Hancur hati seorang ibu apabila melihat anak yang menjadi penemannya ketika di rumah pergi dalam keadaan menyayat hati setelah lemas dalam bilik air. Pemergian anak kecil ini langsung tak disangka kerana pada awalnya arwah sedang seronok bermain.

Namun tiba-tiba, ketika si ibu sedang memasak di dapur, terdetik rasa tidak sedap hati setelah tidak nampak kelibat anak dan suara si kecil juga tidak kedengaran. Atas sebab itulah, ibu mendapati anaknya sudah lemas dalam bilik air.

Menerusi laporan Metro, bayi setahun sembilan bulan itu yang juga anak kepada seorang Lans Koperal polis ditemukan lemas dalam bilik air di kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Seri Kembangan di sini pada Khamis (19 November).

Rasa Tak Sedap Hati Ketika Memasak, Ibu Temui Bayinya Lemas Dalam Bilik Air 

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, bayi itu dikatakan berada di rumah bersama ibunya ketika kejadian pada 2 petang itu.

“Bayi berkenaan dikatakan sedang bermain, manakala ibunya sedang memasak di dapur.

“Selepas melihat tiada kelibat dan bunyi mangsa, ibunya mencari bayi berkenaan.

“Wanita itu kemudian menemui anak tunggalnnya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik air rumah terbabit,” katanya.

Razali berkata, wanita berkenaan yang panik meminta bantuan jiran sebelum membawa mangsa ke balai polis.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Serdang, namun pihak hospital mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.

“Mayatnya sudah dibedah siasat dan dikebumikan di kampung halaman ibu bapanya di Tumpat, Kelantan.

IKLAN

“Kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

—————————————————————————————————

15 Tip Keselamatan  Di Rumah 

Berikut 15 tip keselamatan di rumah yang perlu ibu bapa titikberatkan untuk keselamatan anak dan seisi keluarga yang dikongsikan oleh Dr Che Puteh Osman.

1. Elakkan tingkap di rumah di grill mati. Pasang grill yang boleh dibuka untuk memudahkan jalan keluar jika berlaku kebakaran.

2. Jika menggunakan dapur gas, pastikan pengudaraan dapur dalam keadaan baik. Periksa paip gas anda setiap bulan dan kepala gas bagi mengelakkan kebocoran gas memasak. Jika terbau gas, buka tingkap dan pintu dan jangan menghidupkan dapur gas sehingga punca bau gas dikenalpasti.

IKLAN

3. Jika ada anak-anak kecil, pastikan bucu-bucu tajam perabot ditutup dengan guard bagi mengelakkan kecederaan ketika kanak-kanak berlari.

4. Pastikan perabot di’anchor’ ke dinding bagi mengelakkan ia jatuh terkena anak kecil yang suka memanjat. Kaedah anchor adalah memasang sendi yang di drill ke dinding. Perabot berat yang menghempap anak kecil boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian.

5. Pastikan televisyen anda di pasang ke dinding jika ada anak kecil. Ini bagi mengelakkan TV LED anda menimpa anak kecil yang suka menyentuh dan memanjat televisyen.

6. Pastikan skirting tile di lantai rumah anda tidak tajam. Jika anak-anak berlari dan terjatuh pada tile boleh sebabkan kecederaan. Anak saya kena 3 jahitan akibat terjatuh kena tile skirting masa berumur setahun.

7. Pastikan frame pintu di bilik tidak tajam. Anak-anak berlari berisiko tercedera terkena frame pintu yang tajam. Ya anak saya kena jahit lagi akibat terlanggar frame pintu dibuat dari jenis kayu ketika berumur 3 tahun.

8. Pastikan pisau dan gunting memasak dan alatan menjahit di letak di tempat yang selamat dan tidak dicapai oleh kanak-kanak. Namun jangan letak di kabinet dapur atas kepala anda. Bimbang jatuh atas kepala anda pula.

IKLAN

Rasa Tak Sedap Hati Ketika Memasak, Ibu Temui Bayinya Lemas Dalam Bilik Air 

9. Pastikan pintu bilik air sentiasa ditutup. Pastika tiada air bertakung dalam baldi bagi mengelakkan kanak-kanak bermain. Jika ada pastikan pintu dikunci dari luar bagi mengelakkan kanak-kanak masuk dari bermain.

10. Sembunyikan racun perosak, sabun pencuci dan bahan kimia di tempat yang tidak dicapai oleh kanak-kanak

11. Selain itu, sila periksa mesin basuh anda sebelum mula mencuci. Kedengaran luar biasa tetapi terdapat kes kanak-kanak ada di dalam mesin basuh ketika ibunya menghidupkan mesin basuh.

12. Pastikan anda tidak menggunakan alas meja jika anda ada anak kecil. Mereka cenderung menarik alas meja dan bimbang makanan dan minuman atas mena jatuh dan menimpa mereka.

13. Pastikan bilik air sentiasa bersih dan tidak licin. Ia berbahaya dan boleh menyebabkan anda atau ibu bapa atau anak-anak kecil terjatuh. Selain itu, pertumbuhan mould atau kulat merembeskan toksin tertentu yang mungkin berbahaya.

14. Pastikan pengudaraan rumah anda dalam keadaan yang baik. Habuk bukan sahaja bahaya pada yang mempunyai resdung atau asma, ia tidak baik untuk kesihatan jangka masa panjang.

15. Ketika memasak pastikan jarak anak-anak anda terutama apabila menggunakn minyak yang banyak atau air panas.

Sumber: Metro & Dr Che Puteh

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI