Ada masanya anak akan melalui fasa yang mana nak berkepit dengan mama je, lebih-lebih lagi kalau dia banyak dijaga oleh mama berbanding dijaga orang lain. Fasa ini dinamakan fasa “separation anxiety”.

Dalam fasa ini mama akan mula rasa stress sebab kurangnya masa untuk berehat dengan tenang. Jadi apa cara yang terbaik untuk mama? Ikuti perkongsian daripada Pakar Terapi Carakerja Kanak-Kanak ini.

Semalam, saya mengadu dekat suami yang saya “burnout”. Lagi-lagi anak kedua saya, Yuu umur 1 tahun+ yang nak melekat 24 jam sebab masih fasa “separation anxiety”.

Rasa Burnout, Anak Asyik Anak Berkepit Sampai Ke Tandas Pun Dia Ikut! Jangan ‘Stress’ kan Diri

Saya pergi tandas sekejap, anak menangis macam kena dera. Saya bangun nak ke dapur, anak merengek. Saya masuk bilik ambil barang, dia buat drama sedih dekat depan pintu, Saya keluar beli barang sekejap, dia menangis cari saya keliling rumah.

Kalau tidur siang sekejap-sekejap terjaga cari saya, kalau saya tak ada habislah drama lagi. Kalau boleh nak saya duduk setempat melepet sahaja. Itu belum lagi dia melasak, memanjat sana sini dan memunggah barang 🤯

Suami saya kata,

“Apa yang u rasa stress, itulah yang I nak”

IKLAN

Iyalah, 2 orang anak semua melekat dengan saya.

Nak tidur cari saya,
Nak makan cari saya,
Sakit cari saya.

Bukan suami tak uruskan atau tak main dengan anak, tapi entahlah mungkin sebab menyusu badan penuh. Jadi, rapatnya lain macam sikit .
Suami saya teringin nak anak tidur dengan dia, nak anak menangis ikut ke tandas, masalahnya anak-anak hanya nak suami bila beliau dukung berdiri. 😆

Itulah, kadang-kadang bila setiap hari kita menghadap rutin yang sama, lagi-lagi bila dah jadi ibu, jadual kita terikat dengan anak-anak. Waktu anak makan, mandi, tidur, main-main, belajar, sekarang ini lagilah anak yang bersekolah PdPR.

Otak orang perempuan pula “complicated”, baju salah lipat pun nak stress.
Lagi bila tengok group deco, rumah cantik terkemas. Bila tengok rumah sendiri, merata-rata ada mainan. Anak umur 1 tahun, fasa suka punggah-punggah barang.

IKLAN

Kalau di rumah saya, semua kabinet ada ruang khas untuk barang selamat untuk dipunggah dan dibongkar. Jadi, bila waktu mengemas memang saya sumbat aje semua barang dalam ruang khas tersebut sebab tahu tak tahan lama pun. 30 minit lepas itu kena bongkar balik 🙆‍♀️

Anak siapa yang macam ini juga?

Jadi, ini nasihat untuk diri saya dan ibu-ibu yang lain:
1. Anak melekat dengan kita sebab dia sayang kita dan kitalah dunia bagi mereka.
2. Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain di media sosial sebab kita tak tahu ujian dan cabaran mereka.
3. Kita akan stress bila terlampau kejar kesempurnaan. Belajar lantakkan lipatan baju tak cantik, dah siap lipat pun dah elok sangat!
4. Ibu stress, anak stress.
5. Raikan proses perkembangan anak, anak suka buat sepah juga adalah proses.
6. Suatu masa nanti kita akan merindui saat-saat ini bersama anak. 🥰
Kalau sebelum ini, bila stress boleh tengok kalendar dan menghitung hari untuk jalan-jalan, melancong atau cari makanan sedap. Sekurang-kurangnya dapatlah lupakan urusan rumah.

Tapi kali ini memang menguji kesabaran betul, dengan PKP yang tak nampak penghujungnya walaupun dah hampir sebulan terkurung. Banyak sangat perkara tidak pasti.

IKLAN

Saya harap semua ibu-ibu dapat kekalkan kewarasan masing-masing. Agak-agak nak bertukar warna hijau, bebelkan sahaja dekat suami. Semalam saya baru sahaja bebel pasal politik, pkp, SOP dll.

Tak pasal-pasal anak saya cakap “lets not fight” sebab ingat kami bergaduh. Padahal tengah geram dengan perkara lain. 😁 Semoga kita semua dikurniakan kesabaran dan kewarasan dalam menghadapi segala perkara yang mendatang. 💪💪💪

Kredit:Maryam Jamadi

Rasa Burnout, Anak Asyik Anak Berkepit Sampai Ke Tandas Pun Dia Ikut! Jangan ‘Stress’ kan Diri

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI