Resipi Puding Cendol, Lembut & Rasa Lemak Manis, Makan Sejuk-sejuk Memang Sedap
Puding cendol merupakan antara puding yang mudah dan cepat disediakan. Sering menjadi pilihan apabila setiap kali ada jamuan atau makan-makan selepas mesyuarat, puding cendol juga menjadi pilihan sajian pencuci mulut yang cukup popular.
Sedap dimakan ketika sejuk jadi sebaiknya biarkan ia sejuk di dalam peti sejuk dahulu barulah boleh dihidang. Rasanya lemak-lemak manis. Anak-anak mesti suka apatahlagi dapat kunyah-kunyah cendol yang dicampurkan bersama.
Berikut dikongsikan resipi untuk membuat puding cendol. Mama bolehlah cuba buat untuk dihidangkan pada anak-anak ya!
RESIPI PUDING CENDOL
BAHAN LAPISAN SANTAN
120 gram gula pasir
1 sudu kecil serbuk vanila
1 sudu kecil garam
10 gram serbuk agar-agar
780 ml santan
2 helai daun pandan
350 gram cendol
BAHAN LAPISAN GULA MERAH
300 gram gula merah
25 gram gula pasir
1/4 sudu kecil garam
10 gram serbuk agar-agar
780 ml air
2 helai daun pandan
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Dalam periuk masukkan gula pasir, serbuk vanila, gram, agar-agar serbuk, santan pekat. Gaul sebatikan tanpa buka api. Masukkan daun pandan. Barulah buka api. Kacau sentiasa.
2. Apabila santan telah mendidih dan agak pekat teksturnya, keluarkan daun pandan. Matikan api.
4. Sediakan loyang. Basahkan loyang dengan air. Masukkan cendol tadi ke dalam loyang. Gunakan sudu, buang buih-buih yang ada di permukaan.
5. Sejukkan dahulu adunan ini di dalam chiller selama 15 minit.
6. Sementara itu buat lapisan gula merah. Dalam periuk, masukkan gula merah, gula pasir, garam, agar-agar serbuk, air dan daun pandan. Hidupkan api. Kacau sehingga gula larut dalam air.
7. Masak sehingga bancuhan menjadi sedikit pekat dan gelap warnanya. Tutup api apabila air telah mendidih.
Ads
8. Tapis air gula merah tadi. Ketepikan.
9. Keluarkan adunan cendol daripada chiller. Cucuk-cucuk sedikit permukaannya dengan garpu. Perlahan-lahan, tuangkan air gula merah di atas permukaan adunan cendol. Biarkan seketika pada suhu bilik supaya sejuk sedikit air gula merah tadi.
10. Setelah sejuk, barulah masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam.
11. Keluarkan puding dari peti sejuk. Sediakan pinggan leper. Letakkan loyang berisi puding dan terlungkupkan supaya adunan keluar daripada loyang. Siap.
Pembuka selera ketika makan nasi putih adalah sambal belacan. Kalau sedap sambalnya, maka bertambahlah kita makan. Sambal belacan sesedap ni, kalau dipadankan dengan lauk ringkas seperti ikan atau ayam goreng pun dah cukup untuk buat kecur liur.
Salah satu versi sambal belacan yang diminati ramai adalah yang berasal dari Kelantan. Biarpun pedas, tapi nikmat. Resipi sambal belacan versi ini dikongsikan oleh Afy AL Habibi di laman Facebooknya.
Nampak sambal belacan kedai Siam cikgu lalu tak ni? Kalau nampak silalah komen. Pertama kali cikgu post resepi sebelum tidur kat sini. Aha. Macam dah tak boleh tunggu pagi esok. Mata tak mengantuk sebab gembira siang tadi boleh buat sambal belacan macam makan dekat kedai Siam tu. Cikgu suka makan sambalnya sebab ngamm kalau oder nasi goreng atau set panas mesti mintak sambal belacan lebih cicah timun. Serius memang jadi.
Nah resepinya. Simpan baik-baik. Esok bangun pagi-pagi terus buat okay😆
Bahan-bahan dalam gambar: – segenggam cili padi merah + hijau – 1/2 biji bawang merah (saiz besar) – 1/4 nisse kecil/ sedikit gula melaka – 1 labu kecil bawang putih jeruk – 2 inci belacan
* Kali ini bawang dan belacan cikgu tak bakar untuk mencipta kelainan rasa seperti makan di kedai Siam*
Cara membuat: Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar. Tambahkan : – 2 sudu besar cuka – 1/2 sudu kecil garam – 1/2 sudu besar gula – secubit dua ajino – sedikit air
*Kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
Padankan dengan gulai nanas ikan kering versi Kelantan. Aduhh memang terbaik. Nak resepi gulai nanas tu boleh jengah dekat wall cikgu ye. Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biskut red velvet crunchy rupanya sedikit ala biskut ‘mahal’ yang selalu di jual di kiosk-kiosk di pasar raya. Kalau beli, harganya agak ‘keras’ juga. Rasa tak puas makan kalau beli.
Sebenarnya kita boleh sahaja buat sendiri biskut ini. Tak susah mana pun. Lebih berbaloi buat sendiri. Boleh makan berulang-ulang. Anak-anaklah yang paling gembira sebab boleh makan dengan puas berbanding beli.
Biskut Red Velvet Crunchy Guna Sukatan Sudu
RESIPI BISKUT RED VELVET CRUNCHY
Anak Boleh Makan Puas-puas
BAHAN-BAHAN:
210gm tepung gandum
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
200gm mentega asli / pure butter
130gm gula perang
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan susu pekat manis
100gm almond flakes
60gm cornflakes kisar
2 sudu teh red velvet emulco
100gm white/dark choc chip
CARA MEMASAK:
Putar mentega, gula perang dan esen vanilla hingga sebati.
2. Masukkan susu pekat manis, telur dan red velvet emulco. Putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, cornflakes kisar, almond flakes, chocolate chip dan gaul hingga rata.
4. Sudukan adunan atas dulang pembakar. Tekan dengan garpu.
5. Bakar biskut pada suhu 160c selama 20 minit.
6. Bila biskut telah masak, biar hingga betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Keledek Putar, Makanan Tambah Susu Badan, Mama Cuba Amalkan
Ubi keledek kaya dengan karbohidrat yang penting untuk memberi tenaga kepada mama. Selain itu ubi keledek juga membantu untuk menambah susu badan. Kaya dengan Vitamin C, B-complex, dan magnesium, mama boleh memasak ubi keledek dengan pelbagai cara, sama ada rebus atau masukkan dalam hidangan.
Salah satu cara juga yang boleh dicuba ialah dengan membuat keledek putar. Jika biasanya kita menggunakan kentang putih sebagai bahan utama. Apa kata kali ini kita ubah pula penggunaan kentang putih dengan keledek manis.
Sajian ini lebih sihat dan berkhasiat. Rasa manis semula jadi datangnya daripada keledek. Bahan utamanya keledek manis dan susu kambing. Rasanya tetap sama namun lebis manis dan sedap.
Keledek termasuk dalam kategori ‘superfood’. Bagus untuk otak dan mencantikkan kulit. Keledek oren dan ungu terutamanya tinggi kandungan antioksidan. Kandungan B6 dalam keledek, baik untuk otak. memacu kelajuan otak serta melawan hormon stres – homocystein.
Di dalam keledek juga ada banyak vitamin. Ia juga turut membantu penghasilan kolagen. Kulit akan menjadi lebih anjal dan susah berkedut. Makan keledek juga dapat membantu tidur yang lebih nyenyak. Kandungan magnesium di dalam keledek adalah kuncinya.
Susu kambing juga paling tinggi protein. Ia mengandungi protein CSN1S2 dan bertindak sebagai agen anti-osteoporosis. Susu kambing juga ada linoleic acid untuk perkembangan otak selain oligosaccharide. Kandungan prebiotik dalam susu kambing juga sama dengan susu ibu.
Jika anda penggemar kentang putar, bolehlah cuba resipi kentang putar cara sihat ini. Selamat mencuba!
RESIPI KELEDEK PUTAR:
Bahan-bahan:
4 biji keledek manis
1/4 cawan campuran kekacang (supernuts) yang dicincang halus
1/2 cawan susu kambing
2 sudu makan mentega susu kambing (atau mentega tanpa garam)
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh garam
Cara-cara:
1. Kukus keledek dalam pengukus selama 10-15 minit (sehingga lembut).
2. Toskan. Masukkan keledek ke dalam mangkuk.
3. Campurkan susu kambing, mentega, serbuk kayu manis, dan garam.
4. Campurkan sekali dengan keledek. Hancurkan guna garpu. Sebatikan.
Sajian ini sesuai dihidangkan untuk dinikmati seisi keluarga. Siapa kata makanan yang sihat tidak sedap? Asalkan kita pandai mengolah bahan-bahannya, pasti enak dinikmati bersama keluarga.
Astro, peneraju kandungan dan hiburan negara, tampil dengan satu pelancaran istimewa yang cukup bermakna — “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam”, sebagai tanda penghargaan kepada...