Setiap kehamilan adalah satu anugerah tidak ternilai buat pasangan suami isteri. Namun, di sebalik senyuman dan keterujaan menanti cahaya mata, ada risiko besar yang perlu diberi perhatian. Ramai tidak menyangka, preeclampsia, pendarahan dan sepsis adalah antara musuh senyap yang boleh meragut nyawa ibu hamil jika tidak dikesan awal.
Menurut Pakar Kesihatan Dalaman Wanita, Dr. Raihana Ismail, kematian ibu ketika hamil atau selepas bersalin bukan hanya berkaitan soal ajal semata-mata, sebaliknya banyak kes berpunca daripada komplikasi perubatan yang boleh dicegah.
Preeclampsia ialah keadaan tekanan darah tinggi yang berlaku semasa kehamilan. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting seperti buah pinggang, hati dan otak. Lebih berbahaya, ia boleh mencetuskan sawan (eclampsia) yang mendatangkan risiko maut kepada ibu dan bayi.
Antara tanda amaran awal termasuk:
Sakit kepala yang teruk dan berpanjangan
Bengkak melampau pada muka, tangan atau kaki
Penglihatan kabur atau berkelip-kelip
Tekanan darah tinggi semasa pemeriksaan
Pendarahan berlebihan selepas bersalin (postpartum hemorrhage) juga menjadi punca utama kematian ibu. Kehilangan darah dalam jumlah yang banyak dalam tempoh singkat boleh menyebabkan renjatan dan kematian sekiranya rawatan segera tidak diberikan.
Antara faktor penyebab termasuk rahim yang gagal mengecut, koyakan teruk pada saluran peranakan, atau masalah pembekuan darah.
Satu lagi komplikasi berbahaya ialah sepsis, iaitu jangkitan kuman yang merebak ke seluruh tubuh selepas bersalin. Ia boleh berlaku melalui luka pada rahim atau faraj, lalu menyebabkan kegagalan organ.
Tanda-tanda sepsis termasuk demam tinggi, menggigil, denyutan jantung laju, sesak nafas, serta rasa sangat lemah. Jika dikesan, ibu perlu dirawat segera di hospital untuk mengelakkan keadaan menjadi kritikal.
Selain tiga komplikasi utama ini, pakar turut mendedahkan beberapa faktor lain yang meningkatkan risiko kematian ibu, antaranya:
Anemia teruk – tahap hemoglobin rendah tidak mampu menampung kehilangan darah.
Darah beku di paru-paru (pulmonary embolism).
Komplikasi semasa pembedahan caesarean.
Masalah jantung sedia ada.
Dr. Raihana menasihatkan supaya semua ibu hamil memberi perhatian penuh terhadap pemeriksaan berkala dan tidak sesekali mengambil mudah gejala luar biasa.
“Pantau tekanan darah, lakukan ujian darah, ambil suplemen zat besi jika perlu, dan segera berjumpa doktor sekiranya mengalami sakit kepala teruk, bengkak luar biasa, penglihatan kabur atau pendarahan,” katanya.
Kematian ibu hamil atau selepas bersalin boleh dicegah dengan kesedaran awal, pemantauan rapi dan tindakan pantas. Preeclampsia, pendarahan dan sepsis bukan sekadar komplikasi biasa, tetapi musuh senyap yang boleh meragut nyawa dalam sekelip mata.
Sebagai suami, keluarga dan masyarakat, marilah kita lebih peka terhadap kesihatan ibu hamil. Nyawa ibu sama berharganya dengan nyawa si kecil yang bakal dilahirkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berjaga malam adalah antara rutin tatkala mempunyai bayi kecil. Pelawak & pengacara, Nabil Ahmad semakin teruja untuk menyambut kelahiran anak ketiganya.
Nabil dalam posting di Instagram mengharapkan proses kelahiran dan selepas bersalin dipermudahkan. Isterinya, Zira Ayub dijangka bersalin pada bulan April.
nabilzira One more month to go yea. Alhamdulillah these 8 months going smooth sgt. Hopefully after baby is out pun smooth mcm ni.
Rutin berjaga malam juga dijangkakan Nabil selepas bayi ketiganya dilahirkan dan akan mengikut giliran.
Lepasni, berjaga malam balik la kita yea. Macam biasa, kita take turn. Benda2 macam ni x boleh buat main, boleh jadi Hal woooooo ? Sape lagi bulan 4, ? sikit!!
Jalan & tidur semakin mencabar tatkala hampir dengan tarikh jangkaan bersalin, Tya Ariffin akui perlu kawal makan supaya bayi dalam kandungan tak terlalu besar.
Melewati minggu-minggu terakhir sebelum bersalin, isteri kepada Asyraf Dato’ Seri Khalid ini mengakui godaan terhadap makanan semakin besar.
Cabaran buat ibu yang bakal melahirkan ini ialah perlu mengawal makan supaya berat tidak naik keterlaluan dan bayi besar. Tya juga mengakui pergerakannya untuk berjalan serta untuk tidur juga semakin sukar.
tyaarifinnw Semakin kesini godaan lebih besar,
Kena jaga berat badan biar baby tak besar sgt, tapi nafsu makan semakin besar, jalan dan tidur semakin tak sedap?
Hahaha
Adik baby boleh tak ibu nak makan banyak tapi tak nak naik berat badan? ??
#memangtakla?