Puding biskut Marie dengan coklat mewah di atasnya memang tentu jadi kesukaan anak-anak. Puding biskut Marie lebih lembut dan berkrim berbanding kek batik. Hidang sejuk-sejuk bila anak balik sekolah memang terbaik!
Tak susah pun nak buat puding biskut marie ini. Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak banyak dan mahal. Pendek kata sesuai untuk mak-mak yang anak ramai. Kalau nak lagi rasa mewah, boleh buat topping coklat dengan mengikut resipi yang dikongsikan Muhammad Ali ini. Nampak kemas dan cantik.
Puding Biskut Marie Mewah Coklat
RESIPI PUDING BISKUT MARIE
LAPISAN PERTAMA: COKLAT
12gm agar-agar tali
4 cawan air (1 cawan air = 250ml)
1 cawan dairy whipping cream (kalau tiada, gantikan dengan susu cair)
1 sudu makan mentega (tak kisah salted or unsalted. Pakai buttercup pun boleh) – beli online di sini
7 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan serbuk nescafe
5 sudu makan milo (sudu makan tu yang sudu besar kita buat makan apa-apa tu tau)
Secubit garam
½ cawan dark chocolate
¾ cawan gula (190 gram gula)
LAPISAN KEDUA: PUTIH
6gm agar-agar tali
2 cawan air
1 cawan susu cair
¼ cawan gula (80gm gula)
1 sudu kecil essen vanilla
Nah Ini Resipi Edisi Kurang Manis
CARA MENYEDIAKAN LAPISAN PERTAMA: COKLAT
1. Masukkan 4 cawan air + 12gm agar-agar tali yang telah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi.
2. Kemudian baru masukkan ¾ cawan gula. Kacau sebati hingga gula larut.
4. Dah sebati masukkan pula 7 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.
5. Selepas itu, masukkan 1 cawan dairy whipping cream atau susu cair. Kacau sampai separuh sebati.
6. Masukkan 1 sudu makan mentega. Gaaul sebati biar sampai jadi sekata dan satu warna serta tiada ketulan. Bila nampak dah sebati biarkan mendidih. Jangan kacau. Biarkan ia mendidih dalam 1-2 minit sahaja.
7. Bila dah mendidih tadi, masukkan ½ cawan dark chocolate. Kacau atas api yang perlahan. Dah sebati, terus tutup api.
8. Masukkan secubit garam, kacau sebati dan biarkan dalam 3-4 minit baru tuang atas loyang saiz 8 inci.
Ads
9. Tuang atas loyang dulu adunan tadi, sampai tak nampak base loyang, kemudian baru letak biskut marrie. Dah penuh satu loyang, tutup balik dengan adunan coklat tadi sampai menutupi lapisan marie tadi.
10. Setkan dalam peti 2 minit sahaja, kemudian sambung letak lagi biskut marie. Dan terus tutup dengan lebihan coklat tadi.
Ads
11. Jadinya, ada 2 lapis je lapisan biskut marie tadi. Setkan dalam peti sementara buat lapisan putih.
CARA MENYEDIAKAN LAPISAN KEDUA: PUTIH
1. Letakkan 2 cawan air + 6 gm agar-aagar tali yang dah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi, baru masukkan ¼ gula. Dah larut masukkan 1 cawan susu cair.
2. Kacau sebati dan biarkan mendidih dalam 1-2 minit. Tutup api dan masukkan 1 sudu kecil esen vanila. Gaul sebati, ketepikan dalam 3-4 minit baru tuang atas lapisan coklat yang dah set tadi.
3. Cucuk-cucuk dengan garpu dulu agar lapisan melekat dan tak terpisah bila potong.
4. Tuang rendah dan perlahan-lahan. Setkan dalam 4 jam dan boleh makan.
Kredit resipi: Muhammad Ali @ Mr Ali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuaca yang panas kebelakangan ini sangat sesuai kalau kita dapat nikmati minuman sejuk yang enak untuk meredakan rasa dahaga. Lagi jimat dan sedap jika kita dapat sediakan sendiri. Jom sama-sama cuba!
Air Soda Herbs
Bahan-bahan:
2 Batang serai diketuk
Lemon dipotong bulat
Daun Pudina
Air bekarbonat (aiskrim soda)
Laici tin
Asam boi
Ais batu
Cara penyediaan:
Campurkan kesemua bahan dan kacau.
2. Air Ribena Laici
Bahan-Bahan:
3 sudu besar jus ribena
3 sudu besar air gula*
3 sudu besar jus laici dalam tin
3 biji laici dalam tin
Daun pudina
Air serta ais batu secukupnya
*air gula terlebih dahulu dimasak bersama daun pandan untuk aroma dan rasa lebih menarik.
Cara penyediaan:
Campurkan jus ribena,air gula dan jus laici.
Tuang air sejuk secukupnya.
Kacau2.
Tambahkan laici dan ais batu.
Masukkan sedikit potongan daun pudina untuk lebih kesegaran.
3. Air Katira
Bahan-bahan:
1 litre air panas
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
Bes minuman perisa tebu(brand double lion)
Gula secukup manis
Air cincau dlm tin
Biji selasih(rendam bagi kembang dulu)
Cara penyediaan:
Masukkan air panas,susu cair,susu pekat, bes minuman perisa tebu dan gula. Kacau sampai larut kemudian masukkan air cincau dan biji selasih.
Mudah bukan resipi ini, boleh cuba buat dan hidangkan untuk tetamu datang beraya. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya nak makan udang butter ni, bila makan di restoran baru dapat menikmatinya. Namun disebabkan kekangan dengan keadaan sekarang, tak boleh keluar sesuka hati, ibu dah boleh masak sendiri untuk ahli keluarga.
