Resepi Udang Belon Ala Thai Guna 4 Bahan. Ranggup Di Luar, Lembut Dalamnya!

Share

Biasa kalau singgah makan di kedai masakan Thailand pasti pernah cuba menu udang goreng tepung. Ia antara salah satu menu yang popular dan sedap dimakan dengan sos cili Thai atau pencicah homemade.

Teksturnya yang ranggup dan garing diluar serta lembut bahagian dalamnya memang jadi pilihan semua orang. Buat sendiri lagi berbaloi berbanding beli. Puas hati boleh makan dalam kuantiti banyak bersama seisi keluarga.

Nak tahu cara buatnya, perkongsian Fatyma Idris boleh anda cuba. Yang penting guna 4 bahan saja. Mudah dan sedap!

RESEPI UDANG BELON ALA THAI GUNA 4 BAHAN JE

Bahan-bahan: 

Udang
Tepung blue key self raising flour (kotak warna pink)
Telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:

1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.

2. Campur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam)

3. Masukkan air secukupnya. Tak nak cair sangat, tak nak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.

4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.

5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

Nota: Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.

Ahh jomm. Selamat mencuba.

Kredit: Fatyma Idris

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

 

IKLAN