Tengah fikir nak buat menu open house raya yang mudah tapi sedap? Boleh cuba menu ni, serius sedap! Selain rendang, nasi impit, nasi beriani, roti jala, satay, menu koay teow thng chinese style salah satu pilihan resepi yang patut dicuba dan boleh dihidangkan.

Resepi ringkas tapi rasanya yang padu dengan kombinasi sambal kicap ini pasti buat anda makan berulang kali. Menu ini juga sangat sesuai untuk anak kerana berasaskan kuah sup dan ada isi ayam. Nak tahu sedap atau tak, bolehlah cuba buat sendiri. Berikut resepi yang dikongsikan Fatyn Zamry.

RESEPI KOAY TEOW THNG (ORGINAL CHINESE STYLE) SEDAP & MUDAH!

Resepi Koay Teow Thng Sedap & Mudah! Minyak Bawang Putih Rahsia Penyedapnya

Bahan-bahan:

– 1 ekor ayam (potong besar-besar pun takpa)
– Fishball & fishcake
– Serbuk lada putih
– Lada putih biji ditumbuk
– Sengkuang 1 biji (saiz sederhana je agak besar bulatan burger)
– Gula batu if tak ada gula biasa pun ok
– Serai 2 batang diketuk
– Batang Saderi (optional)
– Kiub pati ayam 2
– Garam & serbuk hilal
– Taugeh, daun bawang
– Cabai kicap
– Mee/Koey Teow/Maggie/Bihun

Resepi Koay Teow Thng Sedap & Mudah! Minyak Bawang Putih Rahsia Penyedapnya

Cara-cara masak kuah :

IKLAN

1) Campur sekali ayam dibasuh bersih, serai diketuk, sengkuang dibelah 4, serbuk lada putih, lada putih biji yang telah ditumbuk, batang saderi diketuk dan kiub ayam.

2) Rebus hingga mendidih, masuk serbuk hilal, gula batu dan garam. Rebus lagi hingga ayam empuk.

Resepi Koay Teow Thng Sedap & Mudah! Minyak Bawang Putih Rahsia Penyedapnya

3) Bila dah empuk ayam, angkat dan asingkan ayam. Carikkan isi ayam untuk topping dalam th’ng nanti. Tulang ayam tu masukkan balik dalam kuah, biar merebus sekali. Siap part kuah!

4) Fishball and fishcake boleh dicelur or goreng. Saya suka goreng, lebih wangi. Jadi gorengkan sekejap, toskan. Potong nipis-nipis untuk dijadikan bahan topping.

IKLAN

Resepi Koay Teow Thng Sedap & Mudah! Minyak Bawang Putih Rahsia Penyedapnya

5) Minyak bawang putih :
Bawang putih 10 ulas dicincang halus, goreng dengan minyak hingga tukar warna kekuningan dan naik bau. Tutup api. Tunggu sejuk, masukkan bawang sekali minyak tu ya. Biar je, nak makan cedok sesudu.

Resepi Koay Teow Thng Sedap & Mudah! Minyak Bawang Putih Rahsia Penyedapnya

6) Cili kicap :
Goreng cili padi 20 tangkai, cili merah 3 batang & bawang putih 5 ulas tengok saiz kalau kecil-kecil tambah sikit lagi. Goreng sampai naik bau & tutup api. Tunggu sejuk sekejap, blend cili bersama minyak yang ditumis tadi serta kicap. Saya guna campuran kicap mudim + kipas udang habhal warna merah. Siap!

Dah boleh dihidang dengan pilihan mee, taugeh celur serta taburan daun bawang.
Try laa, serius sedap!

IKLAN

Kredit: fatyn zamry MAHN

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Resepi Koay Teow Thng Sedap & Mudah! Minyak Bawang Putih Rahsia Penyedapnya

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI