund semula semasa discharge nanti.
Jika lebih, pesakit perlu tambah bayaran Sebagai cth, jika pesakit warded selama 6 hari, pada hari ke4 bil hospital mencecah 3k, pesakit perlu membuat pembayaran segera jika masih ingin menikmati semua kemudahan pakej FPP.
Dan bagi kes saya, walaupun anak& mak ditahan satu hari akibat kuning, kosnya masih tidak melebihi nilai deposit dan dapat refund sewaktu discaj.
Ok, bagaimana jika anda berminat dengan pakej ini?
Buat temujanji awal. saya cadangkan, pada usia kandungan 3-4 bulan anda boleh walk in ke hospital. bagitahu nak booking utk pakej FPP. Macam di Putrajaya, doctor yang sy pilih ini jadualnya telah penuh drpd feb- jun 2020. Jadi kalau nk pakej FPP, perlu booking awal dan sekurang-kurangnya 3x check up di hospital tersebut. Dan setiap kali check up kos di antara RM100-200…
Dan untuk info, tidak semua hospital mempunyai pakej FPP. Antara hospital yang ada
Hospital Selayang Hospital Sg Buloh Hospital Ampang Hospital Serdang Hospital Pulau Pinang Hospital Sultanah Aminah Hospital Sultan Ismail
Tapi kena tanya juga ya sebab tak semua hospital ada doctor pakar wanita..
Semoga perkongsian ini memberi manfaat terutamanya pada sesiapa yang sedang survey hospital untuk bersalin nanti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buku merah jambu iaitu buku rekod kesihatan diri ibu hamil dan bayi sememangnya teramat penting bagi memantau perkembangan bayi dalam kandungan serta kesihatan diri ibu sepanjang sembilan bulan.
Terlambat membuka ‘buku pink’ ini boleh membuatkan perkembangan bayi ketika awal kehamilan tidak diketahui sejarahnya. Persoalan bila waktu yang sesuai untuk buka buku pink ini?
Buku pink atau nama rasminya adalah Rekod Kesihatan Ibu ini merupakan buku yang merekodkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan.
Umumnya, seorang wanita yang sedang hamil memerlukan pengawasan, pemeriksaan rapi dan berterusan bagi memastikan mereka sentiasa berada pada tahap kesihatan yang baik. Ini kerana mereka akan banyak melalui perubahan pada badan serta fisiologi mereka.
Bukan sekadar itu sahaja, dalam masa yang sama kesihatan bayi dalam kandungan juga akan diperiksa.
Biasanya buku pink ini boleh dibuka sebaik sahaja ibu yakin bahawa dirinya hamil sehingga sebelum berakhirnya trimester pertama. Jika anda terlewat untuk membuat buku pink, anda akan dilabel sebagai ‘late booking’.
Bagaimana untuk yakin bahawa diri mengandung? Sudah tentulah dengan melakukan ujian menggunakan kit kehamilan di rumah.
Anda perlu mengenal pasti Klinik Kerajaan atau Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) yang berdekatan dengan alamat tempat tinggal semasa.
Dokumen perlu bawa
Untuk bakal ibu yang baru pertama kali ke KKIA bagi pemeriksaan pranatal dan membuka buku pink, ini senarai dokumen yang perlu anda bawa bersama-sama ke klinik.
* Kad pengenalan diri
* Kad pengenalan suami
* Gambar ukuran passport anda dan pasangan
* Sijil nikah
* Bil air/elektrik rumah untuk pengesahan alamat
* Surat rujukan doktor atau klinik lain – jika ada
Pastikan anda tidak terlambat untuk membuat buku pink ini di klinik. Biar segala perkembangan anak dan kesihatan ibu dipantau sejak awal lagi bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Sebaik anda berjaya membuka buku pink ini, pastikan buku ini dibawa ke mana sahaja anda pergi, terutama ketika ketika waktu balik kampung atau melalui tempoh perjalanan yang panjang. Letakkan sahaja buku ini di dalam kereta atau di dalam beg anda.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Kes keracunan makanan meningkat pada bulan Ramadan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam sentiasa berhati-hati ketika membeli atau menyediakan juadah berbuka puasa bagi mengelakkan sebarang masalah keracunan makanan.
Beliau faham situasi sambutan Ramadan tahun ini lebih meriah berbanding dua tahun lepas kerana kita sudah boleh berkunjung ke bazar Ramadan bagi membeli juadah berbuka puasa. Bagaimanapun Khairy mengingatkan agar semua masyarakat perlu berhati-hati membeli juadah berbuka puasa.
Menurut beliau, jika mengikut trend keracunan makanan yang berlaku di Malaysia, biasanya terdapat peningkatan kes keracunan makanan ketika bulan Ramadan.
Berita tentang dua orang kanak-kanak yang disyaki keracunan makanan selepas berbuka puasa dengan makanan yang telah dibeli di bazar Ramadan pada minggu lepas antara kes keracunan makanan yang dilaporkan. Itu belum lagi kes-kes keracunan makanan yang tidak dilaporkan.
“Kes keracunan makanan tidak boleh diambil mudah sebab ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan bahkan lebih serius boleh menyebabkan kes kematian,” demikian tegas Khairy mengingatkan.
Justeru untuk langkah berjaga-jaga, Khairy mengingatkan agar semua masyarakat mengamalkan lima amalan penting bagi memastikan makanan bersih dan selamat.
Sebelum makan sentiasa amalkan konsep lihat, hidu dan rasa. Kalau nampak tak okay, bau rasa dan pelik jadi janganlah makan. Pastikan selamat dan bersih sebelum makan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!