Rambutan Asam Boi, Mama Hamil Yang Suka Makan Asam Mesti Suka

Share

Rambutan Asam Boi, Mama Hamil Yang Suka Makan Asam Mesti Suka

Rambutan asam boi sememangnya menjadi kesukaan penggemar asam terutama mama-mama yang sedang berbadan dua. Rasa nak makan makanan yang masam-masam menjadi perkara biasa buat ibu-ibu hamil. Keadaan ini disebabkan perubahan hormon pada tubuh mama.

Sekarang sedang musim buah rambutan, elok sangatlah buat rambutan asam boi ini. Makan sejuk-sejuk memang ‘terpaling’ asyik. Sebenarnya tak susah pun nak buat rambutan asam boi.

Bahan pun tak banyak dan yang paling penting cara nak buat pun alahai senang sangat. Buat banyak-banyak boleh makan berulang-ulang. Nah ini resipi asam boi seperti yang dikongsikan oleh Ani Zam 

RAMBUTAN ASAM BOI

Bahan-bahan:

Buah rambutan
Asam boi
Serbuk asam boi
Limau kasturi
Cili padi
Garam dan gula

CARA MEMBUAT:

1. Kupas, basuh bersih dan toskan buah rambutan.

2. Masukkan isi rambutan ke dalam mangkuk.

 

3. Masukkan pula asam boi, serbuk asam boi, cili padi, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut. Gaul sebati.

4. Potong dan buang biji limau kasturi kemudian perahkan jusnya dalam mangkuk berisi buah rambutan.

5. Gaul sebati, dan masukkan ke dalam peti sejuk dalam 1-2 jam.

6. Keluarkan dan sedia untuk dinikmati.

Sumber: Ani Zam 

IKLAN