Resipi apam nasi atau apam soda mungkin sudah terbiasa. Apa kata lebihan jagung yang kita jadikan apam jagung pula. Memang lain dari yang lain.
Hanya campurkan sahaja kesemua bahan dan kukus dengan api yang kuat. Jom cuba resipi perkongsian Norfazida Gda. Memang layan.
Saya beli jagung offer, hiris kemudian di frozenkan. Dalam keadaan dan cuaca sekarang ni boleh la guna, buat menu dengan bahan yang ada saja.
Apam Jagung
Ads
Bahan-bahan:
1 cawan jagung krim
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1/4 sk garam
3/4 cawan gula
1 cawan minyak masak/jagung
2 sb susu pekat/susu jagung SAJI
1 biji telur gred A/B
Sedikit pewarna kuning
Sedikit jagung fresh -untuk hiasan
Ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda. Tambahkan garam. Ketepikan.
Putar dan kisar gula, minyak jagung, susu pekat dan telur hingga sebati.
Ads
Masukkan bahan yang telah diayak tadi. Putar sampai sebati.
Akhir sekali masukkan pewarna kuning dan jagung krim putar atau kacau hingga sebati.
Panaskan periuk pengukus hingga air mendidih. Sediakan papercup yang dialas dengan acuan lompang/muffin atau bekas plastik. Sudukan adunan apam hingga penuh papercup. Taburkan sedikit jagung fresh diatasnya.
Ads
Kukus dengan api yang kuat selama 20-25 minit. Siap!
Keenakkan puding kastard bersama kuah koktail sememangnya tak perlu disangkal lagi. Gabungan dua bahan yang membuatkan waktu berbuka menjadi begitu bermakna. Apa lagi dimakan bersama seluruh sanak saudara.
Jika dikunjungi tetamu atau sanak keluarga, hidangan yang satu ini jangan dilupakan. Resipi perkongsian Pn Noor Asmaa Hussin ini anda wajib cuba.
Pekat likat dan lembut pudingnya, ditambah dengan kuah koktail yang manis dan enak. Apa lagi kala dimakan ketika waktu sejuk. Memang terangkat!
Resepi Puding Kastard Kuah Cocktail
Untuk kastard:
3 cawan kastard
12 cawan air
1 cawan gula
Daun pandan
Campurkan semua bahan-bahan di atas dan kacau rata sebelum dimasak di atas api. Buka api dapur dan kacau sentiasa sehingga pekat.
Kena sabar ya memang lenguhlah tangan mengacau sampailah kastard tu jadi berkilat dan nampak meletup-letup. Tutup api dan tuang dalam acuan dan sejukkan.
Untuk kuah cocktail:
1 tin buah cocktail (premium)
2 tin susu ideal
2 mug air
3 sudu besar tepung kastard (larut dlm 1/2 cawan air)
2 cawan gula (boleh tambah jika suka manis)
1 sudu besar esen vanilla
Tapis buah cocktail dan ambil airnya. Campurkan dengan 2 tin susu ideal, air, esen vanilla dan gula. Masak di atas api.
Kemudian masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan air sampai menggelegak. Kacau sentiasa, last baru masuk buah cocktail dan tutup api. Sejukkan.
* Simpan dalam peti ais, potong kastard dan campurkan kuah. Hidangkan ketika sejuk.
* Kalau nak guna laici pun boleh. Untuk sukatan di atas saya guna 2 tin laici menggantikan 1 tin cocktail. Selamat mencuba!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau asyik nasi hari-hari mungkin lama-lama anak bosan. Sebagai ibu anda boleh buat pilihan untuk anak.
Boleh cuba buat sendiri hash brown. Makanan ini boleh mengenyangkan dan menyihatkan anak kerana bahan asasnya ada ubi kentang.
Perkongsian resipi dari Puan Yatie Eimra ini sangat mudah dan boleh dilakukan dirumah bersama anak-anak.
Bahan-bahan:
3-4 biji kentang (±500gm)
1 biji telur (saiz C atau B )
1 sudu makan susu tepung (optional)
⅓ cawan tepung gandum
Sedikit pink salt
Sedikit black pepper
1 sudu kecil butter
Cara-cara:
1. Kentang dikupas kulit, direndam air dalam 3-5 minit untuk buang getahnya.
2. Rebus kentang hingga separuh lembut (test cucuk dengan garfu). Boleh tambah sedikit garam jika suka.
3. Toskan kentang & biarkan sejuk seketika.
4. Potong kentang bentuk kiub.
5. Tambahkan semua bahan² lain & gaul sekata.
6. Masukkan bancuhan tadi ke dalam tray yang telah dialas plastik/silicon mat, kemudian leperkan.
7. Bekukan dalam chiller selama ±2 jam atau hingga separa beku untuk mudahkan proses memotong
8. Keluarkan & potong mengikut saiz yang diingini. Untuk simpan, lapik dengan potongan plastik bagi setiap kepingan hash brown supaya tak melekat antara satu sama lain.
