Pisang antara makanan kegemaran kanak-kanak kerana rasanya yang manis dan lembut, selain itu pisang juga sangat bagus untuk sistem pencernaan.
Kalaua anak mama antara penggemar buah pisang, jom cuba resepi tortilla banana chip yang dikongsi isi. Sangat mudah disediakan dan sesuai dijadikan kudapan si comel mama!
Ibu balik keje petang masuk dapur tengok apa bahan yang ada untuk minum petang anak dara ni..namanya tortilla banana chip..ni resepinya sangat mudah..
Ads
Bahan-bahan:
Mission wrap – saya guna wholemeal
1 bji telur
Pisang
Unsalted butter
Cara-cara:
1. Potong wrap tu bentuk segitiga
2 Sapu telur atas dia
3. Letak pisang yang telah dihiris
4. Sapu unsalted butter yang telah dicairkan atas pisang
5 Bakar pada suhu 170 darjah selama 15min
Ads
Rangup dan manis..Aisyah makan 4 slice..ibu makan 4 slice..
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang kata, air tangan suami atau ayah kita sememangnya cukup istimewa. Sekali-sekala turun ke dapur, lain macam sedapnya.
Resipi yang dikongsikan oleh Idora Darwina ini memang lain macam sedapnya. Resipi istimewa air tangan arwah ayahnya ini menjadi santapan istimewa mereka sekeluarga. Patulah share sampai 10K!
Abah meninggal pada Syawal kedua, hari Jumaat yang lepas. Di sini saya nak share dan sedekahkan satu resipi istimewa daripada abah. Semoga berpanjangan pahalanya buat abah. Resipi yang sangat simple tapi rasanya sangat enak. Setiap kali balik kampung, memang wajib minta abah masakkan mi special ni.
Tak perlu letak garam/gula/serbuk perasa lagi dah. Ngam-ngam sedap dah rasanya. Bahan-bahannya sangat mudah. Kepada yang dah cuba atau bakal cuba resipi ni, dapatlah kiranya saya mohon untuk sedekahkan Al-fatihah buat almarhum abah saya Hasim bin Andan. Terima kasih semua.
Bahan-bahannya:
Mi kuning (celur sekejap dengan air panas), tak kisahlah jenama apa pun.
Daging (ini bahan utama),
Fishball (ini untuk memeriahkan kuah)
Sawi biasa atau sawi pok choy
Cili (dihiris)
Bawang merah dan bawang putih (ditumbuk)
Limau nipis (untuk diperahkan jusnya ke dalam pinggan)
Sos cili, sos tomato, kicap manis dan sos tiram
Air panas menggelegak atau air panas penapis air
Tumis bawang dengan cili sampai garing. Cili tu, kalau suka pedas, tambahlah lagi.
Masukkan daging. Gaul rata.
Lepas tu terus tambah air panas tadi. Air ni bertujuan untuk mempercepatkan proses melembutkan daging. Reneh sehingga menggelegak. Jumlah air bergantung kepada jumlah mi yang digunakan. Banyak mi, banyaklah air.
Kemudian boleh tuang segala sos-sos tadi. Jumlah sos, bergantung kepada kuah tapi selalunya setengah botol jugalah saya letak untuk setiap sos. Kicap agak-agak ajelah. Lepas tu boleh tambah fishball, isi ayam, fishcake atau apa sahaja yang digemari. Biarkan sos-sos tu sebati dengan kuah seketika.
Selepas itu, masukkan sawi.
Terakhir sekali masukkan mi. Gaul sebati, tunggu menggelegak sekejap, matikan api. Boleh hidang terus macam ni. Mi ni berkuah. Kena makan teruslah konsep dia. Baru umppphh! Selalu kami akan terus hadap sampai licin kuali. Abah senyum je tengok anak, menantu dan cucu suka makan masakan dia.
Tapi kalau nak makan lambat, boleh asingkan mi daripada kuah macam ni supaya mi tak kembang.
Ini kuah yang dah diasingkan. Warna lebih kurang beginilah. Tak hitam sangat. Selamat mencuba semua. Resipi ni ringkas sahaja. Waktu memasak pun sangat sekejap. Anak² pasti sukakannya.
Dah senduk mi dan kuah ke dalam pinggan, jangan lupa perah limau nipis. Baru terangkat dan sempurna rasanya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi sedap dan mudah untuk kek coklat moist. Teksturnya yang lembap memang sekali makan tak puas. Seisi keluarga pun akan suka kalau anda buat ni.
Nak lagi sedap letak toping yang leleh lagi anak-anak suka. Yang penting caranya buatnya mudah. Anda yang tak biasa buat pun mesti akan jadi kalau buat.
Jom tengok perkongsian resipi kek coklat moist dari Nurul Syafirah.
Kek coklat moist leleh
Bahan A :
1 cwn serbuk koko (guna yang dark lagi sedap)
1 cwn gula
1 cwn minyak masak
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
**masak atas api perlahan, kacau hingga tak berketul..
Bahan B :
1 1/4 cwn tepung gandum
1sk soda
1sk baking
*ayak bahan di ats..
3 biji telur gred A
1sk esen vanila
Cara-cara :
1) Masukkan telur sebiji2 ke dlm bahan A.. setiap kali msukkan telur mix 1 minit..
2) Masukkan esen vanila..
3) Masukkan bahan2 yg diayak dan mix sebati..
4) Sapu minyak pada loyang size 8.. mmg sje guna loyang besar nk bg kek nipis lapik baking paper tuangkan adunan..
5) Kukus 50 minit atau hingga masak, api sederhana ye…
Kita sudah semakin menghampiri bulan Ramadan. Sudah tentunya sepanjang bulan kita berpuasa itu, kaum ibu akan cenderung mencari resipi kuih raya yang mudah untuk dicuba. Tambah pula sekarang masih dalam tempoh PKP, para ibu banyak masa untuk mencuba pelbagai jenis resipi.
Perkongsian dari Farisha Sofea ini pasti akan membuatkan para ibu teruja. Mana tidaknya, untuk menghasilkan kuih raya yang sedap dengan hanya dua bahan. Sudah tentu ramai yang mahu mencubanya! Cara untuk membuatnya juga tidak sukar.
Ikuti perkongsian resipi ini.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan susu pekat
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan tepung di dalam bekas diikuti dengan susu pekat.
2. Tuang sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh.
3. Kemudian ambil doh, bulatkan dan leperkan sedikit.
4. Susun dalam loyang yang telah digris atau dialas dengan baking paper.
5. Panaskan oven. Kemudian bolehlah dibakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
*Taburkan hiasan jika suka atau buat corak menggunakan garpu mengikut kreativiti masing-masing.
Nampaknya ramailah yang akan sukakan resipi ini. Selain mudah dibuat ia juga tidak renyah kerana hanya menggunakan dua bahan sahaja. Anak-anak juga pasti akan suka kerana ia berperisa susu. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!