Kudapan paling mudah untuk bayi anda semestinya ayam tempura homemade, bahan yang digunakan dalam resepi ini sangat senang dan ada di dapur rumah anda.

Ayam tempura ini juga boleh dijadikan stok sejuk beku, nak balik ke kampung nanti tinggal goreng sahaja. Si kecil pun tak bosan bila ada kudapan untuk di makan sepanjang pulang ke kampung. Jom buat ayam tempura untuk si comel anda, selamat mencuba!

Resepi Ayam Tempura Homemade Simple, Kudapan Sesuai Untuk Baby Dalam Kereta ‘Travel’ Balik Raya

Baca Juga:

Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini

Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’

Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya

Homemade Chicken Tempura Baby Friendly!

IKLAN

Sesuai untuk baby seawal 8m+ . Complete meal for baby & kids! And Ideal for breakfast, snacktime, lunch & dinner!

Boleh dijadikan sebagai juadah berkelah, travel food, sebagai bekal makanan anak ke pengasuh, taska atau sekolah. But psssss! Whole family boleh join makan sambil cicah sos cili memang sedap sangat tau.

Save dulu resepi ni nanti boleh cuba untuk kids😉

Bahan-bahan:

IKLAN
  • Isi ayam dipotong dadu (tanpa tulang & kulit dibuang)
  • 1 biji telur besar
  • Bawang kuning (potong dadu)
  • Untuk masin asli saya guna ikan bilis & serbuk ayam mesra bayi
  • blackpepper (Blend semua)

Resepi Ayam Tempura Homemade Simple, Kudapan Sesuai Untuk Baby Dalam Kereta ‘Travel’ Balik Raya

Seterusnya, sediakan 2 biji kentang lenyek yang telah direbus & 1/2 cawan tepung jagung dan gaul rata bahan yang telah dikisar.

Resepi Ayam Tempura Homemade Simple, Kudapan Sesuai Untuk Baby Dalam Kereta ‘Travel’ Balik Raya

Langkah terakhir, bentuk tempura ayam & salut dengan serbuk roti! Dan sedia untuk digoreng! (untuk makanan sejuk beku boleh digoreng separuh masak)

Resepi Ayam Tempura Homemade Simple, Kudapan Sesuai Untuk Baby Dalam Kereta ‘Travel’ Balik Raya

IKLAN

Untuk salutan;
🧡serbuk roti buatan sendiri 7m+
🧡serbuk oat buatan sendiri 7m+
🧡breadcrumbs pasaraya 2y+

Happy Cooking Mommies!😉

Kredit: Leyana Lee

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI