Menu donut antara yang menjadi kesukaan anak-anak. Namun tak semua orang boleh buat donut yang gebu dan lembut. Bagi yang jarang-jarang buat, ada ketikanya akan menghadapi masalah doh tak kembang elok.

Kali ini, untuk ibu-ibu yang anaknya penggemar donut, tetapi beberapa kali kecewa dengan resepi sebelum ini, boleh cuba buat donut dua bahan ini. Sangat mudah dan gebu.

Berikut resepi donut ball yang dikongsikan oleh Reha Rahma di Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Donut ball 2 bahan untuk kudapan anak-anak dan mak mereka sekali.

Bahan-bahannya :

1) Yogurt perisa asli 1 cup (130g)
2) Tepung naik sendiri ¾ cawan
Gandakan sukatan jika nak masak lebih.

Cara-caranya, ada di setiap gambar:

Resepi Donut Ball 2 Bahan Anak-Anak. Tak Perlu Susah Nak Uli & Gerenti Lembut!

IKLAN

3/4 cawan tepung naik sendiri dan 1 cup yogurt asli 130g

Resepi Donut Ball 2 Bahan Anak-Anak. Tak Perlu Susah Nak Uli & Gerenti Lembut!

Campurkan dua bahan tadi

Resepi Donut Ball 2 Bahan Anak-Anak. Tak Perlu Susah Nak Uli & Gerenti Lembut!

IKLAN

Macam ni jadinya tekstur adunan tu

Resepi Donut Ball 2 Bahan Anak-Anak. Tak Perlu Susah Nak Uli & Gerenti Lembut!

Masukkan dalam piping bag, kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan

Resepi Donut Ball 2 Bahan Anak-Anak. Tak Perlu Susah Nak Uli & Gerenti Lembut!Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel-comel gitu. Masukkan seketul-ketul dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana. Boleh angkat bila dah nampak warna perang-perang. Api jangan kuat sangat ya, donut ni cepat ja masak. (Lupa ambik gambar masa tengah goreng tu)

IKLAN

Resepi Donut Ball 2 Bahan Anak-Anak. Tak Perlu Susah Nak Uli & Gerenti Lembut!

Macam tu kejadiannya. Golek-golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.

Resepi Donut Ball 2 Bahan Anak-Anak. Tak Perlu Susah Nak Uli & Gerenti Lembut!

Kredit: Reha Rahman

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Resepi Donut Ball 2 Bahan Anak-Anak. Tak Perlu Susah Nak Uli & Gerenti Lembut!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI