Selepas Burnt Cheesecake, kali ini kita cuba mencabar diri untuk mencuba Burnt Cheesecake Strawberi Yogurt pula. Rasanya cukup sedap, lembut dan gebu. Bagi anda yang tidak mempunyai ketuhar tidak perlu kecewa kerana kek sedap ini dihasilkan menggunakan Air Fryer sahaja. Cukup mudah.

Bukan itu sahaja malah resipi yang dikongsikan oleh Nadiah Sohaimi ini cukup mudah. Bagi anda yang rasa kurang yakin untuk mencuba, Burnt Cheesecake ini antara yang cukup mudah untuk disediakan. Malah confrim jadi!

Wow Sedapnya Burnt Cheesecake Strawberry Yogurt Ni, Paling Senang Nak Buat, Confirm Jadi!


Burnt Cheesecake Strawberry Yogurt dengan menggunakan Air Fryer, AF Khind #ARF3000. Alhamdulillah first attempt menjadi.

Resipi:
250g Cream cheese tatura
Strawberry yogurt saiz kecil
1/2 cwn gula (kurangkan kalau tak nak manis)
2 biji telur + 1 telur kuning
1 penutup kecil vanilla
2 sdb lemon juice
2 sdb tepung (ayak dahulu)
1 sdk lemon zest (parutan kulit lemon)
Garam sedikit utk naikkan lagi rasa

IKLAN

Wow Sedapnya Burnt Cheesecake Strawberry Yogurt Ni, Paling Senang Nak Buat, Confirm Jadi!Saya gunakan mixer tapi kalau blender pun boleh. Pukul cream cheese dengan gula hingga sebati.

Masukkan yogurt, pukul adunan kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga adunan kembang.

Wow Sedapnya Burnt Cheesecake Strawberry Yogurt Ni, Paling Senang Nak Buat, Confirm Jadi!Masukkan vanilla, jus lemon dan garam.

IKLAN

Akhir sekali tepung dan lemon zest. Saya guna spatula untuk gaulkan tepung sebab tak nak terlebih pukul adunan dan tepung.

Untuk adunan kek yang lagi halus. Saya tapis dulu adunan ke dalam loyang size 6 inchi yang telah dilapik dengan baking paper (salut dengan butter jugak untuk extra safety tak nak bagi melekat)

Wow Sedapnya Burnt Cheesecake Strawberry Yogurt Ni, Paling Senang Nak Buat, Confirm Jadi!Preheat AF 180° 5 minit, bakar 160° 20 minit. Tambah 180° 10 minit.

IKLAN

Lepas masak, cucuk kek dengan lidi di bahagian tengah, kalau lidi bersih kek dah masak sempurna. Saya tambah 170° selama 2 minit sebab lidi ada melekat sikit.

Hiasan saya tabur icing sugar.

*Lepas siap biarkan kek dalam AF dengan bakul sedikit terbuka supaya kek tak terkejut dengan suhu di luar. Lepas dah sejuk bolehlah sejukkan dalam peti sejuk. Alhamdulillahhh bila guna yoghurt strawberry dia tambah rasa dan bau yang wangi. Selamat mencuba.

Resipi wajib cuba: Kek Planta Rainbow Tanpa Bahan Penaik Tetap Cantik Moist Gebu , Senangnya!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI