Rancang kehamilan sebenarnya perlu dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Usia wanita 35 tahun ke atas disarankan dapatkan pemeriksaan segera selepas gagal hamil dalam masa 6 bulan.
Menurut Dr Mohan Raj, Konsultan Kesuburan, KPJ Damansara Specialist Hospital, wanita lazimnya mengalami kitaran haid 28 hingga 30 hari. Waktu subur ialah pada hari ke-14.
Beliau yang muncul dalam rancangan TV Pa&Ma episod pertama bertajuk ‘Rancang Kehamilan’ bagi musim ke-4 yang menampilkan Jurnal Kehamilan, berkongsi peningkatan usia menjadi faktor utama dalam merancang kehamilan. Katanya peluang untuk mendapatkan zuriat semakin menurun seiring peningkatan usia.
Ads
TIP MENGIRA WAKTU OVULASI WANITA MERANCANG HAMIL
Ovulasi berlaku lebih kurang 14 hari sebelum haid datang.
Hari subur wanita adalah 2 hari sebelum ovulasi, pada hari ovulasi & sehari selepas ovulasi.
Bagi meningkatkan peluang hamil, suami isteri digalakkan untuk bersama pada waktu subur ini.
Bagi wanita yang mempunyai kesukaran untuk mengira waktu subur, aplikasi kalkulator ovulasi boleh dimuat turun.
Menurut Dr Mohan, wanita yang mempunyai juga boleh berdepan dengan masalah untuk hamil. Ini kerana walau pun haid, tidak semestinya berlaku ovulasi yang mengeluarkan telur atau benih untuk persenyawaan.
MASALAH KESUBURAN WANITA
Bagi wanita yang mendapatkan pemeriksaan kesuburan, ujian imbasan akan dilakukan. “Semasa scan kita boleh tahu ada telur yang membesar atau matang dan adakah ovulasi berlaku. Masalah telur tidak matang seperti PCOS, saluran fallopian tersumbat, masalah fibroid, endometriosis akan diketahui menerusi pelbagai ujian,” katanya.
Ads
Selain itu, Dr Mohan berkata masalah kesuburan boleh terjadi kerana pelbagai faktor antaranya ialah secara genetik. Selain itu ia juga boleh terjadi kerana faktor alam sekitar.
MASALAH KESUBURAN LELAKI
Bukan wanita sahaja sahaja, lelaki juga mempunyai masalah kesuburan. Dr Mohan berkata kira-kira 15% kaum lelaki didapati salurannya tersumbat.
Ads
“Dia bukan mandul, cuma benih tidak dapat dikeluarkan kerana saluran tersumbat atau salurannya tiada. Ada juga masalah air mani suami berkurangan. Dalam kes ini, bagi mendapatkan zuriat rawatan permanian beradas dicadangkan,” kata beliau.
Bagi anda yang ingin mendapatkan lebih banyak info mengenai kesuburan dan merancang untuk hamil, boleh menonton rancangan TV Pa&Ma episod 1 Musim Ke-4 yang ke udara pada 12 Mac 2019 yang bertajuk ‘Rancang Kehamilan.’ Selain perkongsian tips daripada Dr Mohan, ditampilkan juga pengalaman ibu dan isteri yang pernah melalui prosedur rawatan kesuburan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Praeklampsia dan eklampsia ialah dua keadaan yang berbeza, doktor terangkan dengan lebih lanjut.
Perkongsian Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak ini boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu hamil yang mungkin berhadapan dengan masalah praeklampsia atau mengalami simptom-simptomnya.
Eklampsia & Praeklampsia 2 Keadaan Berbeza
Eclampsia dan praeklampsia adalah dua keadaan yang berbeza mahupun mereka berkait rapat antara satu sama lain. Sehinggakan dalam teaching pelajar perubatan dan doktor houseman berkali kali saya tekankan, semua orang mengandung yang dapat sawan atau dijumpai tak sedarkan diri adalah EKLAMPSIA sehinggalah dibuktikan bukan.
Bila sawan kita panggil EKLAMPSIA. Praeklampsia pula adalah amaran bahaya sebelum dapat sawan ketika hamil.
Praeklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan, dan ianya berlaku pada trimester kedua kehamilan lazimnya selepas 20 minggu kehamilan.
Praeklampsia berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang mendadak disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan kehadiran protein dalam air kencing.
Punca sebenar terjadinya pra-eklampsia masih lagi tidak diketahui.
Bayi Boleh Mati Dalam Kandungan
Apa yang terjadi dalam praeklampsia ialah terdapat pengurangan aliran darah ke uri sekaligus membahayakan bayi dalam kandungan .
Tumbesaran bayi menjadi terbantut disebabkan kuantiti oksigen dan nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.
Air mentuban juga akan menjadi kurang. Sekiranya tumbesaran bayi menjadi sangat terbantut, bayi boleh mati secara mengejut di dalam kandungan. Maka kehamilan dengan pra-eklampsia akan dipantau dari semasa ke semasa untuk mengesan bayi-bayi yang bakal mengalami komplikasi ini supaya tindakan segera dapat diambil untuk menyelamatkan bayi.
Mengapa perlu tahu mengenai praeklampsia?
Pra-eklampsia sangat biasa berlaku di kalangan wanita hamil.
Pra-eklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 kehamilan manakala eklampsia (sawan hamil) pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan pra-eklampsia akan mengalaminya.
Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bersalin, dalam tempoh berpantang (postpartum).
1 dalam 200 kehamilan (0.5%) akan mengalami pra-eklampsia yang serius ketika hamil. Gejala-gejala pra-eklampsia lazimnya ditunjukkan pada penghujung kehamilan, tetapi ada juga yang menujukkan gejala-gejala selepas bersalin.
