Resepi Kek Butter Cheese Terlajak Sedap. Moist & Cair Dalam Mulut!

Share

Sebut sahaja kek butter cheese, ramai yang terbayang keknya gebu dan lembut. Kadang nak beli harganya boleh tahan juga. Tapi jika buat sendiri lagi berbaloi sebab puas hati dapat makan banyak.

Bagi mama yang ingin cuba buat sendiri untuk keluarga, boleh cuba resepi Khairunnisa Mohammad ini. Gerenti jadi dan moist. Bahan-bahan nak buatnya pun mudah.

Resepi Butter Cheese Cake

Bahan-bahan:

5 biji telur Gred A
250g butter
250g cream cheese
200g gula
210g tepung superfine (diayak dengan baking powder)
1 sudu kecil esen vanila
1+1/2 sudu kecil baking powder
80ml susu segar

Cara-cara:

Mix gula, butter dan cream cheese hingga putih/gebu. Masukkan telur satu-persatu dan mix sebati. Masukkan esen vanila dan sambung mix.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci.

Bakar pada suhu 160° selama 1 jam atau sehingga masak. Api atas bawah. Bila dah masak, keluarkan loyang dari oven dan hentakkan loyang.

Potong masa kek dah sejuk. Makan sejuk-sejuk lagi sedap tau. Selamat mencuba.

Nota:

*Nak kek tinggi, pakai loyang 7 inci.

*Cream cheese boh dalam 150g pun ok dah. Tapi kalau nak boh 250g, sedap la lagi.

*Masa 1 jam tu cadangan saja. Kalau lepas 1 jam tak masak lagi, tambah je masa. Cucuk tengah kek tu. Kalau takde adunan lekat, masak dah tu.

*Takda tepung superfine, tepung gandum pun boleh. Tambah baking powder jugak. Tapi sedap lagi tepung superfine.

Kredit: Khairunnisa Mohammad

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

IKLAN