Seorang remaja perempuan menarik perhatian netizen apabila dikatakan memiliki rupa paras sama seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Fiffy itu dilihat sempat bergambar bersama Dato’ Siti Nurhaliza dalam sebuah majlis berbuka puasa.
Apa yang menarik perhatian ramai pastinya rupa paras remaja berkenaan yang dikatakan seperti wajah Siti. Manis dan cukup mempersona seperti Dato’ Siti.
Ads
“Alhamdulillah rezeki dapat berbuka puasa bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza,” tulis pemilik akaun di kapsyennya.
Ads
Perkongsian itu meraih lebih 300 ribu tontonan di TikTok malah rata-rata wargamaya memuji kecantikannya sama seperti Dato’ Siti terutama pada bahagian mata dan kening.
Detik paling membahagiakan dalam hidup pasangan ini bertukar menjadi episod duka apabila ibu meninggal dunia selepas bersalin, hanya 11 jam selepas bayi perempuan mereka disahkan meninggal dunia. Kisah ini benar-benar meruntun jiwa, menjadi peringatan bahawa setiap kelahiran adalah penuh dengan risiko, dan setiap nyawa adalah pinjaman Allah yang amat berharga.
Nuraderrah Hasnul Hafidzan, 31, menghembuskan nafas terakhir hanya beberapa jam selepas bayi perempuannya yang lahir pramatang tidak dapat diselamatkan. Bayi yang dinanti penuh kasih sayang itu diberi nama Nyra, namun takdir Allah menentukan segalanya.
Menurut suaminya, Akmal Mohtar, 31, kehilangan isteri dan anak dalam tempoh kurang sehari merupakan ujian paling berat sepanjang hidupnya.
“Saya luluh hati apabila diberitahu anak kami sudah tiada. Namun saya cuba tenangkan diri dan beri kekuatan kepada isteri. Tak sangka, tidak lama selepas itu, saya turut kehilangan dia,” katanya sebak.
Akmal yang kini menetap di Semenyih bersama anak sulung mereka, Noah berusia empat tahun, masih terbayang wajah isterinya di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum kesihatan arwah merosot dengan cepat.
“Sebahagian jiwa saya turut pergi bersamanya. Terlalu sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika itu,” luahnya.
Menurutnya lagi, arwah isterinya sangat teruja menanti kelahiran anak perempuan pertama mereka. Malah, hampir setiap hari mereka berbual mengenai nama Nyra dan kelengkapan bayi yang telah disediakan dengan penuh teliti.
“Dia sangat gembira sepanjang mengandung. Setiap kali bercakap tentang bayi, matanya bercahaya,” kenang Akmal penuh pilu.
Walaupun tiada pesanan terakhir, Akmal berkata kelembutan dan kasih sayang arwah akan terus hidup dalam dirinya dan anak mereka.
“Setiap kali Noah mencari ibunya, hati saya hancur. Tapi saya yakin, Allah menjanjikan syurga untuk wanita yang pergi ketika melahirkan anak. Saya akan terus kuat demi Noah. Dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya cuba jadi ayah dan ibu buatnya,” katanya.
Kisah ibu meninggal selepas bersalin ini mengingatkan kita bahawa setiap kehamilan memerlukan penjagaan rapi, dan setiap detik bersama orang tersayang wajar dihargai sepenuhnya. Ujian kehilangan bukanlah mudah, namun doa dan sokongan daripada orang sekeliling dapat memberi kekuatan.
Semoga roh Nuraderrah dan bayinya ditempatkan di kalangan orang beriman, dan semoga suami serta anak kecil yang ditinggalkan terus tabah menempuh kehidupan ini.
Mempunyai haiwan peliharaan sesuatu yang menyeronokkan bagi seorang kanak-kanak. Walaupun hanya seekor ikan laga namun ia cukup bermakna buat mereka.
Sedih tengok video Lara Alana yang baru sahaja kehilangan ikan laga yang dibelanya sejak lapan bulan yang lalu. Dalam posting terbaru di Instagram milik anak kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini, perkongsian video yang penuh syahdu itu memaparkan Lara yang menangis kerana ikan laga yang dibela lara telah mati.