Cara nak buat pun mudah je. Cuma kena ada skill je nak bagi telur tu bersarang elok. Tapi sebenarnya kalau ikut betul-betul memang menjadi.
Perkongsian resipi Creamy Cheezy Butter Prawn dari Suzana Othman ni boleh dicuba dan gerenti jadi kalau tak skip langkah demi langkah yang diajar ni.
Creamy Cheezy Butter Prawn
Ramai yang masih belum pass masak menu butter prawn bersarang kan? Tak susah pun nak masak cuma nak buat sarang telur tu kalau silap percaturan boleh gagal. S
Oh ya, ini resepi butter prawn gaya kita tau. Kalau uolls tak suka susu cair, boleh ganti dengan santan kotak. Kalau tak suka cheese, tak nak letak pun takpe.
Berikut antara langkah demi langkah yang kena buat ya
Bersihkan 1kg udang. Lumurkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Tambahkan 1senduk tepung goreng ayam bestari. Letak air sedikit dan gaul rata.
Goreng udang dalam minyak yg cukup panas. Tos dan ketepikan.
Bahan² creamy cheezy sause 4ulas bawang putih-cincang Cili api ikut kepedasan-potong 4tangkai daun kari Butter 1tin susu cair 4 keping keju (lupa nak snap gambar) 1sk serbuk pati ayam 1sk gula 1sk serbuk lada sulah
Panaskan sedikit minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga layu. Masukkan daun kari dan cili.
Tambahkan 1tin susu cair, gula, serbuk pati ayam dan serbuk lada sulah. Tak perlu tambah garam
Masukkan kepingan cheese. Kita guna cheese jenama Emborg
Apabila dah menggelegak, masukkan udang.
Gaul sebentar hingga udang bersalut dgn sauce. Tutup api.
Dalam mangkuk lain, pukul 4 butir kuning telur
Panaskan minyak dan setengah biji butter. Bila dah panas, perlahankan api. Gunakan senduk macam dalam gambar.
Angkat mangkuk tinggi², tuang telur perlahan-lahan dan kacau telur laju² membentuk bulatan. Kacau laju² tau. Tak laju tak halus nanti.
Masak sebentar hingga minyak mengeluarkan buih. Bila dah berbuih, tutup api.
Toskan minyak dalam jaring besi macam ni. Nak guna tapis santan yg besi tu pun boleh. Tekan² telur guna senduk tadi supaya minyak turun ke bawah. Lepas tu toskan atas tisu dapur untuk serap minyak yg berbaki.
Susun udang dalam pinggan, kemudian taburkan telur di atasnya. Siap untuk disajikan.
Stok ikan atau fish bone broth menberikan banyak kebaikan kepada bayi dan kanak-kanak. Boleh diperbuat daripada tulang ikan.
Fish bone broth ialah hasil renihan tulang ikan bersama bahan-bahan lain selama 45 minit sehingga 2 jam. Ia adalah cecair yang kaya khasiat.
6 KEBAIKAN FISH BONE BROTH
Banyak kebaikan yang terkandung dalam fish bone broth. Antaranya ialah ;
1)Menguatkan tulang dan gigi. Tulang mengandungi banyak kalsium dan magnesium yang sangat mustahak untuk tumbesaran termasuk kesihatan tulang dan gigi yang kuat.
2) Membekalkan asid amino, lemak, vitamin dan mineral yang diperlukan.
3) Makanan yang baik untuk otak.
4)Kaya dengan omega 3 (bergantung pada jenis ikan yang digunakan).
5)Menguatkan sistem kekebalan tubuh dan penghadaman.
6)Mengurangkan risiko alegi dan sensittiviti kepada makanan.
Puan Herny Hafiz telah berkongsi resipi penyediaan fish bone broth di Geng Memasak Untuk Anak. Resipi ini boleh digunakan untuk bayi yang berumur 10 bulan ke atas yang tidak mempunyai alergi kepada makanan laut.
Bahan-bahan yang diperlukan;
Tulang ikan / kepala ikan.
Akar ketumbar
Bawang putih bawang merah
Lengkuas
Serai
Daun limau purut
Jus limau nipis 1 sudu
Air 1.5-2liter
Cara penyediaan
Rebus semua di dalam periuk keluli tahan karat (stainless steel).
Resipi ini sesuai di masak atas dapur selama 1-2 jam sahaja.
TIPS UNTUK MENYEDIAKAN FISH BONE BROTH
Guna tulang / kepala ikan apa-apa pun boleh tapi elakkan yg terlalu berlemak-lemak macam salmon ke patin ke tak sesuai. Guna ikan merah, jenahak adalah disarankan.
Akar ketumbar / daun ketumbar “wajib” dalam masakan seafood, ikan bagi membuang logam berat contohnya merkuri yang mungkin terdapat dalam makanan laut.
Daun ketumbar (cilantro) penting kerana makanan kita ni mudah tercemar dengan logam berat sama ada dari makanan laut atau pun peralatan dapur yang kita gunakan. Dikatakan ketumbar ni boleh menyingkirkan logam berat. Selain bau nya yang wangi dan meningkatkan selera , khasiat dia bagus. akar ketumbar ni boleh dibersihkan dan dimasukkan dalam stok atau sup-sup terutamanya yang berasaskan makanan laut.
Kalau gugur mesti kena buat D&C atau tak? Peluang nak hamil adakah tipis lepas buat D&C. Apabila berhadapan dengan situasi keguguran, ramai wanita bimbang tentang keperluan menjalani prosedur D&C (dilation and curettage) dan sama ada peluang untuk hamil semula akan terjejas.