Makin buntu jadinya bila memikirkan sarapan atau minum petang anak. Resipi Roti Paratha Pepperoni ini bukan hanya anak, bahkan mak ayah pun boleh tumpang sekali. Paling menarik nak membuatnya tak lama, 15 minit dah siap!
Macam mana nak buat? Jom ikuti resipi mudah dan kreatif Fatihah Anis ini. Sedap!
Asal ada bahan boleh ja buat. Bila dah siap, haihhh sayang pun ada nak makan. Tapi tak kan nak buang, sedap kot. Agak-agak apa nama nak bagi ya? Mai pakat-pakat cuba. Boleh dimakan seisi keluarga.
Sebut saja Vitagen, anak-anak melompat suka. Mana taknya, botol kecil dengan rasa air yang sedap buat anak minum berebut. Tak puas minum, apa kata mama buatkan sendiri air ala-ala Vitagen ini.
Resipinya cukup simple. Jom cuba resipi perkongsian Mamaa Sal.
AIR SUNQUICK ALA VITAGEN ANAK TAK BEREBUT MINUM. Opss, nanti dulu. Kalau pun korang memang dah ramai yang tahu, sokay jee tau. Sal kongsi resepi air sedap ni pada yang belum tahu keasyikkan air ni lagi-lagi musim panas yang amat ni. Subhanallah terik kan.
Sekali try, anak anak kata, sedap nyaaa mama. Nak lagi nak lagi. Rasa pun best. Ikut citarasa tau kalau tak suka manis tu.
Bahan bahan:
Pati sunquick
Susu pekat
Air suam
Ais
Sediakan air suam suam je. Just nice tak panas tak sejuk untuk elakkan susu pecah.
Letak susu dulu, kacau bagi sekata elok.
Kemudian letak ais, baru letak pati sunquick tu.
Boleh perasakan tahap manis dia. Kalau manis lagi tambah je air ye.
Siappp. Sedap minum time panas ni tau.
Ada jugak kata kalau buat air strawberry pun boleh ikut cara ni. Pun sedap dieorang kata. Korang try jela dulu ok. Tak salah cuba.
Moga resepi mudah air ala ala vitagen ni boleh buat anak anak puas minum tak berebut tak cukup cukup kan beli 5 pek tu hehe.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu ibu merudum dan ibu sudah mencuba pelbagai cara dengan memastikan pelekapan betul, mengawal stres dan ambil sajian berkhasiat. Tidak salah untuk mencuba makanan penggalak susu.
Semula jadi dan bukan makanan yang diproses, rasanya juga sedap. Tapi mama jangan terlalu obses dengan penggalak susu. Ambil dalam kuantiti sederhana dalam jangka masa yang tidak terlalu lama. Paling penting kena kerapkan menyusu secara terus, kawal stres dan amal pemakanan seimbang. Keberkesanan berbeza, terletak pada keserasiannya bagi setiap individu.
#1: LONGAN KERING
Longan kering juga boleh memperbanyakkan susu. Hanya rebus dan minum airnya. Tambahkan gula perang jika perlu. Kalau mama suka, boleh tambahkan kurma cina dan biji selasih, dah macam lai chi kang pulak rasanya, sedap!
#2: BETIK
Betik yang manis dan berlemak ini juga dikatakan boleh menambahkan susu ibu. Ambil sebagai snek atau pencuci mulut. Antara amalan orang dulu-dulu memakan betik muda atau ditumis air untuk menambah susu ibu.
#3: PEGAGA
Mama boleh ambil pegaga sebagai ulam dan boleh juga dijadikan jus. Ia sedap dan rangup, boleh dijadikan kerabu juga, lazatnya!
#4: KURMA
Buah ini ada kemanisan semula jadi! Kandungan zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.
#5: OATMIL
Pada saat susu merudum, mama cuba makan oatmil atau tambahkannya dalam minuman. Makanan yang kaya dengan khasiat ini boleh memberikan kesan menambah susu bagi sesetengah ibu.
#6: JINTAN
Untuk mendapat kerberkesananya, anda perlu menggunakan jintan manis dan jintan putih ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.
#7: JANTUNG PISANG
Jantung pisang juga dikatakan boleh menambahkan susu. Boleh dibuat kerabu atau ulaman.
#8: HALIA
Halia boleh diambil sebagai ulam atau teh. Boleh juga dicampurkan sebagai rencah masakan yang diambil ibu.
#9: BAWANG PUTIH
Bawang putih bukan sahaja baik untuk mencegah jangkitan kuman, tetapi boleh menambah susu ibu. Mudah sahaja caranya, hanya tambahkan kuantiti bawang putih dalam masakan!
#10: BADAM
Badam, sedap dan berkhasiat. Antara kekacang yang boleh menambah penghasilan susu ibu. Boleh dijadikan susu, ditambah ke dalam smoothies atau dijadikan kudapan.
#11: BARLI
Enaknya minuman barli musim panas ini. Selain menyejukkan badan, ia turut merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahu pun sejuk.
#12: HABBATUS SAUDA
Habbatus sauda adalah makanan sunah yang berupaya menambahkan susu ibu. Kunyah mentah atau telan bersama air suam.
RESIPI ‘MILK BOOSTER’!
Mommy wajib try ok..!
Assalamualaikum. Sepanjang berpantang ni, fokus Ayue memang perbanyakkan susu badan je sebab Ayue memang dah nekad nak susukan baby Ayue sampai umur dia 2 tahun kalau diizinkan. InsyaAllah. Tapi masalahnya susu Ayue tidak lah semeriah sesetengah ibu diluar sana sampai berbotol-botol dapat sekali pump.
Rezeki susu untuk baby Ayue cukup untuk dia saja. Syukur sebab masih ada.Cumakalau boleh Ayue nak usahakan sampai Ayue boleh buat stok susu (EBM) supaya senang kemudian hari. Maklum lah, Ayue kan banyak kerja luar. Jadi kalau ada stok EBM, mudahlah Ayue nak pastikan baby Ayue sentiasa ada bekalan susu.
Ayue memang suka cuba yang semulajadi dulu berbanding pelbagai produk yang ada dipasaran. Yela, nak natural ni lah lagi bagus kan. Tapi bergantung juga pada badan seseorang. Ada orang mudah saja cari milk booster nya. Ada juga yang susah. Tapi takpa, ni Ayue nak senaraikan resepi-resepi milk booster semulajadi yang Ayue dah cuba okay.
Milk booster 1
Bahab-bahan;
Longan Kering – segenggam Kurma Merah (red dates) – segenggam Buah Goji – 2 sudu Gula Batu – secukupnya Air 1 periuk
Cara Masak:
Cuci dan rebus semua bahan hingga kembang. Tunggu sehingga suam baru minum.
Untuk milk booster 1, rasanya sedap sangat. Macam air laichee kang gitu. Ada yang tak letak buah goji. Tapi Ayue suka letak. Hehe. Selalu Ayue buat untuk bekalan sehari saja. Air pun ikut suka Ayue nak letak banyak mana. Terpulang ok?
Milk booster 2
Longan Kering – segenggam Kurma Merah (red dates) – segenggam Buah Goji – 2 sudu Buah Betik muda – Sebiji Gula Batu – secukupnya Air 1 periuk
Cara Masak:
Potong betik. Cuci dan rebus semua bahan hingga kembang. Tunggu sehingga suam baru minum.
Moga bermanfaat!
Kredit : Ayue Idris
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Bosan dengan menu berkuah, bersantan dan sambal, apa kata kita cuba menu ringkas pula untuk hidangan sekeluarga. Telur goreng belacan ini tidak kurang hebatnya. Pedas lagi menyengat. Menu ringkas dan simple semacam ini sememangnya buat kita makan nasi bertambah.
Resipi ringkas Wan Luqman ini mama kena cuba, cukup padu! Resipi pun ringkas dan menjimatkan masa di dapur.
Okay satu lagi resepi mengundang. Disebabkan stok telur banyak, asalnya stok untuk sandwich eggstatix dan chicken cajun, tapi sandwich dihentikan buat sementara waktu. Jadi hari-hari lah kita makan telur. Telur tu protein, tapi bukan telur kuning ye.
Harini resepi TELUR GORENG BELACAN. Korang ikut je betul-betul ok. Rasa-rasa hat ni lagi sedap dari sambal telur lada kering haritu. Too bad sapa yang allergic belacan…belacan ni satu ciptaan teragung bangsa melayu tau. Haha.
Ni je bahan dia.
2 biji telur
3 biji cili padi
Sedikit belacan
Daun sup
1 ulas bawang rose
Bawang putih
Masukkan kesemua bahan (kecuali telur of course), kemudian masukkan sesudu cuka macam ni. Sebenarnya sedap lagi perah limau, tapi rasa macam jauh pulak peti sejuk tu. Haha…
Tumbuk sampai jadi macam ni.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing.
Masukkan sedikit serbuk perasa.
Sedikit gula. Lepas masuk bahan tadi rasa lah sikit. Kalau cili tu terlalu pedas, lebihkan gula ye. Pandai-pandailah.
Kemudian, masukkan terus 2 biji telur.
Eh lupa pulak garam. Masukkan secubuit garam…next video tutorial macam mana nak kacau bagi rata tanpa memecahkan kuning tu.
Hidangkan, taburlah daun bawang ke bawang goreng ke. Sedia dinikmati!