Kami ingin bertanya kepada anda, adakah anda mempunyai perancangan atau impian untuk membentuk pasukan bola sepak daripada anak-anak anda sahaja? Berapakah jumlah ‘pemain’ yang ingin anda hasilkan? Perancangan memiliki ramai anak sememangnya kelihatan mudah, tetapi anda belum tentu bersedia dengan sebarang kemungkinan sehinggalah anda memiliki anak yang kedua dalam keluaraga. Apakah cabaran yang sering dialami oleh ibu bapa apabila anak kedua telah dilahirkan?
Anak pertama anda mungkin akan menunjukkan beberapa perubahan kelakuan disebabkan oleh kelahiran adiknya yang baharu. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu memberikan terlalu banyak perhatian terhadap kelakuannya, tetapi ambil sedikit masa untuk bercakap dengannya. Anak pertama anda mungkin akan memberikan reaksi dengan cara memicit-micit lengan anak kedua atau mungkin juga mencucuk matanya. Katakan kepada anak pertama anda secara lembut bahawa perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan. Galakkan anak pertama anda berinteraksi dengan anak kedua dengan cara yang lebih baik yang ditunjukkan oleh anda.
Jika dahulu, anda hanya menghabiskan masa melayan kehendak anak pertama anda, tetapi kini tidak lagi. Anda mempunyai tanggungjawab untuk membahagikan masa dengan baik untuk kedua-dua anak anda. Ketika mana anda sedang menyuapkan makanan kepada anak pertama anda, anak kedua anda pula merengek meminta untuk disusukan. Anda perlu bijak untuk menangani situasi yang berlaku. Mungkin anda boleh meminta saudara terekat untuk menjaga anak pertama anda sementara anda menyusukan anak kedua.
Kedua-dua anak anda pasti akan mempunyai waktu nap mereka pada waktu tengah hari. Pada ketika ini, anda boleh menenangkan diri anda sebentar ketika mereka sedang tidur. Walau bagaimanapun, waktu nap juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Anda akan mempunyai kesukaran untuk merancang sebarang aktiviti dan keluar dari rumah. Begitu juga sekiranya salah seorang daripada mereka terjaga daripada tidur dan merengek. Rengekan yang kuat pasti akan mengejutkan anak anda yang lain daripada tidurnya.
Sekiranya anda rasa bahawa keluar dengan seorang bayi sudah cukup sukar, anda belum tentu dapat membayangkan bagaimana untuk keluar dari rumah bersama dua orang anak. Anda memerlukan lebih banyak masa untuk bersiap dan mempersiapkan kedua-dua anak anda. Selain itu, trip yang jauh amatlah tidak sesuai sekiranya kedua-dua anak anda masih kecil. Apatah lagi sekiranya anda perlu bersedia untuk menukar lampin dan memberi makan keduanya semasa anda dalam perjalanan.
Anda menidurkan kedua-dua anak anda pada waktu malam, tetapi belum pasti anda akan turut tidur dengan nyenyak pada malam tersebut. Bayi kedua anda mungkin akan mudah terjaga pada waktu tengah malam disebabkan oleh kelaparan atau ketidakselesaan yang berpunca daripada lampin. Anda tidak mempunyai sebarang pilihan selain daripada bangun tidur dan menyusukan bayi anda.
Jangan pernah menganggap setiap kelahiran baharu itu sebagai beban kepada anda. Sekiranya tidak diuji dengan kelahiran baharu, bagaimana anda boleh mengetahui tahap kemahiran anda dalam pengurusan anak dan rumah tangga? Oleh itu, anggaplah kelahiran baharu ini sebagai satu landasan untuk anda mengasah kemahiran anda untuk menjadi lebih cekap, fokus dan efektif dalam melakukan sesuatu perkara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami jangan pandang mudah perihal emosi, dalam diam mempengaruhi janin dalam kandungan isteri.
Semua wanita mengimpikan momen kehamilan yang lancar dan cuba melakukan yang terbaik sepanjang berbadan dua agar bayi yang lahir juga mendapat yang terbaik. Namun sebenarnya perbuatan-perbuatan suami juga boleh mempengaruhi si kecil.
Perkongsian daripada Dr Suriyakhatun ini boleh dijadikan iktibar para suami. Betapa pentingnya untuk menjaga tingkah laku terhadap isteri kerana emosi ibu amat mempengaruhi perkembangan janin. Tidak sekadar fizikal tetapi mental dan emosi. Perangai & tindak tanduk si ayah semasa ibu mengandung akan memberikan impak ekapda anak secara terus!
Emosi ayah semasa ibu mengandung mempengaruhi perkembangan anak yang dikandung
Perangai dan tindak-tanduk ayah & emosi ayah semasa ibu sedang mengandung akan mempengaruhi bayi yang dikandung !
Beri perhatian yang lebih kepada isteri serta sabar melayan kerenahnya yang sedang mengandung
Kisah benar suami kaki pukul & pemabuk memukul isteri sedang hamil. Isteri lari dari rumah & anak lahir tak pernah bertemu ayahnya.
Semasa anak berumur 5 tahun, tanpa sedar memukul ibunya pada waktu malam. Emosi ini mungkin diturunkan kepadanya semasa ibu mengandungkannya dulu.
Apa yang berlaku semasa ibu mengandung mempengaruhi kandungan. Jangan hanya emosi, tetapi fizikal juga boleh terjejas!
Pelakon, Anzalna Nasir berkongsi pengalamanya selama tiga tahun untuk mendapatkan cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga bersama suami, Hanif Zaki.
Perkongsian tersebut dibuat melalui laman instagram anaknya, Eidrees yang kini berusia 1 bulan. Dia turut berkongsi pengalaman hampir membuat IVF dan juga amalan pemakanan yang diamalkan sebelum disahkan hamil.
Anzalna dan Hanif berkahwin pada tahun 2016. Kehadiran Mohamad Eidrees pada tahun 2019 melengkapkan ikatan perkahwinan kami. Mengambil masa selama 3 tahun untuk dapatkan Eidrees, tidak pernah sekali pun berputus asa kerana percaya Allah adalah sebaik-baik perancang dan bukan manusia!
Jangan Berlagak Dengan Yang Belum Ada Zuriat
Jangan hiraukan apa orang nak kata, yang penting kita suami isteri bahagia. Jangan pernah putus berdoa dan jangan jadikan isu tiada zuriat untuk bergaduh. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan berlagak dengan yang belum ada zuriat kita tak tau masa depan anak kita macam mana.
Tahun Pertama Kahwin Teringin Nak Ada Anak Tapi Jadual Padat
Tahun pertama perkahwinan, Anzalna dan Hanif teringin menimang cahaya mata tetapi disebabkan jadual shooting yang padat terpaksa kami plan.
Tahun Kedua Belum Ada Rezeki
Tahun kedua, Anzalna berehat dari shooting sebab sudah bersedia untuk buat anak! hahhahahaah Kami mencuba dari awal sampai tengah tahun 2018 tapi masih tiada “good news” terpaksa jumpa doctor gynae untuk buat check up.
Tiada Masalah Untuk Hamil
Hanif pun kena check juga. Alhamdulillah kami berdua tiada masalah. Anzalna hampir buat (HSG) test for blocked fallopian tubes tetapi disebabkan kami ada melanggar peraturan sebelum buat HSG terpaksa ditangguhkan doctor tak bagi buat! kena buat appointment lagi sekali. Anzalna banyak ke luar negara tahun lepas jadi terpaksa tangguhkan untuk buat HSG.
Hampir Buat IVF, Tapi Allah Dengar Rintihan Kami
Kami juga hampir buat IVF tetapi Alhamdulillah Allah dengar rintihan hati kami berdua yang betul teringinkan anak. Pulang dari Italy bulan 10 tahun lepas, Anzalna disahkan hamil. Selain dari check up, pemakanan pun kena jaga sebenarnya.
Ambil Berat Tarikh Period!
Anzalna amalkan makan asid folik, buah delima, susu kambing, Phytonatal dan Akar herbanika dari @nr.mustajab. Nak pesan, Kalau plan nak jumpa doctor, tolong ambil berat tarikh period! berapa lama period dan berapa cycle sebab bila pergi check up doctor akan tanya. Semoga dengan perkongsian Anzalna sedikit sebanyak dapat membantu.
Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka yang mencuba untuk mendapatkan zuriat setelah menanti bertahun-tahun lamanya.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.