Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Kuih ini sangat popular pada bulan puasa. Bagi penggemar kuih nekbat yang ingin membuat sendiri, caranya sangat mudah. Jom ikuti resepi yang dikongsi ini!
Kuih yang susah dapat selain dari Terengganu dan Kelantan.. lepas sahur kita buat.. kemudian simpan dalam peti sejuk. Dah nak berbuka baru hidang yer..
Cara penyediaan:
Pukul telor hingga kembang. Kemudian masukkan semua bahan, adun sebati.
Cara Bakar:
Panaskan acuan kedalam oven. Suhu 180°c.
Apabila acuan dah panas, keluarkan. Sapu minyak masak supaya tak melekat sewaktu bakar nanti. Tak ada acuan bahulu guna jer loyang muffin / cupcake.
Sudukan adunan kedalam acuan. Bakar selama 10 hingga 15 minit pada suhu 180°c.
Bahan Sira/Air Gula:
Ads
Gula
Daun pandan
Cengkih (jika suka)
Air secukupnya
Bila nekbat dah siap, boleh lah masak air gulanya bersama daun pandan. Kalo nak manis, letaklah gula banyak banyak. Bila dah mendidih, masukkan nekbat ke dalam piyok tu, renihkan sekejab selama dua minit.
Sejukkan ke dalam peti ais. Kalo nak makan petang, wat siap siap dari pagi lagi. Manis, sejuk, lalu kat tekak sedap!
Selamat mencuba
Sumber: Sapiah Mamat
Ads
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasa biskut memang sedap. Malah pada masa kini, biskut ditawarkan dalam pelbagai jenis perisa, warna dan tekstur. Ia boleh dijadikan snek ketika minum petang atau sebagai kudapan ketika berasa lapar.
Bukan hanya orang dewasa sahaja yang perlukan kudap-kudapan, malah si manja pun perlukan kudapan tapi kudapan si manja haruslah lembut dan mudah dikunyah agar tak mudah tercekik.
BISKUT SUSU baby cair di mulut 🍪
Sesuai untuk 7 bulan ke atas (Takde gigi pun boleh)
Baby afiyah sekarang 7 bulan, ibu buat biskut untuk kudapan bila tengah playtime atau time keluar rumah, patahkan biskut tu kecil pastu suap.
✅ Cair dimulut
✅ Tak rapuh bila pegang
✅ Manis natural dari susu & puree
Ibu buat dua flavour 😍 Ibu-ibu lain boleh juga gantikan flavour dengan real food puree yang lain.
🍌PISANG CARROT
3 Sudu Besar Unsalted Butter (lembut)
5 Sudu Besar Susu Tepung (FM)
1 Cawan Tepung Jagung
1/4 Cawan Pisang yang dilenyek + Puree Kurma
Carrot sagat
🍊LABU
3 Sudu Besar Unsalted Butter (lembut)
5 Sudu Besar Susu Tepung (FM)
1 Cawan Tepung Jagung
1/4 Cawan Puree labu
Cara-cara:
Gaulkan unsalted butter + FM.
Masukkan dalam separuh dulu puree dan tambahkan tepung sikit demi sikit dan gaul. Masukkan lagi puree kalau agak2 doh masih tak sebati (pecah atau kering). Untuk puree tu, sukatan sebenarnya bukan tepat 1/4 cawan sebab setiap puree tak sama cair atau pekat, so kena ikut bila dah bancuh dengan bahan lain.
Doh perlulah:
❗️Rasa berminyak sikit (Butter)
❗️Boleh di uli seperti doh tapi tak keras sangat
❗️Doh tidak kering rapuh bila dipegang
❗️Doh masih lembab
Lekit2 sikit takpe, boleh je masuk peti dulu bagi sejuk solid sikit baru bentukkan. Kalau terlebih basah sangat, boleh tambah tepung jagung 😉 Kalau terlalu kering rapuh boleh tambah puree.
Bentukkan ikut kesukaan ibu2 mommy2. Ibu buat bulat dan lenyek guna garfu je😂😂
Bakar 150c selama 12-15 minit mengikut size biskut dan oven masing2. Seeloknya pantau kejadian biskut dalam setiap 5 minit untuk elak terhangus 😂
❗️Jangan takut kalau baby belum bergigi, buat pinch test (picit guna dua jari) pada makanan untuk pastikan gusi baby juga boleh hancurkan makanan
❗️Pantau anak makan bila bagi anak makan sendiri fingerfood (beginner)
Enjoy the journey ❤️
Rasanya ramai yang dah tahu tentang kebaikan bone broth yang berkhasiat & boleh tingkatkan sistem imun anak.
Ramai yang kata bagi suplemen je lagi mudah tapi jika ibu ada masa apa salahnya buat sendiri resipi Sup Rebusan Tulang Ayam Istimewa (aka Special Chicken Bone Broth) ini untuk anak seperti yang dikongsikan oleh Puan Yatie Eimra.
Dulu hampir setiap 2 minggu saya akan buatkan stok bone broth (frozen) untuk Fydh – sejak dari bayi (lepas pass ayam) sampailah umur 3 tahun.
Mulanya saya buat bone broth sebab dak Fydh ni susah sangat makan. Lama² baru perasan dia dah jarang demam. Fydh ada masalah Congenital Hypothyroidism sejak lahir, kelenjar thyroid dia tak boleh nak hasilkan hormon thyroid yang cukup. Antibodi dia lemah & memang mudah sangat sakit. Sejak buatkan bone broth, mula nampak perubahan. Kalau awal² dulu setiap bulan mesti kena demam, kadang² sampai 2-3 kali dalam sebulan.. Tapi sejak tambahkan bone broth dalam masakan, kena demam pun, tak lama sangat.
Masa tu, biasanya saya buat bone broth 2 in 1 (plain & perisa sup). Kelebihan buat bone broth plain ni, boleh ditambah dalam hampir dalam semua jenis masakan anak & juga dalam hidangan pencuci mulut (jenis savoury, dll). Tapi sekarang ni saya dah jarang sangat buat bone broth sebab Fydh dah tak nak makan, boring agaknya.. Ekeke.. ?
Baru² ni, saya buat bone broth sebab kami seisi keluarga demam & batuk/selesema. 2 minggu lepas, encik suami batuk & demam. Baru jer kebah, Rabu & Khamis demam panas berulang & disertai sakit² sendi. Mulanya doc suspect denggi tapi result darah, -ve.
Petang Jumaat, saya sendiri & Fydh lak dah start demam & batuk².. Pagi Sabtu, dalam keadaan demam & badan menggigil², saya terpaksa gagahkan diri jugak buat bone broth (mujurlah badan masih larat lagi sebab amalkan doa Sayyidatina Fatimah?). Sebabkan kali ni saya buat bone broth untuk terus dimakan, saya tambahkan pelbagai herba & bahan² untuk upkan imun.
Alhamdulillah, malam tu jugak demam saya beransur kebah. Bila badan sendiri dah larat sikit ni, mudahlah sikit nak uruskan anak/suami yang sakit & sediakan menu² upkan imun.. Sempat 2 kali gak la buatkan bone broth ni, buatkan air lemon & madu, nabees kismis, menu sayur² & hidangan² untuk immune booster. Semalam Fydh & encik suami dah kebah demam, batuk pun dah makin kurang.. ?
