Resepi Mudah Milky Banana Stick Versi Baby Untuk Anak Yang Suka Pisang

Share

Anak mama suka makan pisang? Pisang sebenarnya kaya dengan pelbagai nutrien penting. Antaranya kalium, iaitu mineral yang membantu mengawal tekanan darah dan mengelakkan kerapuhan tulang.

Pisang bukan hanya boleh dimakan terus malah boleh diolah menjadi pelbagai menu menarik untuk anak. Jom ikuti resipi mudah milky banana stick ni. Confirm anak suka!

MILKY BANANA STICK VERSI BABY 💓

Bahan Bahan:

Bahan A:
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan susu tepung
1 sb serbuk keju Fawwaz The Little Kitchen ( AN_babyfood )
1 sb madu ( 1 tahun ke atas )
1/2 cawan susu penuh krim ( sejuk )

Bahan B:
Bubur kasar Fawwaz The Little Kitchen ( dikisar halus )

Bahan Lain:
Pisang emas secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Batang aiskrim

Cara Cara:
Satukan ke semua Bahan A kecuali susu. Kacau sebati. Tuangkan susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur adunan yang sesuai .

Di dalam bekas lain, tuangkan bahan B. Masukkan pisang ke dalam Bahan A dan gaul sehingga pisang bersalut adunan tepung sepenuhnya. Golekkan pisang ke dalam Bahan B . Ulang proses sehingga selesai.

Panaskan minyak. gorengkan stik pisang sehingga garing dan keperangan. Angkat dan toskan. Cucukkan batang aiskrim pada setiap stik tersebut. Siap , hasilnya rangup diluar tetapi lembut dan manis di dalam .

Selamat mencuba!

Kredit: Farisha Sofea

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

IKLAN