*susu tepung sekadar memberikan rasa lemak je. Jika tak suka boleh skip susu tepung.
*hash brown ni boleh dimasak dalam minyak sikit atau goreng deep fry (mcd style).
* cara goreng dalam minyak penuh lagi sedap tapi untuk pilihan lebih sihat, boleh goreng dalam pan dengan minyak sikit & gunakan olive oil.
Salad ikan mungkin kedengaran asing pada kita namun menyebut Miang Pla Pou pasti ada yang pernah menikmatinya. Rupanya cara hendak menyediakannya cukuplah mudah. Ringkas dan sihat.
Nak tahu bagaimana membuatnya? Pn Suzana Othman berkongsi langkah demi langkah untuk menyediakannya di rumah. Nak tahu cara nak makannya macam mana? Jom ikuti caranya. Sedap!
Hai assalamualaikum semua. Kita nak reveal resepi salad ikan siakap yang kita jual atau dikenali sebagai Miang Pla Pou. Disebabkan resepinya kita tak belajar dari mana-mana PJJ jadi mudahlah kita nak share secara percuma.
Kita tak kisah pun kalau korang nak jual sebab rezeki masing-masing Allah dah tentukan. Kita sendiri terjejas akibat covid sebelum kita bangkit semula dengan menu Salad Ikan Siakap. Jadi kita nak korang yang mana terjejas tu boleh la cuba jual jugak, mana tahu ada rezeki nanti. Asalkan rajin dan ikhlas, pasti ada jalan keluarnya. In sha Allah.
Bahan-bahan:
Ikan siakap
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Thai:
130g cili api siam hijau*
50g cili api China merah*
200g cili hidup merah*
100g bawang putih*
50g batang daun ketumbar*
70g beras yg disangai kemudian ditumbuk
70g air perahan limau nipis
100g sos ikan
300g gula perang
3sb serbuk pati ayam
1liter air
Garam secukupnya
Step pertama mestilah pergi pasar beli ikan siakap. Berat anggaran seekor 600-700g. Walaupun peniaga tu dah siang siap-siap tapi balik rumah korang kena buang jugak sisik ikan yang masih ada. Bila ikan tu bersih dan bebas sisik barulah enjoy nak makan. Itu juga melambangkan ketelitian korang sebagai peniaga yang tak buat kerja sambil lewa.
Rendamkan ikan dalam air bancuhan tepung gandum dan limau nipis selama mana yang korang suka. Campak beberapa sudu garam dalam tu.
Toskan air, kelar badan ikan kemudian lumur dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Bancuhkan tepung goreng ayam serbaguna dengan sedikit air. Jadikan adunan yg tak pekat dan tak cair. Kita guna tepung serbaguna jenama Aroma. Nak guna bestari pun boleh.
Ratakan dengan penuh hati-hati. Sirip dia tajam tu. Perap sekejap ikan supaya meresap elok sebelum digoreng.
Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas dan cukup banyak tau. Semasa menggoreng, buka api sederhana supaya ikan masak sempurna.
Inilah dia hasilnya setelah digoreng.
Jom belajar buat sos Thai. Kisar kasar semua bahan bertanda*. Jangan letak air banyak sebab kita nak hasil yang kasar bukan halus tau. Guna air yang disukat tadi.
Masukkan bahan kisar dalam periuk, buka api sederhana. Tambahkan air, gula, garam, sos ikan, beras sangai, dan serbuk pati ayam.
Bila dah menggelegak, masukkan air perahan limau nipis. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, masak sos hingga memekat. Tutup api. Korang boleh adjust rasa dia ikut citarasa. Kalau nak manis lagi boleh tambah gula.
Bila dah sejuk baru masukkan dalam bekas, hiaskan dengan daun ketumbar dan taburan bijan.
Bahan untuk hiasan:
Salad- rendam air garam-toskan
Timun-sagat
Lobak-sagat
Tomato cherry-hiris
Daun ketumbar
Kita suka sagat halus timun dan lobak supaya senang dimakan. Tapi ikut korang nak buat cemana. Nak hiris pun boleh je.
Cara nak makan salad ni, ambil daun salad, letak isi ikan, tomato, lobak, timun, suhu dan daun ketumbar atas daun salad. Curahkan sos dan gulung daun salad. Ngap!