Resipi Sup Rebusan Tulang Ayam Istimewa
Bahan² (A):
Tulang untuk seekor ayam (lebihkan tulang sendi/kepak/kaki jika suka)
Isi ayam (saya hanya gunakan ½ ekor)
4 cawan air (1 L)
1 sudu besar cuka apple*/jus lemon
1 helai daun salam
3 biji kurma/kurma cina
21 biji kismis
1 batang serai – diketuk
Sedikit halia – diketuk
Kunyit hidup – diketuk
3 ulas bawang putih – diketuk
1 biji bawang besar – dipotong
1 bungkus sup bunjut
½ sudu kecil biji sawi
Sedikit daun kucai (optional)
Bahan² Tambahan (B):
Sayur²an pilihan (brokoli, tomato, etc)
Garam bukit
Hirisan lemon
Cara²:
1. Masukkan semua bahan (A), tutup tudung periuk & renih selama 1jam – 1½ jam dengan api perlahan.
2. Setelah sejam, masukkan sayur² pilihan & perasakan dengan garam. Renihkan seketika hingga sayur lembut sedikit.
3. Sebelum hidang, perahkan sikit jus lemon. Sedia dinikmati.
?Sebaik²nya gunakan tulang/ kaki/ ayam organik atau ayam tanpa suntikan antibiotik. Kandungan kimianya boleh mengganggu sistem badan & melambatkan proses penyembuhan.
?Kalau nak guna isi untuk ½ ekor ayam, lagi mudah debone isi ayam siap² (bahagian dada). Isi bahagian dada tu boleh digunakan untuk masakan lain.
?Potong kecil tulang² halus & kelarkan/tetak sikit bahagian tulang besar untuk mempercepatkan air dari sum² tulang melarut ke dalam sup (sebab kita hanya renihkan sekejap jer berbanding cara biasa sehingga 4 jam).
?Gunakan periuk tanah/ seramik/ kaca ataupun stainless steel sahaja untuk elak weak acid bertindak balas
?Periuk tanah lambat panas & sup lebih lama untuk mendidih. Jika gunakan periuk tanah, boleh tunggu sup mendidih dahulu (api sederhana jer) sebelum perlahankan api & tutup tudung periuk.
?Cuka/lemon tu berfungsi untuk larutkan zat & kolagen dari tulang. Gunakan 1 sudu besar cuka/ lemon untuk setiap 4 cawan air. Kalau korang tak letak weak asid (cuka/ lemon/ asam jawa/ dll) ni, korang hanya buat sup biasa jer, bukannye bone broth.. Bone broth ni lebih berkhasiat sebab zat² dari tulang dah melarut dalam sup.. Isi ayam pun jadi lembut je..
?Saya lebih suka gunakan cuka epal sebab ia berfungsi mencairkan mukus/kahak gak. Jus lemon diperah last sekali (sebelum hidang) untuk kekalkan kandungan vit C yang diperlukan badan untuk cepat sembuh.
?Bone broth tak semestinya bergel bila dibekukan. Memang tak dinafikan bone broth yang bergel lebih bagus sebab banyak kolagen larut jadi gelatin & kandungan air tak terlalu banyak. Tapi bone broth yang tak bergel pun tetap berkhasiat. Jika bone broth direnih tak cukup lama ataupun kandungan air terlalu banyak serta kurang guna tulang sendi/kaki/sayap, ia tetap tak bergel atau jadi separa gel je. So JANGAN PERCAYA kalau orang cakap BONE BROTH TAK BERGEL TU TAK JADI.. ?
?Buat bone broth tak perlu tambah minyak zaitun
?Anak yang ada masalah eczema, bone broth tak boleh renih lebih dari 2 jam sebab lebih lama direnih, lebih tinggi kandungan histamin (kalau buat stok frozen pun, tak boleh makan cbb frozen yang dah lebih dari 3 minggu, sebaik²nya habiskan dalam masa 2 minggu).
?Biji sawi & daun kucai mengandungi bahan untuk meningkatkan selera makan.
?Serai & kunyit hidup antara makanan untuk upkan imun serta kurangkan radang (inflammation)
?Kurma/ kurma cina selain up imun turut bantu tambah tenaga lebih² lagi bagi yang ada masalah kurang darah/ anemia
?Kismis sangat elok untuk demam?
