Anak-anak suka makan ikan, tapi dah buntu masak macam mana. Digoreng dengan garam kunyit sudah, masak kicap sudah, buat sambal pun sudah, masak taucu pun dah buat. Pusing-pusing itu je cara masak ikan. Sampai anak pun dah pandai mengadu bosan.

Mendapat sehingga 8k share di Facebook, resipi siakap masak stim ini memang menggiurkan. Rasa masam dan pedas kuah, ‘dimesrakan’ pula dengan haruman serai dan daun ketumbar, memang serasilah dengan isi lembut ikan siakap. Ini perkongsian resipi yang confirm sedap dari Zurina Zulkefli.

Perghhh! Dia punya hasil memang terliur dibuatnya

Resipi 8k Share, Ikan Siakap Stim Ala Thai Patut Cuba. Terliur Dibuatnya!

Resepi Ikan Siakap Stim ala Thai

Kita baru nak makan haaa, pagi tadi suami pesan “Selagi saya tak jumpa serai, awak jangan cuba2 masak ikan steam tau, tunggu saya.” Kita pun tunggu sampai la dh jumpe serai td lalu kita pun masak. Happy ending.

Bahan yg diperlukan:
✓ Seekor ikan siakap
✓ 2 biji limau nipis
✓ 1 batang serai
✓ 5 hirisan halia
✓ 3 tangkai cili kecik merah
✓ 3 tangkai cili kecik hijau
✓ 5 ulas bawang putih
✓ 1 batang daun ketumbar
✓ Setengah kiub pati ayam
✓ Sos ikan

Resipi Menarik: [Ayam Goreng Cili Kering Macam Di Restoran Cina Muslim. Resipi Mudah & Sedap]

IKLAN

Resipi 8k Share, Ikan Siakap Stim Ala Thai Patut Cuba. Terliur Dibuatnya!

Cara kukus ikan:
✓ Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badan nya
✓ Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan

Resipi 8k Share, Ikan Siakap Stim Ala Thai Patut Cuba. Terliur Dibuatnya!
✓ Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir

Resipi 8k Share, Ikan Siakap Stim Ala Thai Patut Cuba. Terliur Dibuatnya!

IKLAN

✓ Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.

Cara masak kuah stim ala Thai:
✓ Cincang bawang putih secara kasar
✓ Gorengkan bawang putih yg telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan – kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim

Resipi 8k Share, Ikan Siakap Stim Ala Thai Patut Cuba. Terliur Dibuatnya!

IKLAN

✓ Padamkan api kuali langsung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.

Resipi 8k Share, Ikan Siakap Stim Ala Thai Patut Cuba. Terliur Dibuatnya!

✓ Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
✓ Kacau kuah sehingga sebati.

Resipi Menarik: [Resipi Telur Mata Sambal Hijau. Menu Jimat Paling Terangkat, Sedap!]

Langkah terakhir:
✓ Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
✓ Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selema 3 minit.
✓ Sedia dihidang.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI