Pasar Kea Farm yang terkenal dengan kunjungan pengunjung di hujung minggu kecoh apabila sebuah kereta merempuh empat pejalan kaki di Kilometer 68 Jalan Kea Farm-Brinchang, Cameron Highlands, pada 12 tengah hari semalam.
Dalam kejadian itu, tiga daripada mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berusia 2, 8 dan 10 tahun manakala seorang lagi lelaki berusia 24 tahun turut sama tercedera.
Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 22 tahun tiba-tiba terbabas ke bahu kiri jalan selepas dikatakan diserang sawan ketika memandu.
Ads
“Hasil siasatan awal mendapati pemandu berkenaan diserang penyakit sawan ketika memandu, menyebabkan dia hilang kawalan ke atas kenderaannya,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Ads
Semua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk mendapatkan rawatan, namun kesemua mereka disahkan hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Pihak polis turut mengesahkan bahawa pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan mempunyai rekod penyakit sawan yang sedia ada.
Ads
Selain itu, pemandu kereta tidak mempunyai rekod saman, bebas pengaruh dadah dan tidak mabuk.
Orang ramai turut dinasihatkan sentiasa berwaspada Ketika berada di tempat awam dan pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi perempuan 28 bulan koma, doktor-doktor muda mogok. Seorang bayi perempuan berusia 28 bulan masih koma selepas dinafikan rawatan kecemasan oleh lebih 10 hospital di kawasan metropolitan Seoul. Gangguan sistem perubatan berterusan berlaku kerana doktor-doktor muda melancarkan mogok.
Agensi berita Yonhap melaporkan tragedi itu bermula pada pukul 8.40 malam, 4 Ogos apabila bayi yang tinggal di Goyang, di barat laut Seoul menghadapi kekejangan febril dan dilaporkan kepada perkhidmatan kecemasan 119, menurut pegawai di Ibu Pejabat Bomba dan Bencana utara Gyeonggi.
Pasukan penyelamat menghubungi unit kecemasan 11 hospital di Seoul dan sekitar Wilayah Gyeonggi tetapi kesemuanya enggan menerima bayi itu dengan alasan kekurangan kakitangan perubatan.
Bayi itu akhirnya dimasukkan ke hospital ke-12 yang dihubungi oleh pasukan penyelamat, Hospital Universiti Inha di Incheon, 32km di barat Seoul, lebih sejam kemudian pada hari kejadian.
Bayi itu masih sedar semasa dimasukkan ke hospital walaupun terdapat gejala kekejangan tubuh tetapi kemudian koma dan masih belum sedarkan diri lagi, kata pegawai itu.
“Kami berjaya mendapatkan sebuah hospital di Incheon yang sanggup untuk merawatnya selepas berulang kali gagal mendapatkan unit kecemasan, ” kata seorang pegawai sambil menambah bayi itu sedang dirawat dalam keadaan tidak sedar diri di sebuah hospital di Seoul.
Kita semua sedia maklum bahawa dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan hampir RM128 bilion akan disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat dibawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Dalam laporan temubual eksklusif Buletin TV3 bersama Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia menyatakan pada mulanya BPN tersebut akan mula diagihkan kepada rakyat bermula pertengahan bulan April sehingga akhir April tapi memaklumkan bahawa penerima akan mula menerima BPN bermula Isnin ini secara berperingkat.
“Mulanya kita jangka pertengahan bulan atau akhir bulan April ini semua orang akan dapat, tapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan, InsyaAllah pembayaran BPN ini akan bermula Isnin minggu depan tapi bayaran akan dibuat secara berperingkat,” ujar beliau dalam temubual eksklusif bersama TV3 di pejabatnya di Putrajaya petang semalam.
Jelasnya semakan dan permohonan BPN telah bermula sejak 1 April 2020. Sebelum ini diumumkan pemberian tunai secara one-off itu akan disalurkan kepada penerima menerusi dua peringkat iaitu pada hujung April dan Mei 2020. Ia melibatkan golongan B40 dan ke bawah, individu bujang dan turut meliputi kumpulan M40 dengan peruntukan keseluruhan mencecah RM10 bilion Ringgit.
Diharap penerima BPN yang telah berjaya membuat semakan dan permohonan tidak berpusu-pusu ke bank pada bermula Isnin nanti ya. Jaga jarak ketika membuat pengeluaran dan sentiasa mengamalkan pencegahan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. sama-sama kita membendung penularan wabak Covid-19 ini untuk kesejahteraan bersama.
Kehadiran anak sememangnya memberi seribu kebahagiaan dalam hidup pasangan suami isteri. Apa lagi menanti sekian lama. Kegembiraan berganda inilah yang dilalui Syakirin Husnal dan suaminya kini. Bahagia kala dianugerah si comel permata hati mereka, Vea Khadeja.
Berkahwin pada tahun 2013, si comel Vea Khadeja menjadi pelengkap bahagia Syakirin Husnal bersama suaminya, Muhammad Faris Arriffin. Kata Syakirin, kehadiran Vea menjadi penyeri hidupnya dan suami.
Berkongsi kegembiraan di hari ulang tahun pertama Vea, Syakirin meluahkan rasa syukur yang tak terhingga kala diberikan rezeki untuk bergelar ibu.
Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga meraikan ulangtahun kelahiran anak sendiri. Bertahun-tahun Mommy berusaha & bersabar dengan cabaran untuk mendapatkan zuriat.
Lagi stress bila setiap kali pergi doktor, doktor kata both of us husband and wife okay je sihat je, should be no problem untuk ada baby. Ramai doktor kitorang pergi.
Tapi tulah, normal-normal pon still tak pregnant. Stress gila weyh time tu. Sampai tak tau nak buat apa dah.
Tapi Allah itu lebih mengetahui, kalau lah Mommy pregnant awal, dengan jadual kerja Mommy Daddy macam orang gila punya sibuk time tu, maybe anak Mommy kena duduk sesorang kat rumah bancuh susu sendiri ?
Bila dah dapat Vea, masyaAllah, everything falls into place nicely. Allah dah susun timing baik punya. Cantik je perjalanan. Alhamdulillah.
Kepada uncle aunty yang masih TTC (Trying To Conceive), teruskan usaha dan berdoa dan yakinlah, percaturan Allah itu lebih sempurna.
Bukan itu sahaja malah perkongsian Syakirin menerusi Majalah Pa&Ma edisi September 2019 mempamerkan terujaan dan rasa syukur bergandanya.
“Kami menanti Vea terlalu lama. Lebih empat tahun lamanya kami menunggu. Dah macam-macam cara kami lakukan termasuklah berjumpa doktor pakar sebanyak tiga kali. Saya juga dah lakukan rawatan IUI sebanyak dua kali namun masih tak berhasil.
Akhirnya selepas lama menanti, Allah kurniakan kami Vea dengan penuh kegembiraan. Tahun kelima perkahwinan, iaitu pada Ogos 2018 saya akhirnya bergelar ibu. Perasaannya tak tergambar ketika waktu itu. Tak terluah dengan kata-kata saat melihat wajahnya,” cerita Syakirin penuh ceria.
Kontraksi Ketika Live “Pengalaman paling manis pastinya mengalami kontraksi buat pertama kali. Menariknya ketika alami kontraksi buat pertama kali saya langsung tidak sedar malah ketika itu sedang live Go Shop. Saya terasa sakit tetapi tak tahu ia adalah kontraksi dan saya bertahan kerana sedang rancak bersiaran.
Tapi mujurlah selepas itu sakit kembali hilang. Beberapa hari selepas itu saya sakit lagi tetapi masih sempat keluar makan bersama suami. Balik daripada makan saya alami muntah-muntah yang agak teruk.
Saya rujuk kepada doktor dan doktor beritahu saya itulah kontraksi yang saya alami. Malamnya saya mula alami kebas-kebas pinggang hingga ke kaki. Keesokkan harinya apabila ke hospital, bukaan saya sudahpun 3cm.
Saya alami kesakitan yang agak lama ketika melahirkan Vea, sakit bermula daripada hari Khamis dan kemudiannya Sabtu pagi barulah Vea selamat dilahirkan secara normal.
Menariknya sebelum itu, kerana tidak tahan sakit, saya minta epidural dan peliknya saya demam sebaik menerima rawatan itu. Saya muntah-muntah dan menggigil kesejukkan kerana terlalu lama berada di dalam bilik bersalin.
Paling menarik Vea disambut ayahnya sendiri yang meminta daripada doktor untuk menyambutnya. Dia jugalah yang memberi semangat pada saya ketika di bilik bersalin dan dia jugalah yang menyambut Vea.
Itulah permintaannya pada doktor ketika di bilik bersalin. Saat melihat wajah Vea adalah momen paling indah buat kami berdua. Suami saya tidak putus-putus mengambil gambarnya sepanjang detik itu,” cerita Syakirin lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!