Simptom / GejalaPraeklampsia
Gejala-gejala praeklampsia yang serius adalah :
Sakit kepala yang tidak dapat dilegakan oleh ubat tahan sakit
Mata menjadi kabur
Pedih pada ulu hati yang tidak dapat dilegakan oleh ubat-ubatan gastrik
Bengkak pada kaki dan muka yang makin bertambah
Berasa tidak sihat
Gejala-gejala ini adalah tanda-tanda amaran bahaya, dan memerlukan perhatian pihak hospital dengan kadar yang segera. Dalam pra-eklampsia yang serius ini, organ-organ penting di dalam badan – fungsi hati dan buah pinggang mungkin akan terjejas, sekaligus menjejaskan proses pembekuan darah yang normal di dalam badan.
Praeklampsia serius ini jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi. Walaupun ianya jarang terjadi 1 dalam 4000 kehamilan, eklampsia memberikan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut
Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan sulung anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang terdahulu.
4 Kateogori Ibu Hamil Yang Berisiko
Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:
Berumur 40 tahun atau lebih;
Berat badan berlebihan ketika hamil, BMI 35 atau lebih.
Mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus,masalah buah pinggang, atau diabetes;
kandungan kembar atau lebih;
Mempunyai sejarah praeklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya;
Berbincang dengan doktor anda, tentang faktor-faktor yang anda ada. Setelah penilaian doktor, anda akan dinasihatkan memakan ubat aspirin 75mg sehari sekali dari pada awal kehamilan (12 minggu) sehingga bersalin untuk mengurangkan risiko anda mengalami pra-eklampsia. Suplemen kalsium juga akan turut dimulakan.
Tiada cara yang pasti 100 % untuk mencegah terjadinya praeklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi tidak dalam bahaya ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal pra-eklampsia.
Rawatan Praeklampsia
Bagaimana saya dirawat, sekiranya saya mengalami praeklampsia?
Jika tekanan darah naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke uri. Anda mungkin diminta pergi ke klinik kesihatan setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda.
Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi. Kadar tumbesaran bayi akan diperiksa. CTG (cardiotocography) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum.
Tujuannya ialah untuk memanjangkan tempoh kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang kepada bayi supaya tidak dilahirkan secara pramatang. Ubat untuk mengawal tekanan darah juga turut akan diberikan.
Anda juga akan diberikan suntikan ubat magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai pra-eklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh.
Anda akan dirawat di wad rawatan rapi untuk ibu mengandung. Doktor juga akan menilai sama anda anda perlu diberikan ubat untuk mematangkan peparu bayi, sekiranya perlu dilahirkan lebih awal.
Sekiranya tekanan darah anda sukar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.
Praeklampsia Hanya Akan Pulih Lepas Bersalin
Pra-eklampsia hanya akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih lagi berisiko sehingga empat minggu selepas bersalin, terutamanya jika pra-eklampsia anda itu serius atau dikenalpasti apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih. Anda mungkin perlu meneruskan ubat untuk mengawal tekanan darah walaupun sudah bersalin.
Jika bayi dilahirkan kecil dan pramatang, bayi akan dipantau di unit rawatan rapi bayi sehingga bayi benar-benar sihat dan selamat untuk pulang. Tiada masalah untuk meneruskan penyusuan susu ibu
Segera dapatkan rawatan jika ada gejala-gejala pre eclampsia. Jangan tunggu.
Memang tidak dinafikan isu saiz perut selalu jadi idea perbualan kebanyakan orang dengan ibu hamil. Nak tak nak, ibu hamil perlu hadapi juga. Ummi Nazeera utarakannya di Instagram.
Ummi yang kini sedang hamil 8 bulan baru mengutarakan perkara tersebut di posting Instagramnya.
That face ? you make when people say.. ” eh u dah 8 bulan lebih .. kecil eh perut .Ataupun .. eh you dah 8 bulan lebih besar eh perut you “. Maka ibu mengandung pun.. balik rumah… tanya suami … “betul ke apa org tu cakap . Risau pula”. Haaaaa .. Ada sesiapa pernah mengalami ? Apa perasaan you? Hehehe.
Posting aktres yang baru menyambut hari lahir ke 28 ini mendapat pelbagai reaksi daripadapara peminatnya. Rata-rata mengatakan perkara tersebut sebagai lumrah yang akan dihadapi ibu hamil dan perlu bersabar melaluinya. Asalkan hasil pemeriksaan doktor mengatakan semua dalam keadaan baik, ibu hamil tidak perlu risau.
Diam-diam ada isi. Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-3, pelakon, Sari Yanti mengumumkan dia kini sedang hamil 6 bulan. Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian Sari Yanti dia meluahkan rasa syukur terhadap perjalanan rumah tangganya yang sudah pun memasuki tahun ketiga. Pada masa yang sama, dia turut memberi ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.
Di akhir kapsyennya, Sari Yanti turut memberitahu bahawa dia sedang hamil 6 bulan. Tambahnya, zuriat kali ini merupakan cahaya matanya yang keenam selepas keguguran sebanyak dua kali.
Rata-rata peminat dan rakan artis memberikan ucapan tahniah dan meluahkan perasaan tidak sabar untuk menanti kehadiran cahaya mata baru pasangan itu.
Sebelum ini perkahwinannya dengan Jep telah dikurniakan seorang anak perempuan, Dariya Inara yang akan memasuki usia 2 tahun bulan April nanti. Selain Dariya Sari Yanti dah mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu.
Alhamdulillah! Tahniah
Sumber: Sari Yanti & OB
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.