Kek batik antara pemanis mulut yang paling mudah disediakan. Selain kegemaran anak-anak, tetamu di hari raya pun pasti teruja jika dihidang dengan kek batik premium ni!

Cara penyediaan sangat mudah, ikuti resepi perkongsian dari Mr Ali ini.

Resepi Kek Batik Indulgence Versi Premium, Manisan Hari Raya. Anak-Anak Pun Suka!
RESEPI KEK BATIK INDULGENCE EDISI PREMIUM BY MR ALI.

Resepi ni untuk Loyang 8 inci..ngam-ngam. kalau pakai loyang 5 inci dapat dua bekas saiz 5 inci. kalau pakai 6 inci akan dapat saiz 6 inci 1 bekas + 2 bekas sq450. Kalau pakai sq450 dapat 6 bekas

Baca Juga:

Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini

Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’

Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya

Resepi Kek Batik Indulgence Versi Premium, Manisan Hari Raya. Anak-Anak Pun Suka!

Bahan-bahan:

IKLAN

1. Kek batik

  • 300 gram biskut merry
  • Butter ada 3 pilihan boleh pilih nak yang mana satu
  • 150 gram ( kalau pakai compound butter mcm buttercup atau marjerin)
  • 200 gram ( kalau pakai pure butter mcm lurpak/anchor/scs/ golden churn)
  • * kalau nak campur nisbah 1: 1contoh buttercup 100 gram dan pure butter 100 gram pun boleh so rasa balance xde rasa susu sgt.
  • 1/3 cawan susu pekat
  • 3/4 cawan full cream milk atau fresh milk. Boleh je mana-mana
  • 1 biji telur
  •  1/2 cawan serbuk koko
  • 3/4 cawan milo

2. Cream cheese/ indulgence

  • 250 g cream cheese
  • 125 whipping cream DAIRY. ( resepi premium kena pakai dairy)
  • 50 gram gula kastor/icing
  • 1 sudu kecil essen vanilla

3. Chocolate ganache

  • 200 gram dark chocolate
  • 200 gram whipping cream dairy
  • 1 sudu makan butter

🍫CARA- CARA> Ada 3 layers:

1. LAYER PERTAMA : KEK BATIK (sukatan refer pada bahan2 tadi)

IKLAN

Resepi Kek Batik Indulgence Versi Premium, Manisan Hari Raya. Anak-Anak Pun Suka!

  • Masukkan butter kedalam kuali biar sampai cair. Api jangan kuat sangat.
    dah cair tutup api biarkan dalam 3- 4 minit
  • Then masukkan susu pekat- serbuk koko- milo-susu full cream- dan telur.
  • Buka api balik kacau perlahan2 sampai sebati dan tak berketul sgt. Kalau ketul2 kecik tu takpe je. Then tutup api.
  • Masukkan biskut merry 300 gram patahkan kecik2 n gaul sebati. Nk sedap pakai muncyhs or brand Tesco.
  • Dah sebati masuk dalam loyang. Loyang lapikan dengan baking paper atau plastik supaya senang nk keluarkan nanti
  • Sejukkan dalam peti 20 minit

2. LAYER KEDUA- CREAM CHEESE / INDULGENCE

Resepi Kek Batik Indulgence Versi Premium, Manisan Hari Raya. Anak-Anak Pun Suka!

  • Pukul 250 g cream cheese pada suhu bilik. Jangan pukul lama2 dah agak2 texture cantik masukkan gula icing atau gula kastor..mana2 yg hampa ada..then masukkan essen vanila, yogurt. Yogur ni pilihan. Tak nak masuk pun xpe. Sukatan yogurt: 1 sudu makan utk adunan resepi ini
  • Pukul sebati.
  • Pada bekas yg lain.. pukul 125 g whipping cream dairy sampai kental. Dah kental gaulkan sekali dengan cream cheese tadi guna kaedah kaup balik. Jgn pakai mixer. Pakai spatula shj
  • Tuang atas lapisan kek batik n sejukkan 30 hingga 40 minit dalam peti bahagian chiller

3. LAYER KETIGA: CHOCOLATE GANACHE

Resepi Kek Batik Indulgence Versi Premium, Manisan Hari Raya. Anak-Anak Pun Suka!

IKLAN
  •  Pastikan semua bahan kering tak tercampur dengan air
  • Double boil ( tips double boil refer tips di fb wall saya)
  •  Letak whipping cream- butter. Dalam 2 minit mcm tu masukkan pula dark chocolate
  •  Kacau perlahan lahan. Dah agak2 x berketul, licin dan cantik ganachenya tutup api
  •  Bagi ganache suam dulu dalam 15 minit bary tuang keatas lapisan cream cheese tadi
  •  Ratakan ganache jangan pakai sudu. Cuma alih2kan loyang kekiri n kenanan supaya rata
  • Setkan dalam peti semalaman. atau lebih dari 7 Jam. WAJIB 7 JAM KEATAS SEBAB KITA TAK PAKAI GELATIN.
  • Kalau nk pakai gelatin juga boleh tambah pada lapisan cream cheese tu ya
  • 1 sudu besar gelatin + 50 ml air panas. ( kalau letak dalam bekas, tak perlu gelatin)

Resepi Kek Batik Indulgence Versi Premium, Manisan Hari Raya. Anak-Anak Pun Suka!

SELAMAT MENCUBA SEMUA

Kredit: Mr Ali

e

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI