Baik macam mana pun si ibu, anak tetap akan lebih ikut cara ayah berbanding ibu. Sejauh mana kebenaran ini?
Ya anak-anak memang mewarisi genetik ibu dan ayah. Dan tiada lagi kajian spesifik mengatakan anak ikut mana lebih. Namun anak anak melihat si ayah ini sebagai Hero. Ya sebagai idola anak-anak.
– dia tengok cara ayah bercakap
– dia nak tiru cara ayah berjalan
– Nak buat mimik muka ayah
– Nak apa yang ayah makan minum
Dan yang paling banyak anak ini akan perhati adalah cara ayah layan ibu. Sebab itulah jika nak anak jadi baik sebaik-baiknya, ayah kenalah tunjukkan tingkah laku yang baik sebaik-baiknya di depan anak.
Ads
Anak mana tahu beza baik buruk. Apa idola buat, dia tiru sebijik sebijik je! Ini la yang bahaya, jika kita culas dan tunjuk tingkah laku yang buruk sikit depan anak cepat je dia akan tiru.
Lebih bahaya lagi apa sahaja yang dia tiru tu akan efek personaliti diri dia. Itu la yang akan menjadi:
Ads
– habit
– prinsip hidup
– belief system
– mindset
Ads
Sampai ke dewasa kelak. Tepat sekali peribahasa, “Bapa borek, anak rintik”. Bagaimana ayahnya, begitu la anaknya akan jadi. Perangai anak tak ikut ibu tapi perangai anak ikut ayahnya. Kecerdasan berfikir dan pengurusan emosi itu ya, anak ikut ibu sebijik sebijik.
Ibu dan ayah saling melengkapi hidup anak. Ibu buat anak rasa di sayangi dan di cintai, ayah pula buat anak rasa selamat dan rasa di hargai. Wallahu A’lam,
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap anak ada kelebihan dan kecenderungan masing-masing. Kita sebagai ibu bapa perlu mendidik dan menyerlahkan bakat dan kemahiran mereka. Salah satunya adalah bakat melukis. Selain bakat semulajadi, ibu bapa juga boleh merangsang minat anak untuk cuba melukis , seperti yang diajarkan oleh ibu ni.
Tidak dianugerah bakat melukis namun Puan Sakinah Hamid sentiasa mendorong minat anaknya untuk melukis. Malah cara dan teknik yang dikongsikan olehnya ini boleh dicontohi oleh ibu-ibu lain bagi menarik minat anak-anak.
Jom ikuti caranya.
Ramai yang tanya macam mana saya buat untuk ajar anak melukis.
Saya jarang jawab sebab memang tak pernah ajar anak-anak melukis pun. Saya sendiri pun tak pandai melukis macam mana nak ajar anak. Haha…
Cuma sikit yang boleh saya kongsikan ialah bagaimana kami memberi peluang anak bereskplorasi dengan pensel dan kertas sejak kecil.
Gambar-gambar ini adalah koleksi ‘lukisan’ Faqihah sejak berusia 2 tahun lebih.
3 benda asas yang kami buat ialah:
1- Beri kebebasan anak menggunakan pensel dan kertas.
Peringkat awal tu Faqihah hanya bermula dengan contengan-contengan garis pendek. Semakin lama garisan semakin panjang dan membentuk bulatan. Selepas berbulan-bulan menconteng, barulah hasil contengannya membentuk sesuatu yang boleh difahami.
Jadi, kalau nak tengok bakat anak berkembang jangan kedekut bagi anak kertas kosong. 1 rim kertas A4 dalam rm10. Boleh tahan 2 minggu ke sebulan jika kita latih anak guna sepenuhnya. Kalau nak lebih jimat boleh guna reuse paper yang mudah di dapati di mana-mana. Kat kedai photostate pun berlambak.
2- Selalu bersembang mengenai lukisan anak
Walaupun hanya garisan dan bulatan, anak boleh bercerita apa yang tersirat di sebalik ‘lukisan’nya. Beri perhatian pada cerita anak dan tunjukkan minat untuk tahu lebih lagi. Selalu puji usaha anak melukis.
3- Hargai lukisan anak
Semua manusia suka dihargai usahanya, termasuklah kanak-kanak. Jangan sesekali memandang lukisan anak sebagai ‘sampah’ walaupun hanya garis-garis tanpa makna. Hargai hasil kerja mereka yang terkini boleh ditampal di dinding atau sediakan ruang menyimpan yang sesuai.
Anda akan dapat melihat bagaimana semangat anak untuk melukis semakin membuak-buak setiap kali kita buat perubahan pada susunan hasil karya mereka. Itulah antara perkara asas yang menjadi rutin harian anak-anak dirumah. Jika asalnya melukis hanya untuk isi masa lapang, kita melukis seperti sudah jadi kewajipan anak-anak. Kalau lama tak melukis mereka akan ternanti-nanti masa untuk melukis.
Semoga perkongsian ini dapat bantu ibubapa memberi rangsangan pada anak yang sedang membesar. Majoriti anak kecil akan melalui fasa menconteng, tugas kita hanya beri peluang.
Jika itu minat dan bakat anak, in syaa Allah ia akan berkembang. Jika tidak pasti ada ruang lain yang lebih menarik minatnya untuk berkarya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak dah mencecah usia tiga tahun, mama jangan rasa takut-rakut dan khuatir untuk ajar anak tak lagi pakai pampers. Ini penting bagi persediaan mereka untuk ke sekolah.
Bukan hanya persediaan ke sekolah bahkan langkah ini sebenarnya satu pencapaian buat anak kita. Jadi mama kenalah kuatkan semangat dan latih anak dengan tepat.
Perkongsian Suhana Salleh yang berjaya melatih anaknya yang berusia dua tahun boleh mama jadikan panduan untuk melatih anak. Lima tip mudah yang dikongsikan olehnya sememangnya menampakkan hasilnya. Jom cuba!
Pernah di taska saya kanak-kanak 4 tahun masih pakai lampin pakai buang. Kasihan saya tengokkan budak chubby itu pinggangnya melelas dek diapers yang terkurang saiz.
Sejak dari itu saya ajarkannya latihan ke tandas. Prosesnya tidaklah sesukar mana kerana kanak-kanak itu sebenarnya dah bersedia. Cuma ibu dan ayahnya sahaja yang belum sedia.
Ibu-ibu, ayah-ayah…
Latihan anak ke tandas ini perlukan kerjasama dua pihak iaitu orang dewasa (sama ada ibu bapa atau pengasuh) dan anak.
Suka saya kongsikan di sini catatan pengalaman melatih anak sendiri ke tandas seawal usia mereka dua tahun.
1. Boleh faham apa yang dicakap
Kelima-lima anak saya boleh bercakap pada usia mereka 2 tahun. Walaupun sedikit pelat saya boleh faham jika dia sebut perkataan ‘eyak’ dan ‘nak encing’. Begitu juga dia boleh faham jika saya tanya, ” nak berak? Nak kencing ke?”
2. Cakap selalu
Dua minggu sebelum memulakan latihan saya selalu bagitahu pada anak begini. Nanti tak payah pakai pampers tau. (Sebut nama anak) kalau nak kencing cakap macam mana? “Ibu, saya nak ken…cing.” Buat aksi dia tak tahan nak terkencing dan pergi tandas. Tujuannya menanam minda bawah sedar mereka.
3. Kenalpasti ekspresi wajah atau tabiat anak
Sentiasa peka dengan ekspresi wajah dan tingkah laku anak setiap kali dia mahu membuang air. Anak saya selalunya akan membuat muka meneran setiap kali dia mahu membuang air besar. Jika dia dah buat muka macam tu cepat-cepat saya hantarkannya ke tandas.
4. Tetapkan waktu anak ke bilik air
Saya sering menggunakan tempoh 4 jam sekali untuk hantar anak ke bilik air. Katakan anak bangun tidur pukul 7 pagi. Aturkannya ke billik air dahulu. Pukul 11 pagi nanti saya akan menanyakan padanya sama ada mahu membuang air atau tidak. Jika dia enggan saya akan paksanya ke bilik air. Dikhuatiri terlalu leka bermain atau menonton anak kita akan terkucil sendiri.
5. Gunakan seluar yang mudah ditanggalkan
Semasa latihan ke tandas saya akan memakaikan seluar yang mudah ditanggalkan kepada anak saya. Ini bertujuan supaya apabila dia terasa ingin membuang dia akan cepat-cepat ke tandas dan membuka seluar. Pernah terjadi anak saya terkucil betul-betul depan pintu tandas. Semuanya gara-gara susah hendak menanggalkan seluar maka banjirlah lantai dibuatnya.
6. Puji anak ketika dia berjaya menggunakan tandas dengan baik.
Setiap kali anak berjaya gunakan tandas dengan betul saya akan puji mereka. Jika tidak berjaya jangan marah anak. Sentiasa beri anak sokongan. Kanak-kanak yang kerap dimarah dikhuatiri akan menyebabkan mereka menjadi takut. Seterusnya terpaksa u turn guna lampin pakai buang semula.
——-
Oh, ya panduan ini hanya tertakluk pada kanak-kanak bawah 4 tahun sahaja dan pada waktu siang. Semasa tidur tengah hari atau berjalan-jalan jauh saya akan pakaikan lampin pakai buang untuk mereka.
Pada awal latihan memang seksa juga. Selalu sahaja mereka terkucil merata-rata pada bila-bila masa.
Proses itu adalah normal.
Suka diingatkan jangan sesekali marah atau tengking anak sekiranya mereka terbuang tanpa sengaja.
Keupayaan kanak-kanak mengawal usus dan pundi kencing merupakan pencapaian penting dalam hidup mereka. Sentiasa berikan galakan dan panduan untuk anak-anak kita.
Kadangkala mengambil masa dua minggu atau lebih untuk kanak-kanak mahir menggunakan tandas.
Tidak kira berapa lambat anak kita belajar menggunakan tandas dengan betul, percubaan untuk melatihnya sebelum badannya bersedia adalah sia-sia.
Perkongsian yang hebat dan bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang mencuba untuk anak-anak mereka. Jadi mama kena beranikan diri dan yakin dengan anak. Bila anak dah bersedia, mama pun kenalah bersedia. Tak gitu?
Kredit: Suhana Salleh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betullah orang kata, bila dah bergelar isteri dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu, masa luang itu ibarat waktu yang paling ditunggu. Bukan apa ketika zaman anak dara sempat lagi nak berhias cantik sebab tiada keperluan lain kena buat.
Begitulah yang dirasai oleh pelakon, Nad Zainal yang mengakui mengalas tugasan sebagai seorang isteri dan ibu bukanlah sesuatu yang mudah.
Nad menyatakan perkara tersebut menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Nad, dia kini mulai faham mengenai perasaan yang dilalui oleh wanita bergelar ibu sebelum ini.
“No filter needed. Muka berminyak, Sarung shirt besar, rambut toncet malas, buat apa nak malu ini adalah rupa seorang isteri.
“Are you ready yang single-single tu? Berkahwin dan beranak. Kita akan banyak tanggungjawab… Tidak seindah drama petang, mana yang tak ada maid tu lagilah…
“Now I know… Kenapa mak-mak kadang-kadang macam singa… Nak bercantik-cantik, pergi manicure pedicure pun jarang dah.
“Sebab bila ada masa terluang baring dan nap sekejap itu lagi bermakna daripada ke spa dan salun. Nak masuk puasa ni mula google lauk nak masak sahur pulak… Itulah MAK
“Are you ready girls?? Sebelum tu mari bersedia ucapkan Selamat Hari Ibu buat mak-mak kita,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan kata-kata yang ditulis oleh Nad itu.
Terdahulu, Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015.
Sumber: Ig Nad Zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bantal bayi mungkin kelihatan selesa, tetapi pakar memberi amaran tentang risiko sesak nafas, SIDS dan bahaya tidur lain yang boleh mengancam keselamatan bayi.