?Lebihan sup bone broth ni boleh ditapis (dari tulang² kecil & hancur) & boleh gak digunakan untuk masak nasi ayam bone broth ?
Kalau bercakap tentang masakan orang dulu-dulu memang cukup rasa dan sangat berbeza dengan zaman sekarang. Kebanyakkan resipi yang ada telah banyak diolah disebabkan masa dan jenis bahan yang sukar didapati di bandar-bandar besar.
Bagi yang rindukan kuih tradisi orang dulu-dulu boleh ikuti resipi karipap rangup di luar tetapi intinya basah di dalam yang dikongsi oleh Puan Azlina Ina ini. Selamat mencuba!
Gerenti sedap sumpah.
Saya memang suka karipap rangup kat luar inti die melt dan tak kering mcm gini.Arwah mak mmg teror betul buat karipap. Tekstur karipap org dulu-dulu ni dia nampak tebal tp kulit die rangup dan kalau mak🤣suke makan kelim yang tepitepi tu abis semua karipap botak tepi hahaha
Karipap orang lama-lama
Bahan-bahan inti kena ikut betul-betul inti karipap kalau tak sedap spoil semua. untuk 1kg tepung ya
Kentang 1 kilo setengah (kupas dan potong dadu rendam sekejap tos)
6 ulas bawang merah india
4 ulas bawang putih
Hiris nipis dan tumis dengan minyak sederhana jangan banyak sgt dalam 1/2 cawan mcm tu. Bila dah agak garing masukkan 2 peket kecil rempah kari babas yang gambar ikan warna kuning, tumis sekejap dan masuk kan air sikit kacau2 sampai naik minyak.
Masukkan daun kari dan kacau sebati. Ok masukkan daging atau ayam kisar (cincang) kalau taknak pun tak apa. Dah sebati dengan rempah masukkan kentang tadi tambah air agak-agak ikut kentang jenis apa kalau mak suka tambah sikit demi sikit sampai empok kadangkan ada jenis kentang cepat empuk. So kurang air tambah dan korang picit-picit la tgk empuk ke belom.
Kalau dah empuk perisakan dengan garam dan bahan perasa,mak tambah juga 4-5 sb gula mak suka letak gula manis2 sket sedap. bia kering sket tp jgn kering sgt tau tak sedap. Ceduk dan masuk chiller sekejap nanti dia bile sejuk dia tak kering.
Bahan doh;
1kg tepung gandum
Masuk dalam bekas besar dan lubangkan di tengah. Letak 1 biji telur 3 sb majerin (boleh ganti shortening juga mak ikut betul-betul resepi arwah mak dah dulu mana ade shortening bagaikan😂)dan sedikit garam
Sementara tu panaskan 1 cawan minyak masak panaskan betul-betul tau. Tuang dalam lubang yang korg buat tadi kacau laju2 jangan pulak guna tangan🤣 melembong nanti. Ok dah setel kacau elok dah tu korg tambah air sket2 sambil uli klau mak td dalam 1 cawan setengah air.kire cawan korg mak xtau saiz jd selamat korg tambah air sket2 dan uli.
Korg bia kan sekejap ttup la dgn piring ke dgn tudung periuk ke dalam 10 mnt. pas tu baru bentuk kan dan isi inti.goreng dgn api sederhana🥰🥰 kalau nak buat frozen korg boleh la goreng sekejap dan simpan🥰🥰🥰
Semoga bermanfaat dgn bahan2 yg mudah tau🥰🥰mak kelim pn pakai tgn je hahaha sebab tu besar2 sket😂😂 makan satu kenyang hahhahaa. Tips kelim kalau taknak tebukak korg kene tarik tepi2 dia tu bila dah cantum dua dan tekan2 bg tejuih mcm tu hehe baru tekan dan kelim jarang tebukak masa goreng.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak mengamuk, mak ayah mulalah rasa tak keruan. Bertambah rasa tak keruan bila mana anak mula mengamuk serentak. Apa nak buat bila dalam situasi macam ni?