“Daddy, I’m not ready for this”
“Berkali kali Lara ulang perkataan ni.. tapi Allah lebih sayang kan Sushi.
“Sekarang baru Lara tau, yang we can never be ready for a situation like this.
“Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang,” tulisnya.
Ikan yang dibela sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terdahulu cukup bermakna buat Lara kerana memberikan keceriaan dalam hidup si kecil ini sepanjang berada di rumah ketika itu.
“Masa Auntie Joy bagitau yang Sushi dah takde, Lara tak faham lagi. Lara ingat bila kita feed dia, dia akan hidup balik.. Tapi rupanya Sushi dah pergi buat selamanya..
“Thank you Sushi kerana menggembirakan hidup kami selama 8 bulan especially time PKP haritu.. sekejap je kita dapat bersama.
“Rest well my sushi, you will be missed,” tulisnya lagi.
Begitupun, apa yang lebih mencuri tumpuan netizen apabila Lara dilihat tidak dapat mengawal emosinya selepas terpaksa menerima hakikat bahawa ikan yang diberi nama Sushi itu sudah pergi meninggalkan dirinya.
Dalam video tersebut Lara dilihat ditemani ibu bapanya menguruskan bangkai ikan yang ditanam di kawasan kediamannya.
Rata-rata pengikut Lara turut sebak menonton perkongsian video tersebut.
Semoga kesedihan Lara tidak berpanjangan, semoga terus kuat ya Lara!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi menghargai kesabaran mak ayah mendidik anak-anak istimewa atau kurang upaya (OKU) atau pemilik kad OKU itu sendiri boleh memohon untuk mendapatkan road tax percuma dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan ini merupakan salah satu kelebihan kad OKU yang masih ramai tidak tahu.
Perkongsian seorang ibu yang berkongsi mengenai hal ini dan cara-cara untuk memohonnya boleh dijadikan panduan buat semua. Jangan ketinggalan!
Untuk ibu bapa semua, ini merupakan salah satu kelebihan jika anda daftar untuk kad OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu boleh dapat road tax JPJ secara percuma! Pengalaman saya melalui proses buat kad OKU ini dengan JPJ Bangi hanya 15 minit sahaja, pantas!
Apa yang saya boleh kongsikan berdasarkan pengalaman adalah:
1. Terus saja pergi JPJ negeri/cawangan.
2. Pastikan anda tahu siapa pewaris sebenar untuk anak-anak OKU sama ada ibu atau ayah. Macam dalam situasi saya, saya adalah pewaris Dilan, ibu.
3. Muat turun aplikasi JPJeQ sebelum pergi ke cawangan JPJ. Anda memerlukan aplikasi ini untuk imbas kod QR di kaunter JPJ bagi mendapatkan nombor giliran. Untuk OKU, ibu hamil dan warga emas, akan ada laluan khas untuk proses lebih cepat.
4. Pastikan bawa siap-siap salinan IC/MyKid anak OKU walaupun tiada dalam senarai dokumen perlu dibawa.
5. Waris perlu pastikan anak-anak dah ada kad fizikal OKU sebelum mohon dengan JPJ ini. Kalau masih dalam proses atau belum dapat kad OKU secara fizikal, pihak JPJ tidak akan terima sebarang permohonon untuk dapatkan road tax percuma ini.
6. Penting untuk anda tahu bahawa kalau kereta nama waris, kena sama nama waris OKU tau. Contoh: tak diterima kalau kereta nama ayah tapi waris rasmi dalam sistem JKM ialah ibu. Boleh semak dekat JKM nama waris ini juga.
Dokumen perlu dibawa:
1. Kad OKU
2. Kad pengenalan OKU
3. Kad pengenalan waris
4. Lesen waris
5. Geran kenderaan
6. Isi borang permohonan di kaunter JPJ
Syarat permohonan:
1. Mempunyai lesen memandu.
2. Kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja.
3. Hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.
kelebihan kad oku
Foto: Harian Metro (contoh kad OKU)
*Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Sebagai contoh, sekiranya individu OKU sendiri memohon untuk dirinya, maka waris dikira tidak berkelayakan. Untuk makluman, caj percuma hanya untuk road tax sahaja. Insuran tetap perlu dibayar ya!