Ibu rasa letih sebab menyusu bayi? Ya ada benarnya. Secara logik, ibu berkongsi makanan dengan bayi ketika menyusukan kerana segala sesuatu yang ibu makan bertukar menjadi susu untuk bayi anda. Itulah sebabnya mengambil makanan berkhasiat dan bervariasi bukan sahaja penting ketika ibu hamil, tetapi juga ketika sedang menyusu.
Tetapi perkara ini lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Apabila ibu menyusu selama berjam-jam, peluang untuk mengambil diet seimbang bukanlah keutamaan lagi. Kalau nak mudah ada beberapa makanan tambah tenaga yang dikongsikan oleh Nuha Hayati untuk ibu sediakan dan ambil dalam masa yang singkat.
4 makanan yang membantu ibu-ibu mengurangkan rasa letih badan.
1) Oat
Cuba ibu tambahkan oat dalam diet harian. Selain kandungan serat yang tinggi, oat juga menyediakan magnesium, protein dan fosforus, tiga nutrien yang secara langsung mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya sebagai makanan ideal untuk memerangi keletihan.
Oat juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin), yang berperanan penting dalam penghasilan tenaga oleh badan.
Ads
2) Yogurt
Teksturnya yang lembut, membuatkan yogurt diproses dengan cepat menjadi tenaga berbanding makanan padat. Ia mengandungi probiotik – bakteria baik yang membantu mempertahankan ekosistem usus agar sentiasa sihat dengan melindunginya dari patogen dan membantu tubuh menyingkirkan bakteria berbahaya.
Kajian Universiti Toronto menunjukkan probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak.
Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan mempromosikan perasaan tenang, membantu mengatasi keletihan sama ada dari segi fizikal dan emosi.
Ads
3) Bayam
Sayur bayam sarat dengan kandungan nutrien penting yang membantu melenyapkan keletihan. Sayuran ini tidak hanya menjadi sumber terbaik daripada segi sumber zat besi, tetapi juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium.
Zat besi memainkan peranan secara langsung dalam menghindari keletihan. Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan baik daripada aspek fizikal dan mental.
Ads
4) Kekacang dan biji-bijian
Biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel mempunyai semua sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot.
Kandungan triptofan yang banyak ditemui dalam biji bijan, biji bunga matahari, biji labu, biji gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasihnya seorang ibu, sanggup buat apa sahaja untuk si buah hati. Kalau anak menangis, mesti mahukan ibunya sahaja. Ikuti pengalaman pertama kali Yatt Hamzah terpaksa memangku bayi kecilnya ketika berforum.
Ibu kepada Suci Hanania Malika, 8 tahun, Suci Humaira Iqlima, 1 tahun 10 bulan dan Suci Hayfaa Medina, 6 bulan ini berkongsi tentang pengalaman istimewanya itu di Instagram. anak kecilnya Suci Hayfaa Medina yang turut serta dikatakan menangis sehingga teresak-esak ketika dijaga penjaga iaitu suami dan ibu Yatt sendiri. Sehinggalah si kecil diletakkan di ribaan bondanya, barulah tangisan reda.
Memang benar bayi-bayi boleh mencium bau ibu mereka. Tatkala ibu berada dekat maka mereka akan berasa tenang dan tidak menangis. Berikut ialah perkongsian Yatt;
Dah banyak kali @sucihayfaamedina ikut Bonda pergi forum. Banyak kali tu juga dia meraung menangis teresak2 tersedu sedan dipegang penjaga walaupun abah dan Nenek dia sendiri. Apatah lagi orang lain.
Tapi bila Penganjur terpaksa ambil dan letak atas riba Bonda, terus senyap. Sampai tertidur lena atas pentas tu. Tak berbunyi langsung. Macam tahu2 Bonda sedang kerja, dia tak kacau dah.?
Tak mau orang lain sungguh bayi BERTUAH ni. Cuma nak ada dg Bonda je..Ada dengan Bonda pasti senyap dan bahagia. Allahuakbar camne lah Bonda nak kerja ni sayang..??❤️
Ada ibu2 yg lalui benda yg sama ke.. Jom share mcm mana nak atasi benda ni. Kita nk biar dia nangis je mmg x sampai hati. Tp mmg camtu lah dr lahir. Dah dilatih tak angkat sgt, biar je dlm cot lg teruk dia meraung. Tak angkat salah, angkat salah, Bonda jd serba salah..?
So officially inilah kali pertama forum pegang bayi 6 bulan. Kata Penganjur 1st time panel forum pegang baby masa bercakap. Hehe.. Redha jelah. Anak Solehah Bonda, please remember this forever that you have made a history here
Para netizen memberikan sokongan kepada Yatt, dia tidak keseorang menempuhi cabaran ini.
Penguasaan bahasa boleh dipupuk sejak awal lagi sementelah minda mereka seperti span, menyerap apa sahaja yang dilihat. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk memupuknya. Kalau nak tahu lebih lanjut, rancangan TV Pa&Ma akan memberikan banyak tips mengenai topik ini dalam episod “ Si Cilik Multilingual.” Kami akan ke udara pada pada Selasa, 9 Oktober 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD jam 12 tengah hari dan ulangannya pada 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Dengan memakai bengkung pada baby, bacaan jaundis/penyakit kuning pada baby akan turun mendadak” dakwa peniaga online tersebut. Mitos perubatan ini tidak mempunyai kajian saintifik mengenai keberkesanannya dan ada yang mempercayai tanpa mendapatkan kesahihan daripada pakar perubatan.
Peniaga Online yang menjual bengkung/korset rawat demam kuning
Peniaga tersebut turut sertakan testimoni
Kekuningan atau istilah perubatannya “Jaundice” adalah keadaan dimana kulit dan mata bayi menjadi kuning. Ia biasanya berlaku pada bayi yang baru lahir, dua atau tiga hari selepas lahir. Ia akan mencapai kemuncak selepas empat hari dan akan hilang selepas dua minggu. Jaundice tidak bermakna kita sakit.
Kekuningan biasanya dikesan dengan menekan hujung kuku kita dengan lembut pada kulit bayi. Kekuningan juga lebih mudah dikesan pada putih mata, muka sehingga ke dada. Ikuti Perkongsian dari Doktor Zubaidi;
Penggunaan herba jika betul, tidak apa, ini semua petua herba itu diambil dari majalah dan sumber internet yang boleh diragukan kesahihanya. Kemudian disampaikan dari mulut ke mulut, dari fb ke fb. Siapa mahu bertanggungjawab jika apa-apa berlaku kepada mereka.
Kekuningan bukanlah penyakit misteri. Ia adalah fenomena normal apabila darah pada bayi menjadi rosak dan pecah dan dicernakan oleh organ hati. Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah pada ini akan menghasilkan bilirubin.
Biasanya bilirubin dapat dibuang memalui najis. Tetapi apabila terlalu banyak darah yang rosak dan pecah serta diuraikan secara serentak dalam satu masa, tahap bilirubin dalam darah akan meningkat dalam darah. Peningkatan bilirubin inilah yang dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi.
Cara Rawatan:
Rawatan yang biasa diberikan ialah rawatan fototerapi jika tahap bilirubin melebihi 359 umol/l (21 mg/dL). Rawatan ini membantu bilirubin ditukar kepada biliverdin yang lebih ‘mesra tubuh’ dan mudah dikumuhkan. Rawatan ini harus diberikan selama 48 am.
Menggalakan bayi menyusu juga akan menyebabkan bilirubin dikumuhkan ke dalam najis.
Jika rawatan fototerapi gagal, rawatan yang lebih agresif perlu dilakukan iaitu rawatan “exchange transfusions”. Ia adalah pemindahan darah bayi dan digantikan dengan darah yang lain. Ini hanya dilakukan jika tahap bilirubin melebihi 428 umol/l (25mg/dL).
Netizen turut mengecam perbuatan peniaga online dan ibu tersebut yang dianggap melampau dan menyiksa bayi tersebut.
Kesian baby
Dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan untuk rawatan anak anda.
Ingin tahu cara untuk tingkatkan daya imuniti bayi bagi mengelak sebarang jangkitan penyakit? Semua ibu bapa mahukan kesihatan optimum untuk anak-anak mereka, namun pada masa yang sama, ramai yang tidak mengetahui system pertahanan badan (imuniti) yang kuat mampu melawan sebarang jangkitan penyakit. Bayi mempunyai pertahanan imunologi sejak lahir, namun ia belum cukup matang dan akan terus diperkuat sehingga usia empat atau lima tahun.
Jom kita ketahui 5 info untuk meningkatkan daya imuniti anak anda.
1.Imunisasi
Imunisasi berkesan untuk melindungi badan si manja sebelum diserang penyakit yang boleh membawa maut. Pemvaksinan boleh dilakukan ketika si manja sihat mengikut ‘Jadual Imunisasi Disyorkan untuk Kanak-kanak’ oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Melalui vaksin, ia bertindak dengan merangsang tindak balas imun secara tiruan terhadap antigen tertentu dalam badan anak anda. Seterusnya mengeluarkan antibodi untuk menentang virus untuk melawan jangkitan penyakit.
2.Susu ibu
Ia adalah ‘cecair emas’. Ini boleh menguatkan system imun si manja. Susu pertama bayi iaitu kolostrum, kaya dengan antioksida dalam bentuk vitamin E dan beta karotena yang melindungi bayi daripada serangan kuman. Juga ia mengandungi pelbagai faktor perlindungan yang mengurangkan risiko antaranya cirit-birit, jangkitan telinga, dan jangkitan salur pernafasan akut yang lain. Pemberian susu ibu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama adalah yang terbaik dan hendaklah diteruskan sehingga dua tahun.
3.Persekitaran sihat dan ceria
Elakkan membawa bayi dibawah usia enam bulan di kawasan yang sesak dengan orang ramai dan mereka yang tidak sihat. Namun pastikan persekitaran selamat sebelum membawa bayi ke taman permainan untuk melakukan aktiviti fizikal seperti senaman, berjoging atau berenang yang boleh membantu meningkatkan kecekapan fungsi imun. Paling penting, jangan dedahkan anak-anak kepada asap rokok kerana ia mengandungi toksin yang boleh melemahkan sistem imun dan merosakkan sel-sel imun anak anda yang masih belum matang.
4.Emosi positif
Bayi yang menghadapi tekanan mampu mengurangkan keupayaan sistem imun untuk menentang jangkitan yang menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. Oleh itu, wujudkan emosi yang positif supaya anak gembira. Lakukan aktiviti bersama seperti membaca, mewarna, melukis dan bermain bersama anak-anak anda. Suasana seperti ini boleh membantu menguatkan sistem imun kerana ia membantu mengurangkan hormon tekanan dan menambah sel imun.
5.Pemakanan yang seimbang.
Apa yang anak anda makan boleh mempengaruhi sistem imunnya. Jadi hidanglah makanan yang berzat untuknya membesar dengan system pertahanan badan yang kuat. Hasil kajian menunjukkan risiko penyakit berjangkit adalah lebih tinggi di kalangan kanak-kanak terutamanya bayi yang kekurangan zat makanan. Jadi sediakan diet yang lengkap dan seimbang untuk anak anda. Rujuk kepada Piramid Panduan Makanan yang dapat membantu menjamin sistem imun si manja berfungsi dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.