Selalunya orang kata bila hidup berdua, kita tak kisah untuk buat apa sahaja. Namun bila hadirnya anak dalam keluarga, automatik rutin harian juga turut berubah. Dah tak boleh nak fikirkan diri sendiri.
Nak bangun lambat, nak buat apa saja tak kisah tapi disebabkan ada anak kena fikirkan mereka dulu. Segalanya mesti dikorbankan tambah lagi bila ada anak kecil.
Situasi ini juga turut dilalui oleh pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad yang kini melalui pengalaman berpantang dan menjaga anak sulungnya Raja Urhan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Uyaina di laman Instagramnya, dia berkongsi sekeping gambar wajah terkini yang tidak cukup tidur setelah seminggu melahirkan putera kesayangannya itu.
“Walaupun nampak sebegitu, genap satu minggu bergelar ibu kepada Raja Urhan, malam tanpa tidur..malam tanpa tidur,” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.
“Real life bila dah jadi mak-mak..”
Ads
Dalam pada itu, rakan-rakan artis dan peminatnya memberikan kata-kata semangat buat pengacara yang berusia 30 tahun itu yang baru sahaja menjadi seorang ibu untuk terus kuat dalam membesarkan anak.
“Time baby tido, u tido ok.. Kalau tak nanti boleh ganggu emosi bila x cukup rehat.. Itu rules pertama utk dpt rehat hehe.”
“This is real life bila dah jadi mak mak.. Kena strong.. Kak uyaina.”
“Enjoy the moment beautiful mama 🥰”
Tetap lawa tanpa make up
Ads
Malah, ada juga yang memuji kecantikan Uyaina meskipun tidak cukup tidur dan tidak memakai sebarang alat solek pada wajahnya itu.
“Lawa sangat tanpa make up😍 strong mama 👏”
“Still so beautiful with the naked face. Natural beauty. Stay strong mama!😍😍”
Ads
Untuk info, Uyaina telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Raja Syahiran pada 21 Disember lalu di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Raja Urhan.
Kredit: Instagram @uyainaarshad
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Nak siapkan menu berpantang menggunakan bahan utama iaitu mana-mana jenis ikan yang dibenarkan dimakan oleh ibu berpantang seperti yang ditampilkan dalam koleksi resipi ini, mudah sahaja.
Ikan memang bagus diamalkan oleh ibu berpantang kerana ia adalah sumber protein yang membantu proses pemulihan luka bersalin sama ada anda bersalin normal atau melalui pembedahan caesarean.
Apa yang pasti, orang yang menganggap dirinya tidak pandai masak pun, boleh lakukannya.
Para suami yang menjaga isteri dalam pantang, perlu simpan koleksi resipi ini ya.
Menu 2 bahan: Ikan bakar lada hitam
Bahan-bahan:
Ikan pilihan l dibakar
Lada hitam
Cara-cara:
1. Tumbuk kesemua bahan tadi. Jika mahu boleh ditambah dengan perahan limau
2. Gaul sehingga mesra dan boleh dihidangkan.
Menu 3 bahan: Ikan stim
Bahan-bahan:
Ikan pilihan
Halia secukupnya l dihiris
1 biji tomato l dibelah 4
Cara-cara:
1. Satukan halia, tomato dan ikan bersama garam secukupnya.
2. Stim ikan sehingga masak.
Menu 4 bahan: Sambal tok-tok lada hitam
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Lada hitam
Cara-cara:
1. Goreng ikan bilis hingga garing.
2. Goreng bawang merah, bawang putih hingga layu bersama lada hitam.
3. Tumbuk kesemua bahan dan hidangkan.
Menu 5 bahan: Ikan singgang
Bahan-bahan:
Ikan pilihan
Kunyit hidup l ditumbuk
Lengkuas l dihiris
Bawang putih l dihiris
Asam keping
Cara-cara:
1. Satukan kunyit hidup, lengkuas, bawang putih dan asam keping ke dalam periuk yang berisi air.
2. Didihkan.
3. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan dan perasakan dengan garam.
4. Apabila ikan sudah masak, sedia untuk dihidangkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi dan kanak-kanak paling mudah dijangkiti batuk dan selsema. Ia adalah normal jika anak masih aktif dan menyusu dan seleranya makannya seperti biasa.
Bagaimanapun jika anak tak bermaya, tidak mahu menyusu dan berat badannya menurun, segera bawa ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Berikut ada beberapa cara yang dikongsikan oleh Klinik Dr Asmah untuk melegakan batuk dan selsema bayi serta kanak-kanak.
REHATKAN ANAK DENGAN SECUKUPNYA
Jika anak tidak sihat, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk tidak membawanya keluar ke tempat awam seperti pusat membeli belah, pasar malam atau pun kenduri kerana anak akan rasa terlalu letih dan proses penyembuhan anak akan memakan masa yang lebih lama.
Bukan sahaja mudarat untuk anak kita, ianya juga akan menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain. Jika tidak ada sebab yang memaksa kita membawa anak keluar, rehatkanlah mereka di rumah.
SENTIASA BERSAMA ANAK
Isilah masa bersama mereka dengan memperbanyakan sentuhan dan pelukan. Berceritalah atau cukuplah sekadar berjalan-jalan di sekeliling rumah untuk mengambil udara segar. Pantau perkembangannya dan bawa berjumpa doktor jika keadaannya bertambah teruk.
BERSIHKAN RUMAH, PERKAKAS JUGA PAKAIAN
Anak yang tidak sihat memerlukan perhatian yang lebih dan pemantauan berterusan. Walaupun rumah zahirnya nampak bersih, tidak salah jika kita membuat pemeriksaan dan membersihkan segala habuk serta kekotoran. Habuk-habuk seperti di kipas, perkakas kecil atau di celah-celah peralatan rumah mungkin menjadi penyebab virus yang menyerang anak. Mop lantai dengan air panas bercampur Dettol serta basuh cadar, sarung bantal dan sebagainya.
ALIRAN DAN PEREDARAN UDARA YANG BAIK
Petua menghilangkan batuk ini sangat penting, namun ramai yang abaikannya. Usah terperap dala bilik dan rumah sahaja. Jika anak menangis mahu aircond, abaikan buat sementara. Setiap pagi, biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik. Dapatkan udara segar.
TEPUK PERCUSSION
Tepuk ini saya belajar dari salah seorang fisioterapi ketika anak saya dimasukkan ke wad akibat bronchitis. Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan yang melengkung.
Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.
WAP BERSAMA BAWANG PUTIH DAN MINYAK ZAITUN
Samada menggunakan wap daripada semburan mandian panas di bilik air atau anda boleh masak air panas kemudian memasukkan air panas tersebut ke dalam mangkuk besar. Riba anak dengan menghadapkan mukanya kea rah mangkuk tadi. tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik. Wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.
Ia akan melancarkan pernafasan. Boleh juga masukkan bawang putih yang telah dibakar yang kemudiannya ditumbuk. Masukkan di dalam air panas tadi dan sedikit minyak zaitun. Wapkan anak seperti tadi. Inshaa Allah, selsema anak akan cepat kering dan batuknya akan lega. Ketika proses wap, lakukan tepuk percussion seperti yang disebut di atas.
IBU MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT
Petua menghilangkan batuk bukan untuk anak semata-mata. Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya, ibu amalkanlah pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Contohnya seperti sup ayam atau daging. Masukkan lebih banyak bawang putih di dalam masakan tersebut.
Khasiatnya akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selsema. Jangan sekali-kali menghentikan penyusuan.
KUNYIT
Ini petua menghilangkan batuk secara tradisional. Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. InshaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.
BUNGA BELIMBING DAN AIR BERAS
Ini juga petua menghilangkan batuk secara tradisional yang lain. Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, petua ini boleh dicuba. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras. Tapiskan dan kemudian beri anak minum.
DAUN BASIL, DAUN OREGANO DAN DAUN SIRIH
Daun basil juga dikenali dengan nama daun selasih dan daun oregano dikenali dengan nama daun bangun-bangun. Perah ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Minum sesudu untuk bayi yang sudah makan makanan pejal.
LEMON, HALIA DAN MADU
Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.
GARLIC SOCKS
Bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak.
MANDIAN LEMON
Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.
SPRAY HIDUNG
Spray hidung ini boleh didapati di farmasi dan juga klinik. Spray ini membantu anak mengeluarkan hingus kerana mereka tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri. Untuk lebih daring, sedutlah hingus anak sendiri dengan mulut!
MINYAK BAWANG PUTIH
Petua menghilangkan batuk ini menggunakan bawang putih lagi, tetapi kali ini dibakar. Caranya, cuma bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.
URUTAN BAYI
Petua menghilangkan batuk yang terakhir ialah cuba jadikan urutan bayi sebagai rutin setiap kali selepas mandi. Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Tapi harus diingat, jangan mengurut bayi ketika dia menangis.
Mengambil berkat tujuh hari kelahiran, pelakon Mira Filzah dan suami Wan Emir Astar mengumumkan nama anak lelaki mereka itu kepada orang ramai. Menerusi Instagram, pasangan ini berkongsi nama penuh anak mereka iaitu Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“Hari ini hari ketujuh bersama putera tersayang kami, dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran kami menamakan putera kami Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“Khair membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).
“Amir pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” kongsi pasangan ini.
Dalam perkongsian tersebut, Mira dan suami turut berkongsi foto Wan Khair Amir daripada pandangan sisi dan menyertakan akaun Instagram bayi berkenaan.
Pelakon dan pengacara popular itu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi pada 10 Mei lalu bersamaan 9 Syawal.
Dalam pada itu, pasangan suami isteri ini juga turut melakukan ibadah tahnik dan bercukur untuk anak sulung mereka itu.
“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz Don Daniyal kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.
“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.
“Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air,” ujarnya.
Mira dan anaknya berkongsi tarikh lahir sama mengikut kalender Islam. Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada 3 September 2020.